View: 1084|Reply: 1
|
Penyanyi Diserang Peminat Sebab Batal Persembahan Hormati Mangsa Halloween Itaewon
[Copy link]
|
|
Tragedi Halloween di Itaewon pada 29 Oktober lalu membuatkan seluruh Korea Selatan berkabung bagi menghormati keluarga mangsa yang kehilangan ahli keluarga.
Malah, ramai selebriti di negara tersebut turut membatalkan persembahan atau kemunculan awam bagi menghormati insiden menyayat hati itu termasuk penyanyi Lee Chan Won.
Twitter
Koreaboo melaporkan, Lee sepatutnya mengadakan persembahan di sebuah pesta musim luruh di sebuah taman tema di Jeonnam sehari selepas kejadian tersebut, namun mengambil keputusan tidak meneruskan persembahan.
Bagaimanapun Lee tetap hadir pada acara itu dan membuat kemunculan di atas pentas menjelaskan keputusannya selain meminta peminat tidak menjerit dan bersorak untuknya.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Lee dihamun peminat yang memenuhi ruang konsert dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Lebih malang, seorang lelaki tiba-tiba naik ke atas pentas memarahinya dan merentap kolar baju pengurus Lee untuk bergaduh.
Lee juga sebelum itu sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak penganjur dan peminat sebelum malam festival berkenaan berlangsung.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul korean ni tiada hati perut..baghal..pikir tekak sendiri... |
|
|
|
|
|
|
| |
|