CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 738|Reply: 0

Nikita Mirzani Dakwa Anak Cedera, Polis Geledah Rumah Tanpa Kebenaran

[Copy link]
Post time 22-11-2022 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Selebriti sensasi Indonesia Nikita Mirzani mendakwa pihak polis datang menggeledah kediamannya bagi mencari bahan bukti tanpa kebenarannya.


Nikita mendakwa seramai 12 anggota polis memasuki ke dalam rumahnya meskipun dia tidak berada di rumah.


"embantu rumah sudah beritahu saya tiada, tetapi anggota polis tidak peduli dengan apa dia katakan dan tetap menggeledah rumah saya," katanya.


Pelakon berkenaan membuat kenyataan itu ketika perbicaraan di mahkamah bagi kes dakwaan memuat naik hantaran berbauk jelik, fitnah dan penghinaan terhadap Dito Mahendra.




IG Nikita




Tidak hanya itu, Nikita memberitahu mahkamah anggota polis turut melakukan kekerasan terhadap anaknya yang cuba menghalang mereka daripada menggeledah rumah mereka.


Kata Nikita lagi, terdapat bukti kesan cedera pada tangan anaknya disebabkan berlaku pergelutan sehingga remaja itu trauma dan dalam ketakutan.




IG Nikita




"Anggota polis yang masuk ke dalam rumah saya telah melakukan paksaan dan kekerasan serta memecahkan tingkap.


"Bukti diambil secara paksa, seorang anggota polis mencederakan anak saya dengan mencubit dan menolaknya," katanya.




IG Nikita




Nikita didakwa memfitnah Dito melalui laman sosial dengan memuat naik foto yang disunting sehingga menyebabkan dia berasa malu serta mengalami kerugian dianggarkan berjumlah IDR17.5 juta atau RM50,000.




Sumber: mStar








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list