CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10039|Reply: 48

SEPARUH AKHIR MUZIK2 25 - 3 LAGU FT (HANYUT / ADRENALIN / SELAMAT MALAM)

[Copy link]
Post time 2-11-2010 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sicomel at 3-11-2010 20:43

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran


Pada jam 3 petang tadi (Selasa, 2 November 2010), Budiey sempat menghadiri Sidang Media Pengumuman Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik AJL25 dan sesi cabutan undi yang dianjurkan oleh TV3 di Manhattan 1, Level 14, Berjaya Time Square & Convention Centre, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

30 buah lagu daripada pelbagai genre akan bertandingan dalam 3 pusingan separuh akhir mulai 8 November 2010, setiap hari Isnin jam 10 malam. Setiap malam, akan ada tema yang tersendiri iaitu Tema 80an, Tema 90an dan Tema Millennium.



Dihadiri oleh penyanyi dan artis serta komposer terlibat, sidang media ini juga menarik minat media untuk mengetahui senarai artis dan lagu yang akan bertanding dan bakal terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 25.

Setelah meneliti senarai 30 buah lagu yang terpilih, Budiey dapat merasakan saingan di separuh akhir tahun ini akan lebih kerana semua lagu akan bertanding sesama sendiri. Ini menandakan tahun ini juga tiada kategori samada balada, pop rock atau irama etnik yang dipertandingkan.

Lebih kurang 80 buah lagu pencalonan telah diterima oleh pihak TV3 namun tidak semua yang terpilih kerana kali ini lagu yang dipilih berdasarkan mesra di telinga dan mesra pada pendengar. Ini bermakna, lagu dipilih berdasarkan populariti dan dipasang di radio. Undian secara online juga dibuat untuk menentukan lagu manakah yang paling digemari oleh peminat.


Sebanyak 30 buah lagu daripada pelbagai genre bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang berlangsung pada hari Isnin jam 10.00 malam bermula 8 November 2010.

Antara finalis yang hadir di sidang media petang tadi ialah Aizat; Yuna, Faizal Tahir, Adibah Noor, Lan & The Typewriter, Adira AF8, Shahir AF8 dan ramai lagi.

Separuh Akhir Muzik Muzik 25 diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Jibam) dari Primeworks Studios dan masih mengekalkan pengacara yang serasi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail.


Menurut penerbitnya, Jibam atau Ahmad Shaifullizam Arshad pemilihan kali ini dibuat 100 peratus undian pendengar dan turut mengambil kira kajian dari carta lagu dan kekerapan ia disiarkan melalui enam radio popular tempatan.

“Pemilihan 30 buah lagu ini adalah melalui undian daripada pendengar dari lama web Muzik Muzik dan kita juga mengambil kira melalui carta lagu dari enam buah stesen radio popular selain mengenal pasti kekerapan ia diputarkan. Ini kerana kita mahu lagu yang dipertandingkan kali ini ialah lagu yangmesra telinga dan sudah diketahui umum.”

Saringan ini juga akan diadili oleh lima juri yang bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air.
Sebanyak 12 buah lagu yang layak akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional dan ini akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik Bahagian 3.

Siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Senarai 30 lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Muzik-Muzik sebelum melangkah ke Anugerah Juara Lagu 25.

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :

  • Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  • Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  • Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  • Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  • Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  • Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  • Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  • Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  • Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  • Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir


15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90 :

  • Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  • Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  • Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  • Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  • Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  • Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  • Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  • Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  • Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir


22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :

  • Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  • Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  • Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  • Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  • Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  • Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir




tepek pic yuna sbb ada FT kt sebelah... aku pun minat yuna jugak...   




Faizal Tahir dan Audi Mok


Budiey nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta.


tema2 tu utk apa ekk..? pakaian artis2 mlm tu kena ikut tema ke?
turn FT last skali utk ketiga2 mlm tersebut. apa2 pun all the best dan harap ketiga2nya ke final

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2010 11:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 2-11-2010 23:55

Opening dari Yuna, Aizat & Faizal Tahir di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25. Yuna nyanyi lagu Pergi, Aizat nyanyi lagu Bencinta dan FT lak nyanyi lagu Dan Sebenarnya.



credit to Budiey


sedap FT nyanyi lagu Dan Sebenarnya dgn style tersendiri. tp music intro tu mcm lagu apa ntah x ingat tajuknya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:27 PM | Show all posts
best best best...event yang di tunggu tunggu untuk penghujung tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 07:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by cikmouse at 3-11-2010 07:50

Go FT Go.....!!!!!

sajaa jerr buh FT last skali....nk suh daku tcongok dpn tv smpi abiz aarr tuuuu...uhuk3x....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:37 AM | Show all posts
adoyai..mmg kena stay smpi hbs la ni semata-mata nk tgk ft...ape2 pun..all the best ft..chaiyok2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 12:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 3-11-2010 12:22

credit to Budiey

Video Sekitar Pengumuman 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 & Cabutan Undian:

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2010 12:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 3-11-2010 12:43

Semua Calon Pilihan Penonton                                                                        
                                                   
                                                                                                                                                                                         
Debaran Anugerah Juara Lagu 25 telah pun bermula. Sebentar tadi, satu sidang media telah diadakan bagi mengumumkan 30 buah lagu yang bakal bertanding pada peringkat separuh akhir bermula 8 November ini.

Jika diperhatikan, senarai pencalonan kali ini masih didominasi oleh generasi pelapis sama seperti tahun dahulu. Beberapa calon dilihat mendapat lebih daripada satu pencalonan.

Faizal Tahir mendahului dengan mendapat tiga pencalonan menerusi lagu Hanyut, Adrenalin dan Selamat Malam. Hujan juga mendapat tiga pencalonan, tetapi satu daripadanya merupakan kolaborasi bersama Kumpulan Mirwana menerusi lagu Tika Masanya. Tidak ketinggalan, Anna Raffali dan Stacy, masing-masing mendapat dua pencalonan.

Selain itu, GUA juga ingin katakan senarai pencalonan ini dimeriahkan dengan kehadiran peserta program realiti. Tahniah kepada tiga ‘orang baru’ iaitu Mohd, Adira dan Shahir kerana turut tercalon. Masing-masing mempertaruhkan single pertama mereka. Mohd dengan Cinta, Adira dengan Ku Ada Kamu dan Shahir dengan Kebahagian Dalam Perpisahan.

Mengulas tentang pencalonan separuh akhir ini, Penerbit Muzik-Muzik 25, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, semua lagu yang terpilih adalah 100 peratus pilihan penonton.

“Untuk peringkat separuh akhir ini, pihak kami memang memberi kuasa sepenuhnya kepada penonton untuk memilih lagu-lagu ke separuh akhir. Ini kerana kami mahu setiap lagu yang terpilih adalah mesra pendengar. Sesuai dengan format baru Muzik-muzik di mana semua pencalonan adalah berdasarkan carta lagu popular di beberapa stesen radio tempatan.

Mungkin ada yang tidak setuju apabila kami tidak menggunakan juri profesional untuk memilih lagu yang layak. Tetapi kami ada alasan untuk berbuat begini. Pertama, kami percaya penonton atau pendengar muzik di luar sana sudah bijak dalam memilih lagu-lagu yang bagus untuk didengar.

Tidak mungkin dalam 30 lagu tersebut, tidak ada langsung lagu yang bagus. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memancing undi. Kalau lagu-lagu yang tercalon tidak mesra pendengar, mesti tidak ada yang berminat untuk mengundi,” ujar Shaifullizam panjang lebar.

Bercakap mengenai penjurian pada peringkat separuh akhir nanti, Shaifullizam memberitahu terdapat lima orang juri profesional yang akan mengadili. Pemarkahan akan diberi untuk gubahan lagu, lirik dan persembahan pada hari tersebut.

“Pada penghujung setiap pusingan, kami akan umumkan enam pencalonan yang mendapat markah tertinggi. Bagaimanapun, mereka ini tidak semestinya akan berjaya ke peringkat akhir. Ini kerana keputusan muktamad bergantung kepada markah keseluruhan. Lagu-lagu yang layak bertanding ke Juara Lagu 25 akan diumumkan pada pusingan ketiga separuh akhir iaitu pada 22 November 2010,” ujar Shaifullizam lagi.

Separuh akhir Muzik-Muzik 25 masih mengekalkan gandingan pengacara Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai pengantara. 30 buah lagu akan dipertandingan dalam tiga pusingan yang dijadualkan pada 8 November (12 lagu), 15 November (12 lagu), dan 22 November (6 lagu) depan.

Setiap pusingan akan menampilkan seorang penyanyi jemputan yang mewakili era kegemilangan mereka. Ramlah Ram akan muncul pada pusingan pertama, Rahmat Mega pada pusingan kedua dan Spider pada pusingan ketiga.

Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bermula jam 10.00 malam hingga 11.30 malam. Sesiapa yang ingin menyaksikan persembahan artis-artis terlibat, tiket-tiket percuma boleh didapati di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2 pada 3 November, 10 November dan 17 November mulai 11 pagi hingga 5 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 01:44 PM | Show all posts
adoyai..mmg kena stay smpi hbs la ni semata-mata nk tgk ft...ape2 pun..all the best ft..chaiyok2..{: ...
masterdyanna91 Post at 3-11-2010 11:37


demi FT...jam 1 pg pon sggup jerrrrrr tungguuuuuuuuuu..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 02:46 PM | Show all posts
Opening dari Yuna, Aizat & Faizal Tahir di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25. Yuna nyanyi la ...
sicomel Post at 2-11-2010 23:15


mcm intro GnR 'Don't Cry'
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 03:45 PM | Show all posts
wah,best2...harap2 ajl thn dpn best mcm awal thn aritu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 05:14 PM | Show all posts
x sabar nk tgk..tp tv kt umah plak  buat hal..adey
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 05:48 PM | Show all posts
FT memang dpt giliran last atau dia mintak perform last untk tiga minggu semifinal?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 06:50 PM | Show all posts
Harap lebih gempak dari tahun lepas, memang best giler biler final, dah jadi macam konsert 'free' pulak tetapi berbaloi-baloi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 07:24 PM | Show all posts
hrp akim,stacy,shahir,adira&ft layak masuk ke ajl...AMIN...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 08:27 PM | Show all posts
pilihan aku:
aizat,
API,
akim,
shahir,
FT,
nubhan,
hafiz
yuna,
ana raffali,
adira..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 08:36 PM | Show all posts
Lagu MOHD MENTOR tu pernah kuar radio x?kesian tol..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 09:01 PM | Show all posts
Tok sabor nok tgk Anugerah Muzik2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:12 PM | Show all posts
FT memang dpt giliran last atau dia mintak perform last untk tiga minggu semifinal?
Rhyno Post at 3-11-2010 17:48


cabut undi....dh mmg kebetulan...suma giliran dia yg last skali pulok....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:02 PM | Show all posts
saya jangkakan this year we have a new winner...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:29 PM | Show all posts
sedap pula yuna nyanyi lagu pergi tuh...lunak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078949 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list