Edited by ainiz81 at 8-12-2022 10:12 AM
Ok jom sambung cerita makhluk merayau kat blok Mommy tu.Mommy ni sebenarnya jenis takde la bergaul sgt kat komuniti sini. Cuma aktif dalam wasap group je la. Ada hari tu diorang dlm wasap group ckp psl makhlukni. Mommy pun baca dgn penuh minat. Mcm seram juga la sbb benda ni dah munculkan diri. Logik juga dia seolah2 sedang mencari tuan baru
Ada satu hujung minggu tu tak silap Mommy pagi Ahad. Anak Mommy no 4 balik awal pagi. Masa tu dia umur 8 tahun. Ex Mommy akan hantar balik rumah awal mcm dalam Subuh gitu. Sebabnya bini dia kerja shif di hospital. So dia sekalikan lah pulang balik anak masa urus bini pergi/balik keje. Pagi tu anak tekan loceng Mommy dgr tapi bibik dah buka pintu. So Mommy biar je la. Dlm kul10 pagi Mommy jenguk anak ni tadi kat bilik, dia tgh tidur berselimut. Bibik kata balik je pagi tadi terus tidur tak solat Subuh pun. Selalunya si boboi 8 tahun ni akan solat dulu seblum dia tidur balik. Mungkin penat sgt Mommy pun biar je dia tidur. Nanti dia bangun siap la ko nak Mommy bebelkan. Camtu le Mommy pikior
Tapi uols tau si boboi Mommy ni tak bangun sampai tgh hari. Mommy jd pelik masa dah nak Zuhur terus kejut dia. Mommy gerak2 kan badan dia pastu rasa kat kepala rupanya demam budak tu. Membebel la Mommy sbb pd fikiran Mommy mesti ex bawa mandi swimming sampai demam budak tu. Panjang bebelan Mommy sbb si boboi ni ada Asthma so dia cepat sakit klau sejuk2 lama sgt. Sudahnya.. Ptg baru dia bangun..Bibik dah bagi ubat semua kebah sikit le bdn dia. Tapi masih suam2.
Mommy tgk dia dah sedar elok terus le Mommy tanya pergi mana dgn ex sampai demam. Barulah si boboi ni buka mulut. Katanya ex mcm biasa turunkan dia depan lobi apartment je. Dia naik lif sorang2 seperti selalu bila dia balik awal pagi. Tapi Subuh tadi ex hantar lebih awal iaitu sebelum azan. Memang tengah gelap gelita la kan
Rupanya boboi sorang ni demam terkejut. Katanya sampai aras rmh Mommy, pintu lif terbuka je dia nampak makhluk warna hitam tapi berbaju putih kotor2 mcm ada tanah kata anak.. Berdiri depan lif tgh pandang dia. Kawasan koridor umah Mommy mmg terang benderang. So mmg anak kata dia nampak la mata hitam tapi berkilat tu. Tinggi lebih kurang anak juga.Sebab takut sgt dia tekan lif turun semula aras G. Konon nak cari org lain & tengok2 mana tau kereta ex masih ada. Tapi memang kosong takde sesiapa kat area lobi tu. Dia pun amik lif lain yg dekat sikit dengan arah koridor kerumah Mommy. Buka je pintu lift tu makhluk tu masih ada di kedudukan yg sama. Bila pintu lif terbuka dia siap pusing pandang ke arah si boboi. Sebab lif yg kali ni tepi sekali, si boboi ni pun cepat2 keluar dari lif & lari menuju pintu rumah Mommy. Baru Mommy perasan masa dia tekan loceng rumah pagi tadi mmg agak kelam kabut bunyinya. Bukan DING DONG je. Tapi DING DONG DING DONG DING DONG. Ingatkan dia sengaja. Tau je la umur 8 tahun kan tengah nakal. Rupanya dia tengah ketakutan. Sian anak Mommy genk. Terpilih lak dia pagi tu. Kalau Mommy maybe tak naik balik. Duk je kat lobi bawah tu sampai siang sikit
Hokeh nanti Mommy sambung citer ttg perawat yg dtg utk tangkap Makhluk ni k
|