CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 886|Reply: 0

Tory Lanez didapati bersalah tembak Megan Thee Stallion

[Copy link]
Post time 25-12-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Tory Lanez didapati bersalah menembak Megan Thee Stallion.

PENYANYI rap, Tory Lanez didapati bersalah oleh Mahkamah Los Angeles atas pertuduhan menembak Megan Thee Stallion dalam satu pertengkaran di sebuah pesta pada 2020 lalu.

Portal CNA Lifestyle melaporkan, Lanez, 30, didapati bersalah atas tiga pertuduhan jenayah iaitu membawa senjata api yang tidak berdaftar, serangan menggunakan pistol semiautomatik dan juga melepaskan senjata api dalam keadaan cuai.

Lanez berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun dan juga bakal dihantar pulang ke negaranya iaitu Kanada.



Tory Lanez didapati bersalah.

Hukuman tersebut dijadualkan bakal bermula pada 27 Januari depan malah Lanez direman sejurus selepas perbicaraan tersebut.

Sebelum ini, Megan dan juga Lanez dikatakan bertengkar di dalam sebuah kereta selepas penyanyi wanita itu meminta untuk berpisah.


Kata Megan, dia terkejut apabila Lanez mengacu pistol ke arahnya dan melepaskan beberapa tembakan semasa pertengkaran tersebut.

Dia mengalami kecederaan akibat tembakan tersebut sehingga terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang peluru di kedua belah kakinya.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... an-penjara-20-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055954 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list