CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8413|Reply: 9

Saling berpelukan, Ruhainies terkenang teman Shuhada muntah2 ketika hamil

[Copy link]
Post time 19-3-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

https://www.facebook.com/ohmymed ... 1/3640574942922954/" data-width="500">


Saling berpelukan, Ruhainies terkenang teman Shuhada muntah2 ketika hamil



Selepas kemelut rumah tangganya menjadi perhatian umum, Nurul Shuhada Mohd Shukri telah mengambil pendekatan untuk tidak lagi mengambil pusing berkaitan isu kecurangan suami, pelakon, Hafidz Roshdi dan terus bangkit memulakan hidup baru.

Dia yang kini giat menjalani perniagaan turut menerima beberapa tawaran dari usahawan terkenal bagi menjadi model untuk produk mereka.

Jumpa dan saling berpelukan
Dia juga beberapa kali berkongsi momen menghadiri acara yang turut melibatkan selebriti terkenal tanah air yang masing-masing begitu ramai menyantuni wanita cekal berusia 29 tahun ini.

Menerusi perkongsian terbarunya di Insta Story, Shuhada atau biasa disapa Shu telah bertemu dengan pelakon wanita, Ruhainies dan saling berpelukan.

Jumpa secara tak sengaja
Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Ruhainies dia mengatakan sebelum ini pernah bertemu dengan Shu secara tidak sengaja sewaktu di dalam tandas pesawat.

Apa yang menyentuh hatinya adalah keadaan isteri kepada Hafidz Roshdi itu mengalami alahan muntah-muntah begitu teruk semasa kehamilan yang pertama.



Teman Shu hingga dia kembali okey
Ruhainies yang ketika itu belum begitu mengenali Shu telah menemaninya sehingga dia kembali okey. Namun, selepas kejadian tersebut, dia belum berkesempatan untuk bertemu semula dan pertemuan malam tadi adalah kali kedua buat mereka.

Menurut Ruhainies, Shuhada telah menghampirinya dan bertanya sama ada masih ingat akan dia ataupun tidak dan pelakon drama tersebut mengiyakan serta teruja dengan pertemuan tersebut. Dia juga sempat menitipkan kata semangat untuk wanita kuat itu.



Untuk rekod, nama Shuhada telah menjadi sebutan ramai setelah menjadi mangsa kepada tindakan kasar suaminya sehingga mendatangkan kecederaan dan parut kekal di muka.

Walau bagaimanapun, kes tersebut masih berjalan di mahkamah dan begitu juga penceraian yang telah difailkan awal bulan ini terhadap Hafidz Roshdi.

Sumber: Instagram Shushukriii, Ruhainies

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Penyek pon nak tumpang limelight ke. Semak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2023 11:49 AM | Show all posts
awex^returns replied at 19-3-2023 11:21 AM
Si Penyek pon nak tumpang limelight ke. Semak

rempeyek elok skit la
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 12:19 PM | Show all posts
Sibuk pulak sengkuang calit ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 aku benci tapi aku lebih benci muka berparut yg fake ni!
si kemut muka tua sebelum usia tau nama dia dah merudum sebab bakat takde, balik2 cerita jantan. nak cerita drama pun bukannya orang nak tengok pun lakonan kaku kau kemut oiii. Terpaksa la kau buat konten dgn pompuan yg fake tak tau  asal usul datang celah kampung mana tetiba asyik masuk bod gosip ni! Kemain orang puji kata "si shu puihhhhh ni senyum macam tak reti senyum awkward, mesti baik orangnya". Ehhh! Pompuan ni tak biasa senyum sebah dok fikir "macam mana ni, muka tengah ada cela lagi, dah orang nak rakam. Dah la tak boleh filter". Ke kulu ke kelo bawak muka berparut tu jumpa khayalak meraih simpati! Langsung tak sedar kuman dok hinggap dekat bekas penumbuk tu!
Semak la asyik cerita kau je keluar. Kau dah mula perasan orang dah tak hirau pasal kau, dan ada yang meluattttttt tengok kau, kau up pulak pasal anak kau yg masih suci tu tetiba kata bad girl. Makin menonjol true kaler kau.
Woi kemut, kau tu takde bakat , baik kau keluar dari industry seni hiburan Malaysia, kau jual je la kuih muih memandangkan kedai coklat kau tu pun macam dah tak wujud lagi. Ke sebab takde duit dah sebab takde job!
Puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:48 PM | Show all posts
pun sibuk nak mencapub dan dapatkan clout yihhh!!!

ye la sebab nak jaja muka... muka berlangas... kena kemut2 kat depan kamera baru ada konfiden rasa diri comel... padahal macam orang tua tahan buasir!

tiap kali wajah kau terpampang kat TV3 jantan2 gersang fans mira filzah pun kalih ke channel animal planet... padahal muka idolat mereka tu pun basic habis! pun tak termampu ko menaikkan ciknek mereka untuk tengok muka kau kat TV...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih cari thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg org yg temani shu muntah2 di muntahi kata2 nista dari shu sndiri ..x guna punya shu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 21-4-2024 04:43 PM
Skrg org yg temani shu muntah2 di muntahi kata2 nista dari shu sndiri ..x guna punya shu

hi…
uolls haters die jgk kew???
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
peahtahilalat replied at 21-4-2024 06:21 PM
hi…
uolls haters die jgk kew???
huhuhu

Haters sapa? Ruhaines ka shungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063671 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list