CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7260|Reply: 4

Cedera Jatuh Atas Jalan Tar Gara-Gara Dikejar Anjing Liar, Mujur Tak Kena Gigit

[Copy link]
Post time 2-4-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Malang tidak berbau.


Begitulah nasib menimpa seorang wanita dikenali sebagai Sarah, 29, apabila dia cedera selepas dikejar dua ekor anjing liar di Ampang, Selangor, pada Jumaat petang.


Ketika dihubungi mStar, Sarah berkata dia dikejar dua anjing berkenaan ketika sedang berjalan kaki dari tempat letak kereta untuk naik ke blok kediamannya.


"Saya menetap di apartment kos rendah. Ada lot parking terbuka di kawasan depan dan belakang. Dalam bulan puasa ni, agak susah untuk dapat parking di kawasan depan sebab ramai orang balik nak berbuka.


"Jadi saya letakkan kereta di lot belakang rumah selepas pulang dari pejabat. Saya park macam biasa. Walaupun tak sedap hati, saya tetap keluar, kunci kereta dan berjalan macam biasa.


"Tiba-tiba saya nampak dua ekor anjing. Saya pandang anjing, anjing pun pandang saya. Lepas tu saya lari, anjing terus kejar. Saya lari macam orang tak cukup tanah," ujarnya memulakan cerita.


Menurut Sarah, dia yang terjatuh ketika sedang melarikan diri mengalami kecederaan pada bahagian muka, kaki dan tangan.


Namun, Sarah bersyukur kerana dibantu seorang individu, sekali gus mengelakkannya daripada digigit oleh dua ekor anjing berkenaan.


"Sebelum ini saya pernah kena kejar, tapi sempat masuk blok. Kali ini, jarak saya masih jauh dengan blok. Saya jatuh ketika lari, tersembam atas jalan tar.




"Selain cedera muka, kaki dan tangan, bibir saya juga koyak sampai dalam. Mujurlah saya tak kena gigit, cuma cedera akibat jatuh. Masa tu ada orang kejar balik anjing tu," ceritanya lagi.


Sarah yang trauma dengan kejadian itu turut berkongsi foto serta video, memaparkan kecederaan yang dialaminya menerusi laman Twitter.


Menurut Sarah, dia sekadar mahu berkongsi pengalaman dan mahu menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan tanggungjawab mereka agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.


"Tujuan saya kongsi di Twitter untuk menyedarkan masyarakat bahawa ada anjing baik dan ada juga anjing yang perlu ditangkap kerana membahayakan orang ramai.


"Saya okay dengan anjing domestik, anjing belaan di rumah. Tapi anjing jalanan saya takut. Saya nak elak orang lain kena benda sama. Di kawasan rumah saya, adik-adik saya pernah kena kejar. Orang lain pun pernah kena kejar.


"Saya harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan. Jangan biarkan anjing liar, takut ada kes lain lagi. Buatlah sesuatu," ujar Sarah lagi.


Menerusi posting tular di Twitter itu, ramai netizen mendoakan agar Sarah diberi kesembuhan segera, namun ada juga individu yang menempelak mesej yang cuba disampaikan olehnya.


"Rata-rata netizen doakan saya cepat sembuh. Tapi ada seorang mat salih, dia pertikaikan perkongsian saya di Twitter. Dia kata, kenapa nak hapuskan anjing liar? Dia kata tak adil, sebab anjing pun makhluk ciptaan tuhan.


"Saya tiada masalah dengan anjing. Tapi kalau kena kejar, kena gigit, ini dah lain cerita," tegasnya lagi.




Sumber: mStar









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mana pcinta2 stray cat,stray dog yg mrh ble anjing2 ni dtgkag?hope korg mrasa tsungkur jua dikejar anjing ye?
.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:23 AM | Show all posts
Saya pandang anjing, anjing pun pandang saya. Lepas tu saya lari, anjing terus kejar.


ngo backup stray dog kena educate public, jenis anjing apa patut menggelabah lari, jenis rotweiler ke, jenis biasa kita nampak ke.... apa tanda anjing tu nak menganjing2 kan kita ke, memang nak gigit ke.. etc..

tapi kalau husky yang kejar memang rasa nak bawak balik lah....hensem husky..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 06:36 PM | Show all posts
biasanya, klu kita wat dek jer, and jgn pandang depa, percayala, ia sekadar nak gertak jer, lama2 dia bosan dan pergi camtu jer. ni tak, bila pandang anjing takut2 menari ronggeng, mmg sah lah dia ikut menari.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang kita ada di masa yang Salah kan..ada kalanya kita lalu anjing TU elok je...
Satu hari tibe2 anjing TU bad.mood.ke apa..kita tertengok dia plak..berapi la anjing TU...
Harap2 pbt Kasi tangkap je..dulik apa ngo2 TU.
Kalau bising..letak depan rumah depa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.717985 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list