View: 3336|Reply: 15
|
“Saya Masih Membiasakan Diri…”-Suami Raysha Rizrose Berubah Selepas Kahwin, Lebih Muhasabah Diri Jadi Isteri Bertanggungjawab
[Copy link]
|
|
Pelakon Raysha Rizrose memberitahu tidak merancang untuk memperlahankan karier lakonan walaupun sudah bergelar isteri kepada bekas pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri.
Menurutnya, dia mahu menyelesaikan tugas lakonan sebelum berehat bagi memberi tumpuan kepada perancangan untuk dapatkan cahaya mata.
“Perancangan untuk menimang cahaya mata memang ada. Tetapi, biarlah ia dimulakan selepas saya selesaikan dan habiskan kerja-kerja lakonan yang masih berbaki terlebih dahulu,” katanya.
Raysha ditemui semasa majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Disoal mengenai rutin Ramadan pertama kali bersama suami, dia masih membiasakan diri dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga rumah tangga.
“Sebagai isteri, tentunya di bulan Ramadan kena sediakan juadah bersahur untuk suami. Suasana itu baru bagi saya, sebab sebelum ini hidup bujang, jadi keadaannya sedikit berlainan.
“Saya masih membiasakan diri. Bulan Ramadan ini memberi ruang untuk bermuhasabah diri, mengingatkan bahawa tanggungjawab sudah bertambah,” ujarnya.
Selain itu, pelakon Bisik-Bisik Gelora ini turut memaklumkan bahawa dia dapat melihat lebih banyak sisi positif suaminya selepas berkahwin.
“Dia sangat berbeza lepas kahwin walaupun dah kenal 10 tahun. Saya nampak dia lebih bertanggungjawab.
“Kalau bergaduh sikit-sikit, dia tak ada marah. Jaga solat semua. Alhamdulillah,” jelasnya.
Untuk rekod, Raysha dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 di Kuala Lumpur.
Sumber: XTRA |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa suami dia muhasabah jadi isteri bertanggungjawab? Bisexual ke apa?
Solat pun nak kena bagitau. |
|
|
|
|
|
|
|
Santai2 ajer lah.. nih siap beri sepenuh tumpuan untuk dapat anak... Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah perlahankan karier lakonan pun dah memang perlahan... elok la muhasabah diri banyak2 dan berhati2 takut tiba2 ada yang datang hempuk ke apa... kakak dah la rekod tak bersih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap, suami nk jadi isteri bertanggung jawab? TT minum apekah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
title tread menimbulkan kebingungan dan kebuntuan |
|
|
|
|
|
|
|
Title agak berbelit. Macam mstar dah |
|
|
|
|
|
|
|
byk ke cerita dia ni berlakon
mcm ada 1 2 tu je pn |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar pengantin tu sominya mcm terlebih gomak. Mcm hadek2. Tpi gmbar lain tu okay je rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
akak pon terkompius dgn tajuk. dari fikir byk tyme posa, bek ttp baca citer len |
|
|
|
|
|
|
|
Dh preegy dia.
Comel amat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniahh raysha yg comel gilaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|