View: 24153|Reply: 203
|
Joy Revfa Nak Kahwin Dengan Dokor Cina, Dah Peluk Islam Sejak Awal Ramadan
[Copy link]
|
|
Joy Revfa meraikan hari raya bersama seorang jejaka berbangsa Cina pada 1 Syawal lalu mengundang pelbagai spekulasi.
Wajah kacak Dr Adrian Yeah itu juga sudah beberapa kali muncul di Instagram Joy sehingga ada membuat telahan jejaka bertuah itu teman lelaki baharu usahawan berkenaan.
Joy turut dilihat meluangkan masa bersama ahli keluarga Dr Adrian malah hubungan mereka dilihat akrab selain turut meraikan hari raya bersama.
Foto: IG
Joy mengakui Adrian atau nama Islamnya, Muhammad Adrian Yeah adalah bakal suaminya yang dikenali sejak awal Februari lalu.
"Kami kenal awal Februari lalu tapi setuju untuk membawa hubungan ke arah lebih serius pada 18 Februari 2023. Sejak itu, kami memang tidak main-main dan serius merancang masa depan bersama.
"Insya Allah kami akan mengikat tali pertunangan pada Mei ini," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Joy berkata, mereka bukan sahaja sedang mengenali hati budi tetapi tanggungjawabnya juga lebih besar apabila perlu membimbing Adrian mendalami ilmu agama Islam dengan lebih baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Dedahnya, Dr Adrian yang juga seorang doktor perubatan sudah pun melafazkan syahadah dan bergelar mualaf pada 24 Mac lalu di salah sebuah masjid di Setia Alam, Selangor.
"Alhamdulillah Adrian telah memeluk agama Islam pada 24 Mac lalu dan sekarang saya sedang membimbingnya untuk belajar lebih mendalam tentang Islam.
"Selepas dia lafaz syahadah, baru saya betul-betul yakin nak merancang perkahwinan," katanya.
Usahawan itu juga menjelaskan dia sendiri memilih sendiri nama Islam buat Dr Adrian yang membawa maksud 'kekayaan'.
"Saya pilih nama Adrian untuknya yang bermaksud kekayaan, supaya dia dikurniakan dengan kekayaan, kebahagiaan dan kejayaan oleh Allah.
"Mohon semua doakan Adrian dan semoga Allah melindungi dia sebagai seorang mualaf yang istiqamah dan sempurna," ujarnya.
Bercakap mengenai calon suaminya itu, Joy mendedahkan dia tertarik dengan gaya hidup sihat diamalkan Dr Adrian termasuklah tidak mengambil minuman keras mahupun merokok.
Apa lebih membuatkan dia yakin, hubungan cinta mereka turut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak biarpun memiliki kepercayaan, agama dan latar belakang yang berbeza.
"Sebelum masuk Islam lagi Adrian memang tidak mengamalkan pengambilan minuman keras, menjalani gaya hidup bebas atau pun merokok.
"Walaupun Adrian berbangsa Cina tapi dia sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu... Apa paling penting adalah keluarga kami berdua merestui hubungan kami. Itu paling penting," jelasnya.
Sementara itu, Joy turut meluahkan rasa sayu melihat kesungguhan Dr Adrian mendalami ajaran Islam malah turut mula berpuasa dan belajar solat ketika bulan Ramadan.
Katanya, dia tidak mahu mendidik bakal suaminya itu dengan cara keras kerana bimbang Dr Adrian akan berasa tertekan menjalani tanggungjawab sebagai seorang mualaf.
"Alhamdulillah sejak jadi mualaf memang dia solat dan berpuasa. Kagum jugalah saya dengan dia sebab bersungguh-sungguh nak belajar.
"Saya lihat dia berusaha untuk berpuasa setiap hari dan turut belajar cara-cara untuk solat menerusi bacaan buku.
"Jika ada perkara yang dia tidak faham, dia akan rujuk kepada ustaz. Saya sendiri pun nak dia belajar secara perlahan-lahan dan jangan drastik sangat. Takut pula dia rasa Islam ini susah, sedangkan Islam ini sangat mudah," katanya.
Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.
Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Arryan Firdaus, 9. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
untungla ko perempuan cantikkkkk
semuga berahagia la yerrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
joy dgn muka plastik berpisah tiada.... |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 27-4-2023 04:53 PM
untungla ko perempuan cantikkkkk
semuga berahagia la yerrrrrr
real life dia bukannya cantik pun, KAYAAA tu yaa |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 27-4-2023 04:53 PM
joy dgn muka plastik berpisah tiada....
Muka dia tak mekap pun cantik juga. Tak sangka you! |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa i rasa macam ciptaan AI je? kan dah boleh create macam2 through AI platform, tiru suara bagai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Herloknyaaaa... Untung joyah repah dapat merasa cik nek tak sunat kalini... Kalau tidak yang sebelum ni klem tak pernah sentuh pun sheolsss... Kiranya joyah hanya menonggeng kehausan sampai ke subuh gamaknyaa menanti tan sri raub tusuk....
Hujung2 dapat lengchai jah... Tak merasa la gelaran pong sri
|
|
|
|
|
|
|
|
Retis ke dia nie cerita masuk bodgos?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hensem juga duktur Tu
Sister duktur Chinese Tu pun cantik
Hunting lah joy repa
Dpt bakal suami hensem taf duktur lagi
Mualaf sommore pasti tak gadoh giliran beraya mahupun berebut bilik Di Hari raya
|
|
|
|
|
|
|
|
Maknya cantik jugak. Kemahen bergaya tudung pintal tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni bila dah kawen jgn nak bercerai2 lagi yaaa
Last warning ni tauu |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 27-4-2023 05:16 PM
kenapa i rasa macam ciptaan AI je? kan dah boleh create macam2 through AI platform, tiru suara bagai ...
Advance sangat gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la Joy... anywhoo ko sorang je filter cukuplah ni dengan si Adrian tu sekali difilterkan.. ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Moga berkekalan hendaknga |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sah cerai ke belum dengan suami suami sebelum ni? Saja je nak double check hehe
Dr Adrian ni real person ke? Kenapa ig macam si joy ni yg buatkan? Hikhik
Kata Adrian nama baru, tp ig terus nama tu? Nama asal apa?
Gambar dengan family pun nampak fake. Mane ko jumpa lelaki ni? Doctor betul ke asik berkepit je tak macam berkerjaya pun?
Gitu acik melontarkan perbagai point untuk mulakan spekulasi liar |
|
|
|
|
|
|
|
Herlok kejadian lelaki ni..masya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
hensem tp nape ramai xsuka joy ni ek...
nape masa nikah ngan pismidun xdisentuh..ada sebab pape ke |
|
|
|
|
|
|
|
sehingga ada membuat telahan jejaka bertuah itu teman lelaki baharu usahawan berkenaan.
yang bertuah tu bukan si laki tu..... tak boleh guna word "bertuah" pun.... semoga tidur pun tak bermakeup, gomol dalam gelap gelita aje, takut.........................
naseb la kot adrian........ bersepah2 lagi yang terbaik sesuai dengan rupa perangai kau tu..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|