CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

'Hantar segera Umar 'berguru' di Amerika Syarikat'

[Copy link]
Post time 13-5-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

Umar memenangi pingat emas 400m dan memacah rekod kebangsaan di Sukan SEA Kemboja, Selasa lalu. NSTP/FATHIL ASRI

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas 400 meter (m) Sukan SEA Kemboja 2023, Umar Osman perlu segera di 'eksport' ke Amerika Syarikat (AS) untuk menjadikan dia lebih kompetitif dan mampu bersaing di peringkat tertinggi termasuk Sukan Olimpik.

Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) digesa mencari jalan bagi membolehkan atlet berusia 20 tahun itu mendapat peluang melanjutkan pengajian dan mengikuti program latihan di negara 'Uncle Sam' itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, berkata contoh terbaik adalah jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan pelari 400m wanita, Shereen Samson Vallabouy yang turut berpangkalan di AS dan sudah mencetuskan impak positif.

Katanya, bakat yang dimiliki Umar tidak boleh dibazirkan begitu saja kerana ia jarang ditemui selepas berjaya menjadi pelari pertama negara merekodkan masa bawah 47 saat (s) sejak 22 tahun lalu.



"Kita perlu ambil peluang ini untuk melabur ke atas Umar, jika semuanya dirancang dengan baik, dia boleh beraksi dalam tiga kitaran Sukan Olimpik kerana usianya masih muda.

"Kita perlu beri sokongan dan pendedahan yang cukup kepada Umar. Kita lihat Azeem sekarang, hampir setiap minggu dia akan beraksi dalam kejohanan, ini yang kita mahukan untuk Umar, berlatih dan dapat pendedahan dalam kejohanan selain dia ada rakan sepelatih yang berkualiti.

"Saya anggap Umar adalah atlet yang sangat berpotensi, dengan serba kekurangan dia berlatih di sini tetapi berjaya menghasilkan kejayaan yang menakjubkan. Bayangkan jika dia mendapat semua sokongan dan pendedahan yang diperlukan, sudah tentu dia boleh pergi jauh," kata Sadek.

Selasa lalu, Umar mencipta sensasi apabila berjaya memenenangi pingat emas acara 400m lelaki di Sukan SEA Kemboja selepas mengungguli aksi final dengan catatan 46.34s.

Catatan itu turut menyaksikan juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 itu memperbaharui rekod kebangsaan berusia 22 tahun milik Mohd Zaiful Zainal Abidin dengan catatan 46.41s yang dilakukan ketika Kejohanan Olahragha Remaja Asia di Brunei pada 2001.

Dua pelari utama negara ketika ini 'berguru' di AS dengan Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan 100m melanjutkan pengajian dan mengikuti program latihan di Universiti Auburn di Alabama bermula Januari lalu manakala Shereen yang memegang rekod kebangsaan 400m berpangkalan di Winona State University di Minnesota sejak 2019.

Shereen turut meletakkan nama sebagai penyumbang emas kontinjen Malaysia pada Sukan Sukan SEA kali ini apabila mengungguli acara 400m wanita di Kemboja.
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-amerika-syarikat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.041580 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list