|
Teknologi imej selamatkan kelip-kelipOleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
[email protected]
| Pelbagai kemudahan disediakan seperti menara ini untuk kemudahan pengunjung melakukan pemerhatian serta kajian terhadap kelip-kelip.- Gambar hiasan
|
Setiap makhluk yang dijadikan Allah SWT di atas muka bumi ini pasti memiliki keistimewaan yang tersendiri. Malah sesetengah daripada ia amat berguna kepada manusia secara langsung atau tidak langsung.
Antara hidupan yang paling banyak wujud di dunia kini adalah serangga. Jumlanya beribu malah mungkin berjuta spesies sama ada yang telah dikenal pasti mahupun yang masih tersembunyi tidak ditemui oleh para penyelidik.
Namun bagi spesies serangga ini, antara yang sering menjadi tumpuan adalah kelip-kelip kerana ia mampu mengeluarkan cahaya melalui abdomennya.
Kini populasi serangga tersebut sedang diancam kepupusan yang amat drastik akibat pencemaran sungai, pembukaan tanah persendirian di sekitar habitatnya serta pencemaran cahaya.
Kini seluruh pencinta serangga tersebut dari seluruh dunia telah berkampung di Malaysia bagi membincangkan pendekatan yang terbaik untuk mengelakkan kelip-kelip 'hilang' di sebalik kerakusan manusia membina 'istana batu'.
Simposium Antarabangsa Kelip-Kelip 2010 telah diadakan atas daya usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi merealisasikan usaha menyelamat serta membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh populasi serangga tersebut di seluruh dunia.
Bertajuk Konservasi Kelip-Kelip: Dari Sains kepada Perlaksanaan, simposium tersebut telah menghimpunkan hampir semua pakar kelip-kelip dari seluruh pelosok dunia.
Penurunan populasi kelip-kelip bukan sahaja berlaku di Malaysia malah fenomena tersebut mula dikesan sejak beberapa tahun yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# chewan
Justeru, satu simposium telah diwujudkan bagi membentuk satu jaringan antarabangsa di antara penyelidik tempatan bersama penyelidik luar negara.
Simposium Kelip-kelip pertama diadakan di Thailand telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Malah Malaysia, di bawah kelolaan FRIM telah terpilih sebagai penganjur kali ke dua simposium tersebut.
Kelip-kelip yang dikenali sebagai firefly dalam bahasa Inggeris sebenarnya bukan daripada spesies lalat, ia adalah serangga daripada spesies kumbang (order coleoptera).
Nama firefly di perolehi kerana kebolehan serangga tersebut mengeluarkan cahaya pada malam hari semasa proses untuk mengawan.
Fenomena ia berkumpul dan 'berkelip' dalam jumlah yang banyak hanya berlaku di kawasan yang tertentu sahaja (endemik).
Oleh yang demikian pelbagai usaha sedang dilakukan oleh para penyelidik bagi memahami habitat, tingkah laku serta corak pembiakan kelip-kelip.
Terbaru para penyelidik daripada FRIM sendiri berjaya menemui kaedah bagi memantau populasi kelip-kelip iaitu melalui analisis teknologi pengimejan.
Menurut ketua penyelidik kelip-kelip FRIM, Dr. Laurence G. Kirton, penggunaan teknologi pengimejan seperti analisis kelipan cahaya pada gambar digital kelip-kelip yang diambil pada waktu malam memudahkan penyelidik memantau bilangan kasar serangga tersebut.
"Kita tidak akan dapat bilangan yang benar-benar tepat melalui kaedah ini namun ia (kaedah) cukup berkesan bagi proses pemantauan pada skala yang besar.
"Proses itu juga secara tidak langsung membolehkan penyelidik mengkaji kelip-kelip tanpa perlu menganggu habitatnya," ujar beliau.
Teknik tersebut juga sesuai bagi memantau kawasan habitat kelip-kelip dan aktiviti serangga tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak nampak kelip kelip... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak nampak kelip kelip...
adorable10 Post at 11-12-2010 18:39
Last nampak kelip-kelip masa skolah menengah....time camping kat ulu selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Asik nampak lampu Neon Jerk... |
|
|
|
|
|
|
|
Utk kelip2 pon sampai ada simposium yek.. Bidang ilmu itu byk dan luas |
|
|
|
|
|
|
|
pengkhusussan tu penting.ada saintis devoted his whole life dok kaji kumbang saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# AdiJagat
aku setuju pengkhususan tu penting, tapi di level postgrad lah, pada aku not di first degree. First degree tu patut bagi strong foundation tentang bidang yang diambil, supaya bila grad dgn first degree, student ada kebolehan dan boleh adapt mana2 tempat. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|