CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

Malaysia serius bangunkan ‘badang’ wanita

[Copy link]
Post time 17-5-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

NUR Syazwani Radzi memastikan angkat berat pulang bersama pingat selepas meraih gangsa dalam 64 kilogram wanita.


PHNOM PENH: Kejayaan Nur Syazwani Radzi meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2023 membuka mata Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk menggerakkan semula atlet wanita bagi mencabar pingat di saingan lebih tinggi.

Syazwani, 20, yang membuat penampilan pertama dalam temasya dwitahunan itu meraih gangsa acara 64 kilogram (kg), sekali gus memberi kelegaan buat badan induk tersebut yang meletakkan sasaran satu pingat gangsa dari temasya kali ini.

Presiden PBAM, Datuk Ayub Rahmat berkata, program latihan lebih sistematik dan tersusun akan disediakan untuk atlet angkat berat wanita negara supaya potensi mereka boleh dikembangkan.

“Kita di peringkat kebangsaan mempunyai program khusus untuk atlet angkat berat, jadi sebaik sahaja tamat Sukan SEA Kemboja, kita akan buat tawaran kepada Syazwani untuk mengikuti program lebih sistematik dan rapi.

“Saya lihat itulah yang terbaik buatnya, pada masa sama, kita juga akan melihat potensi atlet lain di peringkat negeri untuk diketengahkan menerusi kejohanan yang akan diadakan kelak.

“Apa yang boleh saya katakan, kita mempunyai ramai pelapis berkebolehan terutamanya atlet wanita sekali gus mampu membawa emas pada Sukan SEA akan datang,” katanya.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... nkan-badang-wanita/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052270 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list