View: 460|Reply: 0
|
Rumah Sewa Didakwa Jadi Markas Pemprosesan Ganja
[Copy link]
|
|
Melalui satu hantaran di Facebook, lelaki itu berkongsikan pengalamannya bersama penyewa durjana yang nyaris menyebabkan pemilik dicekup pihak berkuasa di bawah akta dadah berbahaya.
"Aduh ini macam port tanam dan proses ganja je ni.
"enyewa sudah lari mungkin sebab mereka tahu rumah ni dah nak kena lelong. Sudah tak selamat untuk buat 'kerja' sebab ramai yang akan datang ke rumah.
"Ejen, pelelong dan wakil bank akan datang ambil gambar," kongsinya sebagai pengajaran kepada pemilik kediaman lain agar lebih berhati-hati.
Turut disertakan dalam hantaran itu adalah beberapa keping gambar memaparkan keadaan semasa rumah terbabit yang tidak ubah seperti sebuah makmal.
Dapat diperhatikan deretan kelalang dan bekas kaca menyimpan cecair tersusun rapi di serata bahagian rumah itu.
Lebih menarik perhatian adalah sistem penurasan dan pendidihan juga siap tersedia untuk mengadun bahan.
Kelihatan tempat tanaman hidroponik diletakkan di balkoni rumah tersebut dipercayai nurseri untuk menyemai tumbuhan kanabis.
Mengukuhkan firasat lelaki tersebut adalah penemuan dua buah buku berjudul Ensiklopedia Kanabis dan The Cannabis Grow Bible mungkin sebagai sumber rujukan 'mat lalok' untuk mendalami ilmu.
"Bahaya ni. Kita sebagai tuan rumah kena buat persetujuan secara bertulis dengan penyewa.
"Kalau polis datang, sekali dengan kita ke lokap. Ganja ada di rumah kita, penyewa sudah lari, penat nak menjawab dengan polis nanti.
"Kalau ada dokumentasi lengkap boleh la kita tunjuk dekat pihak berkuasa," katanya memberikan peringatan.
Lelaki itu memaklumkan di ruangan komen bahawa penyewa yang menjadikan rumah itu sebagai markas operasi haram merupakan warganegara asing.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|