CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9032|Reply: 52

AF9 Bakal Jadi Program AF Yang Terakhir!

[Copy link]
Post time 13-12-2010 08:10 AM | Show all posts |Read mode
AF9 Bakal Jadi Program AF Yang Terakhir!







        10 DIS 2010: Semua dah tahu kan yang Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) akan kembali tidak lama lagi. Tapi, apa yang mengejutkan Murai Batu, AF9 kali ini akan menjadi program AF terakhir yang diterbitkan oleh Astro.
       
        Mula-mula tu, Murai Batu ingat benda hanya ni main-main je atau sekadar satu gimik semata-mata. Tapi, perkara ini telah disahkan oleh orang yang berkenaan di pihak Astro sendiri. AF9 akan jadi program yang terakhir.
       
        Fuh...Murai Batu pun tak tahu macam mana nak luahkan perasaan tatkala mendengar berita ni. Sedih ada, kelu pun ada ada. Macam tak percaya pun ada. Pendek kata, macam-macam perasaan berbaur dalam diri Murai Batu sekarang ini.
       
        Hakikatnya, Murai Batu adalah antara segelintir pihak di luar sana yang membesar dengan program AF dan tempoh selama 9 tahun bukanlah satu tempoh yang cukup singkat.
       
        Dalam tempoh 9 tahun AF bersiaran, macam-macam yang lihat. Macam-macam yang Murai Batu pelajari. Sedikit-sebanyak, program ini telah mendewasakan persepsi Murai Batu terhadap dunia hiburan itu secara realitinya.
       
        Realitinya, ia tak seindah seperti yang difikirkan. Glamor itu hanya dapat dinikmati dari sudut luaran. Glamor itu hanyalah sekadar pakaian yang membaluti tubuh setiap bintang AF.
       
        Namun, cabaran untuk bersaing, cabaran untuk memperbaiki diri, cabaran untuk menjadi yang terbaik dan cabaran untuk kekal adalah realiti yang perlu dilalui oleh setiap bintang AF.
       
        Bagi yang bernasib baik, laluannya mungkin tak sesukar mana. Tapi, bagi yang kurang bernasib baik, bermacam dugaan yang perlu mereka lalui.
       
        Apapun, Murai Batu percaya ada segelintir pihak yang akan menarik nafas lega apabila AF sudah sampai ke penghujungnya. Namun, apa yang Murai Batu diberitahu, AF9 bakal menjanjikan sebuah pengakhiran AF yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh pengikut setianya.
       
        Malah, AF9 juga bakal menjanjikan pelbagai kejutan serta perubahan yang tidak dijangka. Dalam hal ni, Murai Batu tak propa ya. Tapi, kalau nak tahu perkembangan AF9 dengan lebih lanjut, terus dengan setia dengan Murai ya.
       
        MURAIBATU: Mesti ramai yang tengok konsert Wonder Girls minggu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2010 08:12 AM | Show all posts
kalau penutup,
haruslah..kena pilih pelajar yang betul2 meletup
tenaga pengajar yang hebat2 gak...
biar orang akan kenang, sebut2 kemudian hari nanti

kalau pilih yang kelam2, harusssslaaaa
orang takkan ingat program nehh lagi
dah laaaa yang ujung2 nehhh..
ntah orang kenal, ntah tidak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 08:33 AM | Show all posts
kalau pilih yang kelam2, harusssslaaaa
orang takkan ingat program nehh lagi
dah laaaa yang ujung2 nehhh..
ntah orang kenal, ntah tidak
Syd Post at 13-12-2010 08:12

Bukan saja takkan ingat program ini, tapi juga haruslah tak AFUNDI. Lagipun harga barang terutama minyak dah naik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 08:51 AM | Show all posts
ngam la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 10:26 AM | Show all posts
bgs la last.. xyah wat dah. pasni wat prog lain lak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 12:58 PM | Show all posts
bgs la last.. xyah wat dah. pasni wat prog lain lak.
hijau_serindit Post at 13-12-2010 10:26

Pada 2005, Ensiklopedia Britannica telah membuat tinjauan, dan menyenaraikan peratus “agama terbesar” di seluruh dunia. Berikut ialah senarainya :majoriti penganut agama dan kepercayan menganut (mengikut populasi dunia) :


Kristian 33.06%

Islam 20.28%

Hinduisme 13.33%

agama Rakyat China 6.27%

Buddhisme 5.87%

Tak beragama dan ateis 14.27%

Agama puak orang asli 3.97%

Agama-agama yang lain? Entah, tidak disebut pula. Di dalam Nationmaster menyatakan bahawa penduduk dunia pada 2008 seramai 6,705,862,170 orang. Sekiranya kita anggarkan bahawa peratusan pada 2005 itu tidak berubah, maka orang Islam seramai 1,359,948,848! Tapi, Kristian dikatakan lebih ramai, sedangkan kristian terpecah kepada Ortodoks, Katolik dan Proteston, yang saling berbeza di antara satu sama lain. Katholik adalah teramai di kalangan kristian yang lain iaitu melebihi 1 Billion.

Maka, apa yang perlu kita lakukan wahai umat Islam? Bersatu! Mereka sedang berpecah.. dan kita perlu bersatu untuk menghasilkan tentera Islam seramai 1.3 Billion.

Tapi, tak guna juga kalau ramai sahaja, dengan diisi oleh golongan yang seperti “udang di sebalik mee”. Akhirnya Islam berpecah lagi disebabkan udang-udang ini. Umat Islam paling ramai berada di Indonesia, iaitu seramai 195,272,000. Mesir berada di tangga ke 6 iaitu seramai 69,560,000. Malaysia pula berada di tangga ke 22 seramai 14,030,000.

Tapi, jika di lihat di Malaysia, ke manakah umat Islamnya lebih menjurus (baca; majoriti yang terlibat adalah orang melayu muslim)? Ok, lihat gambar di bawah ini.


Konsert JOM HEBOH



Akademi Fantasia



Mentor



Idola Kecil



Gambar-gambar di atas itu, saja aku letakkan supaya kamu-kamu semua di luar sana berfikir, apakah kesan jangka panjang program ini ke atas umat melayu islam di Malaysia? Apa signifikannya? Adakah dengan mengecapi kemenangan di setiap program ini, bakal menjadikan umat melayu islam di Malaysia kuat ekonomi dan mampu bersaing dengan orang-orang lain sedangkan pada masa yang sama ada sebelah pihak yang sebuk mewar-warkan tentang “Ketuanan Melayu” pada hal umat melayu islam yang sekarang sedang dimamah budaya hedonisme sedikit demi sedikit yang berupaya melemahkan umat melayu islam itu sendiri.

Sepatutnya inilah yang perlu diperjuangkan bagi menguatkan umat melayu islam di sini. Hapuskan budaya hendonisme, kukuhkan budaya islam dan tingkatkan kerohanian baharulah kukuhkan pula ketuanan melayu islam!

Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti tv yang memualkan. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen tv di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Lihat, dari kecil hinggalah ke remaja hinggalah ke tua, ada sahaja program realiti berbentuk hiburan diterbitkan. Jika untuk anak-anak kecil mereka boleh masuk Idola kecil, Bintang Kecil dan apa-apa program yang lain. Peringkat umur remaja pula mereka boleh menyertai Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan lain-lain, jika sudah masuk umur berumur sedikit, mereka masuk rancangan Sehati Berdansa, Mari Menari, Muzik Muzik dan untuk hiburan “family” kononnya mereka boleh mengikuti konsert-konsert seperti Jom Heboh dan pelbagai lagi. Ini sebenarnyalah budaya hendonisme yang sedikit demi sedikit menjadi barah yang menjadikan umat melayu islam leka dan alpa dengan keadaan semasa!!! Lebih sukakan hiburan!

Masyarakat yang leka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau akhirnya akan menjadi masyarakat yang rosak akhlak,kosong jiwa dan hilang jati diri. Begitulah dasyatnya pengaruh program realiti tv yang merupakan agenda pihak Yahudi dan Nasrani untuk melumpuhkan umat Islam dari bangkit menjadi umat yang terkemuka seperti di zaman silam.Tidak hairanlah apabila sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mufti Perak bahawa umat Islam di Malaysia membelanjakan RM4 billion untuk minum arak dan berjudi sahaja.Manakala terdapat lebih 100 ribu umat Islam di Malaysia yang telah murtad atau keluar dari agama Islam.

Inilah agenda Yahudi dan Nasrani yang telah berjaya secara halus dan perlahan merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia.

Jadi, bagi aku denngan datangnya tahun baru islam ini……

Kembalilah ke jalan yang benar supaya syiar Islam itu benar-benar bersinar di bumi melayu ini.

p/s -  Umat islam memang ramai, tapi berapa ramai yang benar-benar berkualiti?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2010 01:02 PM | Show all posts
Pada 2005, Ensiklopedia Britannica telah membuat tinjauan, dan menyenaraikan peratus “agama terbe ...
hayrin86 Post at 15-12-2010 12:58


kita dh terlalu dilalaikan dgn pelbagai program berbentuk hiburan yg membuai jiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 02:57 PM | Show all posts

Errr...

Pada 2005, Ensiklopedia Britannica telah membuat tinjauan, dan menyenaraikan peratus “agama terbe ...
hayrin86 Post at 15/12/2010 12:58





Hapa kaitang program realiti ngan Yahudi...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 10:22 AM | Show all posts

Harga tayar naik

Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
2010/12/20



Peningkatan permintaan getah di pasaran dunia

KUALA LUMPUR: Produk berasaskan getah terutama tayar naik antara 6.5 peratus hingga lapan peratus bermula bulan ini berikutan peningkatan harga getah di pasaran dunia.


Syarikat pengeluar tayar Yokohama, Toyo, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Falken, Hankook dan Kumho mengumumkan kenaikan itu susulan peningkatan harga getah dan bahan mentah lain berasaskan petrokimia seperti getah sintetik dan karbon hitam yang menjadi bahan mentah utama menghasilkan tayar.


Dapatkan akhbar Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

P/S: Kalau nak sangat jimat duit, takyah la topup bikin AFUNDI bebudak AF. Membazirkan kredit dan duit saja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 10:24 AM | Show all posts

Teksi Sabah guna kadar tambang baru

Oleh Suzianah Jiffar
[email protected]
2010/12/21



Penumpang bayar RM10 bagi 3 kilometer pertama

KOTA KINABALU: Penumpang teksi di bandar raya ini dikenakan tambang permulaan RM10 bagi tiga kilometer pertama, manakala bagi setiap 100 meter berikutnya dikenakan bayaran 12 sen, mulai 1 Januari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pelaksanaan kadar tambang teksi bermeter itu membabitkan 869 teksi bagi memastikan penumpang tidak dibebani masalah pemandu teksi yang meletakkan kadar tambang sesuka hati seperti sekarang.


Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan penggunaan teksi bermeter di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu yang sepatutnya berkuat kuasa juga pada tarikh berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan pelbagai masalah.

“Saya diberitahu cadangan untuk melaksanakan penggunaan teksi bermeter di ketiga-tiga daerah itu menghadapi sedikit masalah. Oleh itu, saya nasihatkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya menangguhkan cadangan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Saya nasihatkan penumpang teksi supaya memastikan pemandu memasang meter untuk mengelakkan mereka ditipu,” katanya pada sidang media ketika mengunjungi LPKP Sabah, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Yozimah Jasni.
Kini terdapat 1,011 teksi beroperasi di Tawau manakala Sandakan (698) dan Lahad Datu (69).

Mohamed Nazri juga berkata, pembinaan Terminal Bas Wawasan dan perhentian teksi yang baru di bandar raya ini dijangka dimulakan Mei tahun depan dengan kos RM13 juta.

Tender bagi pembinaan Terminal Bas Wawasan akan dikeluarkan Februari depan manakala perhentian teksi pada Januari ini. Terminal itu dijangka mampu disiapkan dalam tempoh 18 bulan dan perhentian teksi selama 12 bulan.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Datuk Teo Chee Kang sebagai Pengerusi LPKP Sabah yang baru, berkuat kuasa 1 Januari ini.

P/S: Kalau nak sangat jimat duit, takyah la topup bikin undi peserta realiti nyanyi-nyanyi dan tari-menari.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 09:13 AM | Show all posts
Sekarang dah masuk tahun baru 2011. Apa kata sementara AF9 masih lagi bersiaran jangan undi guna SMS. Membazirkan kredit saja. Kalau nak sangat jimat duit takyah topup bikin undi student AF lagi afdal. Harga barang dah naik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:47 AM | Show all posts
Tengah malam tadi harga minyak Ron97 dah naik. Eloklah AF dihentikan terus. Tiada faedahnya. Membazirkan kredit saja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:11 PM | Show all posts

Harga petrol RON97, minyak tanah naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 10:06 AM | Show all posts

Harga bawang melambung, stok minyak masak kurang

2011/01/08

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.


Di SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.


Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.

P/S: Jangan AFUNDI sementara AF masih bersiaran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 07:24 PM | Show all posts

Azlin: Sah! AF9 Adalah AF Yang Terakhir







Teks oleh Razif Rosdi

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2011: Desas-desus mengatakan bahawa Akademi Fantasia 9 (AF9) bakal menjadi program realiti AF yang terakhir sudah pun terjawab pada sewaktu majlis pelancaran pengumuman AF9 berlangsung di Restoran Delicious, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, petang tadi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi mengesahkan bahawa program realiti hiburan itu tidak akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Penganjuran AF yang terakhir bukanlah disebabkan faktor SMS yang kurang mendapat sambutan. Malah, ia juga tiada kena mengena dengan faktor bajet tinggi atau pun rating TV. Keputusan ini dibuat disebabkan kami mahu cuba membuat program baru yang lain.

"Untuk pengetua, setakat ini saya tidak boleh memberi sebarang komen. Namun, sekiranya dia adalah bukan orang Malaysia, ianya bukanlah disebabkan kami memandang orang tempatan kurang berbakat besar.

"Yang penting sekarang, segalanya masih belum ada keputusan muktamad lagi sama ada pengetua adalah orang Indonesia atau pun Malaysia," katanya kepada murai.com.my.

Azlin turut mengumumkan bahawa musim AF yang terakhir ini juga akan menampilkan kelainan yang mana, ia bakal menggamit nostalgia AF dari musim pertama sehingga musim ke-8 tetapi uji bakat AF9 juga nanti buat pertama kalinya akan dibuat secara online.

Menurut Azlin, uji bakat ini dibuat kerana pihaknya mahu memberikan peluang kepada mereka yang berada di luar kawasan lokasi uji bakat untuk turut sama menyertainya.

"Kami mahu lebih ramai lagi yang menyertai uji bakat ini. Sebab itulah kami mengadakan uji bakat secara online bermula 13 Januari 2011 ini. Bagi yang melepasi uji bakat online nanti, mereka tidak perlu berdepan dengan ujian stage pertama.

"Sebaliknya, mereka perlu menjalani stage kedua hingga keempat di 2 lokasi uji bakat kami iaitu Sabah dan Kuala Lumpur. Konsep uji bakat ini juga membuktikan kami menyokong teknologi terkini.

"Setakat ini, juri yang terlibat untuk 2 lokasi uji bakat kami ini nanti adalah Cikgu Shafi, Cat Farish dan Edry Hashim. Bagi peserta yang mahu menyertai uji bakat secara online pula, kami harap mereka tidak tipu dari segi wajah, butir dan vokal," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 10:24 AM | Show all posts

Akademi Fantasia 9 terakhir

Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
2011/01/14



Keputusan tamat program kerana Astro mahu teroka format baru

KUALA LUMPUR: Program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang bakal memulakan siarannya April depan akan menjadi program AF yang terakhir.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata keputusan menamatkan program itu dibuat kerana Astro mahu meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton mereka.


“Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan AF. Bagaimanapun keputusan untuk menamatkan program ini tidak ada kena mengena dengan kritikan yang sering dilemparkan serta rating yang semakin jatuh," kata Azlin ketika ditemui pada majlis sidang media di sini, semalam.

Mengenai desas desus mengatakan komposer dan penerbit terkenal dari Indonesia, Erwin Gutawa, bakal menjadi pengetua AF musim baru itu, Azlin enggan mengulas perkara berkenaan.

Bagi musim kesembilan ini, AF akan memperkenalkan uji bakat menerusi dalam talian bagi memudahkan peserta, memandangkan sesi uji bakat dijalankan di dua lokasi saja pada kali ini, iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur.

Peserta yang berminat bolehlah memuat naik klip video persembahan mereka di www.akademifantasia.com.my mulai hari ini.
Lapan juara yang dilahirkan menerusi program diperkenalkan sejak 2003 ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.

P/S: Inilah berita baik juga untuk menteri-menteri. Pemberhentian AF ini saya kira atas seruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan yang menggalakan rakyat Malaysia berjimat cermat dengan tidak mengundi peserta rancangan realiti hiburan camni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 01:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by ladygempak at 18-1-2011 13:07

Salam semua...
AF9 adalah yg trakhir katernye..
tp mungkinkh akan ade program hiburan baru nnt...
tp dlm bntuk yg brbeza...
almaklum la...program2 camni adalh slh satu cara tuk stesen radio/tv tarik ramai penonton
dan wang...
tp hrp2 program2 yg dtg lbh brfaedah kpd semua penonton ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 02:17 PM | Show all posts
kita dh terlalu dilalaikan dgn pelbagai program berbentuk hiburan yg membuai jiwa...
hijau_serindit Post at 15-12-2010 13:02



    lepas ni mesti ada program lain y astro rancang...

off topic:: minat tengok bones gak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 02:23 PM | Show all posts
lepas ni mesti ada program lain y astro rancang...

off topic:: minat tengok bones gak y ...
redvictorinox Post at 18-1-2011 14:17



   sgt2 berminat hokey... hehehehe... kadang2 lau astro ulang tayang pon sanggop tgk. bengang je org lain sbb xleh tukar channel lain. remote itu aku yg punya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 02:33 PM | Show all posts
sgt2 berminat hokey... hehehehe... kadang2 lau astro ulang tayang pon sanggop tgk. bengang  ...
hijau_serindit Post at 18-1-2011 14:23



    dengar kata booth dah tolak bones season 6 ni...giler sedihhhhh

backtotopic::::x sabar nak tengok af9
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.153976 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list