View: 193|Reply: 0
|
Henti salahkan Hannah - Hamidin
[Copy link]
|
|
Henti salahkan Hannah - Hamidin
HAMIDIN berpendapat Hannah menjalankan tugas dengan baik selaku Menteri Belia dan Sukan.
Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya atas kegagalan Malaysia pada temasya Sukan Sea 2023 di Kemboja baru-baru ini.
Sebaliknya Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Hamidin Mohd Amin berpandangan, Hannah sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sejak dilantik menjadi menteri, namun tempoh singkat mengehadkan gerak kerjanya menjelang temasya sukan dwitahunan itu.
"Beliau (Hannah) buat tugas yang baik sehingga hari ini, kita tidak boleh menyalahkannya, beliau baru enam bulan (jadi menteri). Beliau setiap hari jumpa dengan presiden persatuan sukan kebangsaan.
"Di sini MSN perlu bertanggungjawab juga kerana mereka antara yang berkolaborasi dengan persatuan. Kami akan lihat kelemahan perlu diperbaiki menjelang Sukan Sea 2025 dan terutama Sukan Sea 2027 kerana kebanyakan dana datang dari MSN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Milo dan MOM di sini, hari ini.
Untuk rekod, di Sukan Sea Kemboja, kontinjen negara membawa pulang keseluruhan 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa di Kemboja sekali gus menjadi pencapaian terburuk sejak mengutip 31 emas pada edisi 1995 di Chiang Mai Thailand.
Susulan situasi itu, beberapa pihak mendesak Hannah membuat permohonan maaf susulan kegagalan di Kemboja, malah terdapat juga yang mempertikaikan kenyataan Ahli Parlimen Segambut itu bahawa ketidakstabilan politik telah menjejaskan prestasi barisan atlet negara.
Sementara itu, Hamidin gembira dengan komitmen ditunjukkan Milo yang terus konsisten memberi sumbangan kepada kemajuan sukan negara menerusi perjanjian penajaan sehingga 2028 dengan dana akan disalurkan bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Ng Su Yen, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols dan Hamdin.
Majlis turut diserikan kehadiran bekas jaguh sukan dan atlet elit kebangsaan iaitu atlet wanit negara pertama beraksi di Sukan Olimpik Annie Choong (olahraga), Tan Sri Dr M Jegathesan (olahraga), Datuk Soh Chin Aun (bola sepak), Nurul Huda Abdullah (renang), Datuk Rashid Sidek (badminton), Ng Shu Wai (gimnastik artistik) dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hkan-hannah-hamidin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|