CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 1

[SEJARAH] Sejarah Firaun (PART 1)

[Copy link]
Post time 1-6-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Siapa firaun?
************
firaun atau bahasa moden lebih dikenali sebagai "pharaoh" adalah pemimpin negara & agama bagi masyarakat mesir purba.

Bilangan firaun?
****************
Terdapat seramai 170 firaun yang memerintah dari 3100SM (tempoh dinasti awal) hingga 30SM (dinasti ptolemaik).

Apa fungsi firaun?
*****************
Dah nama pun ketua kerajaan kan, jadi fungsi dia lebih kuranglah macam PM kita skrg ni cuma dia UP lebih sikit. Kenapa aku cakap mcm tuh? sebab masyarakat mesir purba percaya firaun ni adalah pengantara antara tuhan dan manusia pada zaman ketika itu. Senang citer bahasa pasarnya, selain kena jaga ekonomi negara, keamanan/kemakmuran negara, agama , dia juga konon2nya jadi penolong tuhan. Sebab tuh kalo korang perasan kebanyakan firaun2 ni dia akan ada sifat bongkak, kepala batu, dia jerrrr yang betulll. Sesetengah firaun juga malah menganggap dirinya adalah TUHAN.

Firaun ni asal dari mana?
**************************
Dari mana firaun ni datang? Berdasarkan pembacaan aku, asal usul firaun ni masih menjadi misteri. Apa yang aku faham dia lebih macam kitaran. So ada firaun pertama, firaun pertama ni kawin (suka hati dia lah nak kawin anak perempuan ker mak ker rakyat biasa ker) dan dapat anak. Kemudian firaun pertama mati. Jadi anak nih diangkat jadi Firaun kedua. sama jer konsep mcm sultan dan pengganti sultan sekarang.

Cuma mengikut kepercayaan mereka, bila firaun ni mati bermaksud dia naik pangkat jadi tuhan (sama ada tuhan di alam barzakh atau jd tuhan kat dunia sebagai jelmaan haiwan yang dianggap suci)

Sepanjang aku membaca dan tengok dokumentari, istilah Osiris, Horus akan muncul. Ini semua nama tuhan mereka (aka firaun mati). Siap ada nama Isis lagi. Haha..bukan malaysia jer ada ISIS hokey?


Ok. setakat ni dulu penulisan aku. Yakni rakyat malaysia ni kurang gemar membaca, apatah lagi baca artikel panjang, aku cuba ringkaskan sebagai rumusan

Mungkin ada tertanya-tanya kenapa aku pilih tajuk firaun sebagai penulisan pertama aku. Hal ini kerana (skema sangat pulak bunyinya ), bagi aku firaun ni masih lagi wujud dalam zaman sekarang, tinggal kita sedar atau tidak sahaja. Kadang, tanpa disedari, kita juga boleh bersikap seperti firaun. Jadi banyak tauladan kita boleh belajar dari firaun ni. Mungkin kita rasa benci sangat pada firaun, tapi kita tak sedar pada waktu sama banyak orang benci kita sebab kita berperangai seperti firaun

Kepada semua pembaca, ini cuma pandangan dari sudut mata aku, tiada kaitan dengan hidup atau mati sesiapa waima nak tuju/perli mana-mana forrumers (manalah tau kot ada hati sentappp)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku luoa nk tulis sumber aku ek..bangak kot, dr netflix , utube, giogle, wikipedia sma tuh aku cross check
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.100655 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list