View: 1384|Reply: 23
|
Isteri Kedua Bengang Madu Block Kad Kredit Suami, Ambil Balik Honda Dan Bagi Viva Je
[Copy link]
|
|
Seorang wanita yang juga isteri kedua berang apabila madunya (isteri pertama) secara perlahan-lahan mula merampas harta benda yang pernah dimiliki suaminya.
"Aku hampir lapan bulan kahwin dengan suami orang, kami kahwin atas persetujuan bini pertama suami aku, kahwin pada bulan Mac tahun ni.
"Masa aku dan suami pergi honeymoon dekat Langkawi, aku dah booking bilik hotel RM4,500 untuk tiga malam. Tiba-tiba madu aku block kad kredit suami aku.
"Malu masa nak check-in. Terpaksa cancel bilik tu, tukar bilik yang harga RM600 untuk 3 malam. Tapi suami tak nak call bini dia untuk tanya," kongsinya. di media sosial.
Gambar Hiasan
Tambah wanita berkenaan, sudahlah bulan madunya diganggu dengan insiden memalukan, namun episod gangguan daripada isteri pertama suaminya tidak habis setakat itu.
"Balik je rumah, kosong... hanya tinggal TV, peti sejuk dan satu tilam tanpa katil. Kami tinggal dekat rumah taman, sebelum ni madu aku buat homestay rumah tu, barang-barang lengkap semua.
"Suami beritahu kami kena bayar sewa rumah tu RM250 dekat bini dia. Suami mula bayar juga walaupun aku halang.
"Kereta suami dulu guna Honda HRV, bini dia pergi tukar bagi Viva ja. Madu aku ada dah dua buah kereta besar, Honda ni pun dia nak juga. Malu nak balik rumah mak aku.
"Satu persatu madu aku buat nak bagi kami berpisah. Ya dia tak pernah kasar tapi cara ni dia bagi aku rasa hidup aku dengan suami sengsara," luahnya.
Selepas semua tindakan yang dilakukan oleh madunya, wanita tersebut berkata dia akhirnya mendapat tahu perkara sebenar sekali gus membuatkannya 'terduduk'.
"Suami aku janji nak bagi aku kesenangan, rupanya dia pun tak kaya. Yang kaya madu aku, suami aku kerja dengan bini dia.
"Baru aku tahu bukannya suami aku bos. Nak berpisah malu dengan adik beradik aku... dengan mengandung lagi ni," kongsinya.
Luahan wanita tersebut dikongsikan di laman Twitter @abudialsagoff dan sehingga kini meraih 1,559 ulang kicau.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut namun menyifatkan apa yang berlaku adalah 'balasan' kerana sikapnya yang materialistik.
"Kesian, dah tahu laki orang kau nak juga lepas tu kau pula nak banyak complain. Berpijaklah atas bumi nyata, laki dah la tak kaya, hidup pun menumpang senang bini... lepas tu ada hati nak kawin lain.
"Kahwin sebab harta begitu la. Bila susah terus tak tahan. Terus nak berpisah. Balik kampung guna Viva pun malu... apa entah perangai.
"Miskin tak berharta, menumpang harta bini lagi pun ada hati nak tambah cawangan. Yang perempuan ni pun satu hal juga, konon nak jadi madam besar... last-last kena kitai dalam diam dengan madu," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah kah baru tahu ke jantan tu tumpang harta bini. Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reporter cari
What do u expect
Smua cerita recycle
Mereka bukan legit reporter yg going to the fields cari berita |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh bini blh blok kredit kad lakinya maknanya kad lakinya itu hanyalah supplimentary kad saje. Bil bini bayar, x cerdik lah pompuan tu pon. Sejenis bimbo juge, tu pon kalau lawa lah.. kalau huduh kita panggil rempit hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang harta bini tapi ada hati nak tambah cawangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah laki mesekin, madu pulak disalahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan je la bangang eh bengang ko tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah le isu KRT je.. basi plak tu.. aku dah 8 kali baca curhat ni kat mana2 tempat (FB, twitter) and now this |
|
|
|
|
|
|
|
Astro ke? Tp nak komen lg. Rasain lor. Skrg ni ramai bini je yg kaya. Laki sengkek |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat menang loteri dapat suami kaya...rupanya...Padanlah muka |
|
|
|
|
|
|
|
naseb la ko cari somi level honda HRV sis
len kali cari yg ada mclaren bagai |
|
|
|
|
|
|
|
nak suh katup benang dah reporter cari yg bukak.
so komennya....semua bangang
reporter cari bangang dok recycle cerita
bini ke2 bangang tak check dulu laki org sekin dinikahnya
laki org bangang dah tau kedana ada hati nak tmbh branch
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita recyle what duyuekspek? |
|
|
|
|
|
|
|
yg untung influenzaaaa twittaaaa..dapat capai engagement berbiliun biliun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|