View: 1453|Reply: 26
|
Jumpa Anwar Bincang Hala Tuju Ekonomi Negara, Netizen Kata KJ Dah Dijinakkan PMX?
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengadakan perbincangan berkait hala tuju ekonomi negara yang turut disertai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama ahli-ahli ekonomi.
Beliau berkata, perbincangan itu diadakan bagi mendapatkan pandangan dan idea mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat untuk membentuk Naratif Ekonomi Madani yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.
FB
"akar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul," katanya dalam perkongsian di Facebooknya pada Jumaat.
Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan sebarang reformasi atau pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran.
"Ia juga memerlukan keyakinan serta keberanian untuk melakukan perkara yang baharu dan membuat keputusan yang berat untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam perkongsian sama.
Dalam pada itu, kata Anwar, kerajaan bertekad dan akan bekerja keras bagi memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
“Pertumbuhan ekonomi bukan tentang angka semata-mata tetapi mesti menggarap keperluan serta kehendak rakyat,” jelasnya.
Turut hadir dalam perbincangan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron; Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali serta Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Nungsari Ahmad Radhi.
Bagaimanapun, kehadiran Khairy dalam perbincangan itu mencetus tanda tanya ramai.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas bapak mertua tak jadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu hari cai2 pee een porumcari ngamuk marak DSAI mintak idea dari netizens
lepas tau berita terbaru ni plak..
ngamuk lagi cai2..
yer lah
cai2 kan semua btol dan TERPALING
|
|
|
|
|
|
|
|
Adekah kej jay akan dilantik jd senator lps ni atau tuk PRN nanti key jay akan bertanding ticket PKR PH.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi org kampung....org politik ni. Beza parti.. xleh jupe..nnti bergaduh .padahal kt kafe parlimen aman2 je dorg gelak2 sama dorg time makan..
Time nk jupe masa mati pengebumian aja gamaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Weols xkisah nk uols nk meeting siapa2. Yg weols tau uols janji minyak trun esok kalo hr ni jd kerajaan .mana2???
Blum ckp kehidupan yang lebih better...mcm hazabbb jerrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
cari makan dik |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau untuk ekonomi yang lebih bagus aku sokong je idea2 yang bernas. Tak kira la ko dari parti mana |
|
|
|
|
|
|
|
pmx nak tarik kj dr jatuh ke pn ni, modus operandi sgt. br ni pmx pi naikkan bajet utk jakim org kate nak lwn pas. ade je plan pmx utk musnahkan musuh politik dia. skrg dia target c hamzah pn tu sbb mulut xreti diam. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh lantaklah sana dgn sape korang nk meeting, discuss ape pun, janji bole bagi kebaikan kpd rakyat, kita yg untung. Dulikkan je netijen jumud sgt mcm sesetengah pemimpin pas muka berkerak tp otak kosong |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 17-6-2023 09:36 AM
Adekah kej jay akan dilantik jd senator lps ni atau tuk PRN nanti key jay akan bertanding ticket PKR ...
Lantik jadi senator... |
|
|
|
|
|
|
|
majuk kot x msk senarai bintang popular BH tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan ekonomi bawah pkr power sebab ada rapiji raja formula... Tetaplah nak amik pandangan datuk johari dan abam kay jay
|
|
|
|
|
|
|
|
Berjiwa besarlah untuk kepentingan negara |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 17-6-2023 09:48 AM
Bagi org kampung....org politik ni. Beza parti.. xleh jupe..nnti bergaduh .padahal kt kafe parlimen ...
Adoi..x kan nak expect dorang nak bertegang urat kat cafe2 parlimen...kan viral susah |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la tulis perlu berjiwa besar…sakit pulak hati aku dengar ayat monyet ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-6-2023 11:46 PM
Bekas bapak mertua tak jadi.
Sib baik tak jd kan kj...kalo idak lg panjang la perjalanan politik di blok pembangkang... |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi mintak idea dengan DJ radio buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pun pembangkang mestilah x reti diam. Tp pmx ni mmg hanat, ada sj perkara nk burkkan individu pembangkang. Nak hampir prn, lg byk nak create persepsi buruk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tamparan besar buat rafizi pakar formula
Penghinaan buat beliau |
|
|
|
|
|
|
| |
|