View: 4929|Reply: 127
|
"Intern Bukan Buruh Percuma, Bayaran Kami Harus Bermaruah," Gadis IPT Tegas Tuntut Elaun Setimpal
[Copy link]
|
|
Seorang gadis menggemparkan media sosial selepas membawa satu sepanduk dengan mesej tertulis 'intern bukan buruh percuma'.
Perjuangan Rashifa Aljunied, 24, adalah menuntut bayaran elaun yang berpatutan untuk pelajar pelatih selain setimpal dengan keadaan ekonomi semasa.
Foto: Twitter
"Saya mula terdetik untuk jalankan kempen ini sebab saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaya. Semester saya akan habis lagi dua minggu. Bulan Oktober tahun ini saya akan masuk intern.
"Apa yang saya cuba bawa ni bukan untuk saya seorang tapi untuk rakan-rakan lain yang senasib dengan saya. Isu ini amat penting untuk dibincangkan kerana ia sudah berlarutan buat sekian lamanya.
"Kami bukan minta bayaran elaun yang menyamai gaji staf berstatus tetap, kami cuma mahu dibayar dengan munasabah. Cuba fikirkan keadaan pelajar praktikal yang tempat kerjanya di Kuala Lumpur.
"Bagaimana mereka mahu bayar sewa rumah, makan minum harian dan kos pengangkutan dengan elaun yang sebegitu kecil atau lebih teruk tidak dibayar langsung," katanya kepada mStar.
Rashifa yang mengambil jurusan Pengajian Antarabangsa dan Strategik menambah, Akta Kerja juga tidak meliputi pelajar praktikal dan polisi sebegini membolehkan majikan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.
"Intern adalah seorang pelajar dan juga seorang pekerja, kami tidak mempunyai polisi yang jelas untuk melindungi kami sama ada di bawah akta pelajar atau akta pekerja.
"Jadi, jika terjadinya eksploitasi kepada pelajar praktikal, kami tidak ada enakmen yang khusus untuk kami rujuk," kata Rashifa yang berasal dari Johor Bahru.
Mengupas bentuk ekspolitasi yang dialami golongan belia, Rashifa berkata antaranya adalah bebanan kerja berlebihan yang tidak sepadan dengan skop seorang pelajar praktikal.
"Banyak kisah yang kita dengar tentang bagaimana pelajar pelatih melakukan kerja yang sama atau lebih dari staf biasa tetapi tidak dibayar langsung untuk kerja tersebut.
"Kalau kita tengok guru praktikal, ramai daripada mereka yang tidak menerima elaun dan sampai perlu mengeluarkan duit sendiri untuk membeli peralatan pembelajaran," kata Rashifa.
Rashifa sempat mengulas stigma sesetengah majikan yang enggan membayar elaun tinggi kepada pelajar praktikal kerana beranggapan mereka tidak menyumbang kepada produktiviti syarikat.
"elajar praktikal datang untuk belajar. Mungkin ada melakukan kesilapan dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
"Tapi walau apa pun sebabnya, sesiapa sahaja yang bekerja berhak dibayar dengan bermaruah. Tak kisah la pekerja full-time, part-time atau intern, mereka harus dibayar dengan munasabah.
"Syarikat seharusnya melihat intern sebagai satu pelaburan, peluang untuk merekrut bakat-bakat baharu. Dengan memberikan pengalaman kerja yang positif, syarikat dapat menyaring individu dengan potensi dan kemahiran relevan.
"Ini dapat membentuk pelapis berkualiti untuk memenuhi keperluan syarikat di masa hadapan," kata Rashifa.
Menitipkan pesanan terakhir, Rashifa juga berpandangan majikan tidak seharusnya mendiskriminasi pembayaran elaun ke atas pelajar praktikal berdasarkan latar belakang.
"Bayaran elaun atau gaji ini tidak sepatutnya bergantung kepada latar belakang seseorang. Tidak wajar diletakkan label jika seseorang itu adalah bujang, berkemampuan, seorang wanita atau lain-lain faktor.
"Upah atau elaun harus dibayar setanding dengan kerja yang dilakukan," kata Rashifa menutup bicara. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
pd iols la, intern tu sebenarnya WIN-WIN utk majikan dan juga engko sbg budak mentah xde pengalaman kerja.. majikan bg ko pengalaman, ko bg tenaga ko pd majikan.. intern tu lebih pada belajar dan pengalaman daripada ko rasa diri ko jd buruh selama ko intern..... iols rs cons kepada ketetapan elaun tggi pd intern nnt byak company xnak amek intern lg dah lepasni... meraung lah engkorang extend sem utk grad utk cari tempat intern..... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa.... black listed terus minah nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni terlalu emotional.. lantang2 tak tentu hala, hasut2 orang jadi toxic.... tanpa paham business needs ni mmg aku pangkah untuk ambil sbg pekerja... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau company x nak ambik langsung budak intern mcm mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 20-6-2023 12:07 PM
ada setengah tengah syarikat berpendapat kenapa kami mau ambil kamu jadi intern? kami tak perlu pun....atas dasar CSR maka pihak syarikat ambil student intern. duit yg dibagi mungkin cukup untuk makan & bayar tambang pg balik kerja...dah dapat tempat intern patut mereka kena bersyukur.
bila kita mau belajar/ meninba ilmu, memang kena rendah diri & bersedia jadi kuli...ingat tu
elaun di bayar mengikut tahap pembelajaran, intern peringat sijil lain, peringat diploma lain, degree besar sikit...jantina tak penting, bidang pun tak penting...kalau student bijak dia akan intern di tempat asal dia jadi rumah & makan minum di rumah bapa mama..
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka intern..pandai2 kau la nak grad cemana, course tak lengkap..
|
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 20-6-2023 11:49 AM
kalau company x nak ambik langsung budak intern mcm mana...
Lagi senang sbbrnya.. sbb intern 2-3 bulan aje... kita train epxlain elok, alih2 blah masuk balik uni... takde connection apa, takde continuation apa2.. amek interns ni kami anggap part of CSR saje...
Aku kalo amek interns pun on project based aje... kasi project yang boleh settle within 1-2 months.. and dia boleh guna project tu as case study present kat lecturer..
Diorang ni tak boleh di beri accountability & no responsibility.. sbb bukan governed by labor law |
|
|
|
|
|
|
|
still student lagi time jadi intern kan? still boleh duduk kolej...time bagi letter pun 'please accept me as ur intern' ko takde pun takpe dik...ada company bagi 3 4 ratus pun dah ok je
kalau keje bagus insyaAllah serap |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya dia gelenyarr nak intern kat pjbt kerajaan lps tu setiap masa call tanya pasal pembayaran elaun dia. Intern tp turun ke tmpt praktikal ala2 pelah currcurr.. ???? elokla dimansuhkan sistem intern biar dorg mereput bersaing cari kerja tnpa pengalaman. Byk cekadakk tp haprakk. |
|
|
|
|
|
|
|
Company aku suka amik budak utk utk fill in vacancy.. elaun dlm 700. By the time ko dh abis blaja kami akan serap terus. Ok la kan jimat kos dr hire fresh grad. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja dgn kompeni bapak ko jela dik....kes intern ni bukan kompeni yg cari ko..tapi ko yg kena cari kompeni... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu praktikal kat MBI.( majlis bandaraya ipoh)...lepas tu MAjlis Bandaraya Johor Bahru.....x de pulak kisah tuntut bayaran..sb mmg x kan di bayar...tapi kawan2 yg praktikal kat kompeni swasta mmg dibayarla...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dulu2 orang yang ala rebel macam ni partai pembangkang yang ituuu memang suka naikkan jadi "face of the youths" partai depa. Now sejak jadi gomen terbukti pandai sembang je, kerja out. So dik, please... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai dapat praktikal kat Bank Pertanian dulu, takre duit pun sebab dekat dgn rumah kat kg, and then kerja yg dorang bg pun bukan berat, and subject to sensitive data habis habis dapat ikut offixer pergi melawat kebun tanaman petani jah and dapat jam casio after the internship |
|
|
|
|
|
|
|
jurusan Pengajian Antarabangsa dan Strategik ni keje apa nanti?
takpelah dik ko mmg konfiden kot
nanti blh apply PTD....belajar course merepek pun takpe
ujung2 dpt jadi Ketua S/U |
|
|
|
|
|
|
|
good luck la mencari company untuk intern..
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn la smp tuntut elaun berpatutan..itu mcm tak kena dh..
dan majikan pun jgn la smp percuma ajer..
byr patut padan dgn kos skrg yg tinggi..kurang2 lepas duit mkn,minyak pegi blk pun dh berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
Masa apply tempat intern tu, dah boleh letak dalam surat yg kita nak sedikit elaun. Masa terima tawaran tu, dah tahu ada elaun ke x. Kalau tak de, tak payah la accept. Takkan laaa ko tahap tak laku sangat kan |
|
|
|
|
|
|
|
iols intern kat univesiti tempatan suatu ketika dulu... satu sen haprak pun tak dapat time tu... i pun bodoh jugak pergi mintak internship jauh dari rumah... income tak ada tp nak kena cover kos sewa, makan, transportation sendirian berhad... |
|
|
|
|
|
|
| |
|