CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3370|Reply: 36

Wajah Terakhir Sifu Lentik Sebelum Meninggal Dunia," Alhamdulillah Arwah Kembali Pada Fitrah Asal Sebelum Allah Jemput"

[Copy link]
Post time 20-6-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Pemergian Muhammad Irfan Abdullah atau Sifu Lentik pada Rabu mengejutkan ramai memandangkan dia cukup terkenal di aplikasi TikTok.


Lelaki itu dikatakan menjauhkan diri daripada rakan-rakan pada penghujung hayatnya kerana mahu merahsiakan ketumbuhan yang dialaminya.


Malah, kebanyakan rakan TikToker serta pengikutnya hanya mengetahui tentang deritanya itu sejurus berita kematiannya tersebar pada Rabu malam.


Foto: Tiktok




Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai Ummi Nadhirah berkongsi video memaparkan foto-foto terakhir arwah yang kelihatan kurus ketika terlantar di wad.


Beberapa individu yang hadir menziarahi di hospital dilihat turut bergambar kenangan bersamanya yang hanya terbaring lesu.


"Wajah terakhir arwah Sifu Lentik. Al-Fatihah, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa arwah dan tempatkan arwah bersama orang yang beramal soleh," tulis individu itu.


Perkongsian berkenaan meraih lebih 2 juta tontonan selepas ia dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Isnin.








Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan memuji penampilan arwah pada hujung hayatnya yang dikatakan kembali kepada fitrah asal memandangkan dia kerap berpakaian perempuan sebelum ini.


"Allahuakhbar, handsome sifu, dia kembali kepada fitrah asalnya. Semoga syurga buatmu sifu dan ditempatkan bersama orang beriman.


"Bila dia bermisai, berjambang dah macam muka sepupu aku. Alhamdulillah arwah kembali pada fitrah asal sebelum Allah jemput.


"Alhamdulillah arwah dalam keadaan asli dirinya. Semoga ganjaran syurga buat arwah," tulis beberapa netizen.


Untuk rekod, berita pemergian Sifu Lentik tersebar selepas rakan TikToker seperti Haqiem Stopa serta Aizat Abdul Razak membuat pengumuman duka menerusi media sosial pada Rabu malam.


Hebahan tentang khabar duka di Instagram itu turut dihujani ucapan takziah daripada selebriti seperti Zoey Rahman, Datuk Seri Vida, Zarina Zainuddin, Roslan Shah dan Hatta Dolmat.


Malah netizen turut meluahkan rasa tidak percaya dengan pemergian itu memandangkan arwah kerap membuat siaran langsung di aplikasi TikTok sebelum ini.


Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 08:12 PM | Show all posts
Arwah Pramlee meninggal pada 29 Mac 1973 ketika umur 44 tahun.
Tapi hari ini sudah 50 tahun arwah meninggal dunia.
Arwah meninggal dunia lagi lama berbanding arwah hidup atas muka bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 20-6-2023 08:12 PM
Arwah Pramlee meninggal pada 29 Mac 1973 ketika umur 44 tahun.
Tapi hari ini sudah 50 tahun arwah me ...

Point kau sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:38 PM | Show all posts

Hati hati la membuat dosa.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Den nk komen tp mgkin agak keras sikit..

Makhluk bernama manusia mmg byk cekadaknya...bila ms sihat walafiat, mendabik dada buat perkara2 xelok ikut kepala nafsu gelojoh dia..bila ada yg menegur...trs keluar mukadimah...' lantak akulah..suka ati akulah..hidup aku..kubur msg2 dik..etc etc etc'...semua sama shj..bila tgh sihat bugar walafiat...

Tp bila sakit..barulah ada dtg sinar keinsafan..itupun jika Allah SWT berkehendak dan mahu berikan rahmat kpd sesiapa yg DIA kehendaki..kalau tak..mati katak je la ko disitu..

Pengajarannya juga selain yg selalu didendang..kita xtau pengakhiran die..mgkin lebih baik dr kita...iye..ada betulnya..tp jgn lupa juga, sepanjang hidup kita, apa tujuannya?? Nak huha shj..pastu dh nak mati, baru berubah?? Kehkehkeh byk cantik muka ko... kehkehkeh

Apapun...berusahalah utk didik diri sndr jd lebih baik..tau semua xkan mampu jd terbaik..tp sekurangnya berusaha utk tak ikut hawa nafsu sesuka hati..dan kalau ada yg bg teguran...walau xsuka..jgn mencemuh..blh jd org itu ikhlas bg teguran utk kebaikkan ko juga...cuma yela..kalau yg menegur pun mcm taik unta..maka ko terkebil2 je la dik mcm unta telan asap motor... kehkehkeh

Akhir mukadimah dr den...pandai2 lah msg2 menjaga diri..otak dah matang..umur dah tua bangka..jd pasti lbh tahu apa yg baik dan buruk utk dr sendiri..all the best..

Utk arwah diatas.. walau den xkenal pun ko sapa..semoga Allah SWT mengampuni dosa2 kamu...dan merahmatimu...amin ya rabbalalamin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah tu dia kembali ke fitrah asal sebelum meninggal... Lagi ada rupa masa heols sakit terlantar tu ala2 mat rempit sabak bernam eman tu... Herlok la jugak dari jadi pondan tak siap...

Cumanya still takleh lupa yach deorang jual produk beracun dan mangsa2 yang menjadi mangsa produk deorang macam pengasas dnars tu... Kulu kilir orang dok mengsyahidkan pengasas muka kelabu tu... Choiii!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2023 08:54 PM | Show all posts
Gambar masa sihat takde ke? Nak tgk perbezaan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
buat pedoman utk kita yang masih hidup & masih kuat ni.. kadang masa sehat & kuat berani melanggar fitrah.. cakap ikut sedap mulut.. sombong & riak tunjuk banyak harta.. bila dah sakit.. tak larat nk buat apa apa mcm masa sehat.. mulut pon terasa berat tak larat nk maki maki macam biasa.. segala nikmat hilang begitu saja.. harta yang ada x mampu beli nikmat sehat yang Allah bagi pinjam buat sementara.. fuhh sendiri tulis pon kalo x insaf pon x tau la.. semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. ameen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal arwah, mungkin kat hosp terlantar dan tak mampu nak jaga penampilan jadi misai pun tumbuh laa.
Takpun mmg dia dah tau masa tak lama jd dah tak mahu melawa lagi.
Ntahlah hanya dia dan Allah je la yg tau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-6-2023 08:50 PM
Ok lah tu dia kembali ke fitrah asal sebelum meninggal... Lagi ada rupa masa heols sakit terlantar t ...

Kat mana ya nak baca pasal isu produk dia nih
Iols tak perasan plak dia ni penah viral ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 20-6-2023 09:42 PM
Kat mana ya nak baca pasal isu produk dia nih
Iols tak perasan plak dia ni penah viral ke apa

Ada dekat thread baru2 ni yang heols meninggal. Alamak iols pun lupa apa nama thread tu dah...

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:09 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 20-6-2023 12:50 PM
Ok lah tu dia kembali ke fitrah asal sebelum meninggal... Lagi ada rupa masa heols sakit terlantar t ...

tu pun ada kawan arwah nak buat lelong sisa-sisa balance stok yang ada nanti kat live tiktok. choiiice!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:33 AM | Show all posts
harap sempat bertaubat...tu ja
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 08:52 AM | Show all posts
senang la ek gitu. byk2 buat dosa pastu tiba ujung2 insaf terus syurga untung2
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 09:50 AM | Show all posts
bukan tak helok pun klu jadi lelaki, handsome.. semoga pengakhiran yg baiklah buat arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 20-6-2023 08:39 PM
Den nk komen tp mgkin agak keras sikit..

Makhluk bernama manusia mmg byk cekadaknya...bila ms sihat ...

Tu klu sakit, sempat la tobat n sakit pghapus dosa. Kalau sakit terus kiok or eksiden? Teringat ciknon tu. Siap ada video x senonoh. Bila org nasihat, mcm uols ckp la bg alasan itu ini.

Dan betul, pengakhiran seseorang tu penting tp kalau 40 thn hidup, 35 tahun baik, 5thn yg last xbaik, berat 35 thn ke arah kebaikan lg. Bkn apa, kdg2 bila org ckp xpe la dia seksi muda2 ni yg penting pengakhiran nanti baik. Rasa mcm sia2 muda2 buat baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 11:22 AM | Show all posts
ni bukan kembali kepada fitrah ni

ko dah terlantar skit, mana larat dah nak pluck satu-satu misai ngan janggut tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 20-6-2023 08:12 PM
Arwah Pramlee meninggal pada 29 Mac 1973 ketika umur 44 tahun.
Tapi hari ini sudah 50 tahun arwah me ...


Selagi tk kiamat, semua org pun akan hidup lebih singkat dr mati...Nabi Muhammad saw hidup 63thn je...dah beribu tahun baginda wafat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 20-6-2023 08:38 PM
Hati hati la membuat dosa.

Selalulah baca doa ini, semoga kematian kita adalah titik noktah dosa2 kita.. insya Allah


‎اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا ، وَ أَْصِلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِى فِيْهَا مَعَاشُنَا ، وَ أَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِى إِلَيْهَا مَعَادُنَا , وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ ، وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ .

Ya Allah, perbaikilah agama kami, sebab dialah yang akan mengatur segala urusan kami, dan perbaikilah dunia kami, sebab padanya kami menjalani kehidupan kami, dan perbaikilah akhirat kami, sebab kepadanya semua kami akan kembali, dan jadikanlah sisa-sisa kehidupan kami sebagai pertambahan amalan soleh untuk kami, dan jadikanlah kematian kami kelak sebagai tanda berakhirnya dosa-dosa kami.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua komen dia kembali pd fitrah
Adakah sblum dia sakit tu dia memondan?
Iols rasa dia xla level mcm safii ilias. Cuma dia mcm lembut2 wat konten tunjuk duit kepuk2 kan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.194808 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list