View: 867|Reply: 8
|
Terbaring Menangis Dibuli Pelajar Tingkatan 1 Dan 2, Empat Pelajar Di Kota Samarahan Ditahan
[Copy link]
|
|
Kes buli bagai tidak berkesudahan, malah rata-rata pembuli seolah-olah tidak mengambil pengajaran atas balasan diterima golongan itu.
Terbaharu, tular video menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah membuli pelajar lelaki di Kota Samarahan, Sarawak.
Menerusi rakaman klip video berdurasi 47 saat yang tersebar di Twitter @nanmanjoi8715 pada Selasa memaparkan seorang remaja berbaju hijau dipukul dan ditendang berkali-kali oleh sekumpulan pelajar lain.
Mangsa terlebih dahulu dipukul oleh seorang remaja berbaju oren sebelum rakan-rakannya mengambil giliran untuk membelasah mangsa.
Dia dilihat cuba melawan apabila dipukul dua pelajar lain yang bertubuh lebih kecil serta memakai baju putih.
Namun, apabila melihat mangsa mampu mempertahankan diri, pembuli berbaju oren tadi 'masuk gelanggang' untuk mempertahankan dua rakannya.
Mangsa terus terjatuh selepas dia ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh pelajar berkenaan.
Lebih menyakitkan hati, video itu turut dirakam oleh rakan si pembuli dan diperhatikan pelajar lain.
Turut kedengaran suara perakam mengeluarkan kata-kata kesat dan ketawa melihat mangsa yang dipukul.
Sementara itu, Kosmo! Online melaporkan, berikutan penularan video itu, polis menahan empat pelajar tingkatan satu dan dua kerana memukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, kesemua remaja lelaki itu dicekup selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan kira-kira pukul 5.08 petang Isnin lalu.
“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk siasatan dan tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kesemua suspek dan mangsa adalah pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dan pihak pengurusan sekolah berkenaan juga telah dimaklumkan tentang kejadian.
Sumber: Majoriti & Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal-bakal penghuni Henry Gurney tak lama lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Aamiin ...
Pengaruh kawan sepergaulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo la
Iols benci pembuli... |
|
|
|
|
|
|
|
serius aku ingat ke ni budak-budak sekolah rendah
asal semua ketot |
|
|
|
|
|
|
|
Gangsta in the making.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku ada anak, tak kira laki or pompuan,
start masuk sekolah rendah,
aku hantar dia kelas martial art
ramai budak2 setan kacuk manosia skang nih |
|
|
|
|
|
|
|
Mn bdk baju Oren tu? Jom tarung nyawa ada bran? Ni pukul rmi2 mcm pondan tua jah. 1 lg mak ayahnya mn? Awat dpt anak mcm ni? Anak slh buat ka |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 yg mcm ni yg patut dhtr masuk plkn...bukan budak2 yg dh merancang masa depan...dh rancang apa yg patut dibuat lepas spm...biar budak2 camni merasa di smackdown oleh dak army tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|