View: 4163|Reply: 86
|
2 Lelaki Singapura Mengamuk Ditegur Isi Minyak Dalam Tong Rupanya Untuk Go-Kart
[Copy link]
|
|
Insiden tular dua lelaki dipercayai warga asing bertengkar dengan seorang penunggang motosikal dikatakan berpunca daripada perselisihan faham yang tercetus di stesen minyak dekat Sunway Box di sini, pada jam 8.37 malam, 16 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan pihaknya menerima laporan polis daripada pengadu yang juga lelaki warga tempatan bekerja sebagai penghantar makanan.
Tangkap layar gambar tular - Foto: Harian Metro
"engadu mendakwa ketika hendak mengisi minyak di stesen minyak itu, sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki dipercayai warga asing berhenti untuk mengisi minyak di pam sama.
"engadu ke pam untuk mengisi minyak tetapi dia mendakwa melihat warga asing itu sedang memegang tong di pam yang sama.
"Berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak, bagaimanapun selepas pemeriksaan minyak yang ingin diisi warga asing berkenaan adalah untuk kegunaan go-kart," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pertengkaran yang berlaku antara lima hingga 10 minit itu kemudian berjaya dileraikan oleh Polis Bantuan Sunway yang turut berada di lokasi kejadian.
Pada masa sama, beliau memaklumkan, pengadu kemudian tidak berminat meneruskan kes berkenaan dan kes telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA).
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu, tak salah pun check. memang kene check pun la kan |
|
|
|
|
|
|
|
eh.. x kira la ko nak isi kat go cart ke strembroll ke.. ko dah warga asing kene la beli minyak x bersubsidi.. nak plak pakai keta plat asing mmg sah sah la kene hencap..
panehh je hati aku dgr... ade ke dia ckp dgn attendan pam minyak pasal dia beli ron 95 utm go cart ? owner pam minyak pun perlu kene tanya gini.. iols jamin.. x de sop kata kalau warga asing yg dekat dengan sempadan bole beli minyak ron 95 ka.. KPDN pleaseeeee ketatkan enforcement anda.. abang grab.. time kaseyy |
|
|
|
|
|
|
|
Yaqqin nya kamoo. Nak isi go kart?
Ntah ye ke tidak.
Ok la, warga Singapore yg tak tau malu sekalian, silalah berbondong2, isi minyak subsidi kat Jay Bee, cakap la utk go kart |
|
|
|
|
|
|
|
so boleh la nak acah2 pukul pakai baseball bat lain kali? acah2 je, tak hayun pun, boleh la? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau saya ada kat tempat kejadian, saya rakam, masuk IG, Tiktok, tag TMJ n CPK
Kalau rakyat tak dapat pertahankan hak kita, Polis pun kira rakyat gak, pada anak raja kita minta tolong. Kita tengok mcm mana perginya |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... surat mana surat ???? alahai polis malaysia punnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Lemah betul lah polis2 tu. Ke cubaan nak kais first world citizen. Budak grab tu pulak yg kena bagi ic. Isi minyak pam kuning masuk bontot pun tak boleh lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Abam boroi baju merah tunjal kpla guna jari pun terus ke dalam yg ni ugut dgn btg besi teruih NFA |
|
|
|
|
|
|
|
Polis pun takot ke dgn apek2 tu bodo nya la |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 21-6-2023 10:31 PM
Abam boroi baju merah tunjal kpla guna jari pun terus ke dalam yg ni ugut dgn btg besi teruih NFA
Budak grab ni x nak buat report sebabkan kecederaan n ugutan..berbeza ngan budak pompuan kena tunjal tu smpai dua pertuduhan kena brother tu....maybe xde org backup bdk grab ni utk teruskan dakwaan. Padahal video ada bukti gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau polis tu tak report incident ni harap Ketua mereka tengok video viral ni dan ambik tindakan. Nampak polis2 tu terlalu releks dan tak jaga keselamatan orang yang mengadu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 22-6-2023 01:00 AM
nampak
macam mana santai nya pulis negara J jawab
lain kali nampak benda2 camni, tak payah masuk campur
tak payah sebuk nak jadi hero
nanti tak pasal2 mati katak kena tembak, tak berbaloi langsung,
kena bunoh atas sebab yang takde kaitan dengan diri sendiri
JB adalah antara lubok geng kongsi gelap malaya
mereka punya pawer,
sampai tok ayob kena pindah keluar
|
|
|
|
|
|
|
|
abg grab tu cm kena ugut nk dipukul bagai oleh singapork 2 ekor, alih2 kata nk isi minyak utk go-kart, boleh lak suka2 isi2 byk cmtu mau tak mengudang curiga... |
|
|
|
|
|
|
|
Kapla hotak.. So kalau go cart boleh?
Ada dokumen rasmi? Kalau tak kenapa polis kita pun bingai2 je dengar je cakap kiasu singapork ni |
|
|
|
|
|
|
|
bulan_gerhana replied at 21-6-2023 04:26 PM
eh.. x kira la ko nak isi kat go cart ke strembroll ke.. ko dah warga asing kene la beli minyak x be ...
Kan ..
Lps ni berpusu² la umah singapork beli ron95 utk go kart .... Sambil rakyat kna kencing lg dgn pmx |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 21-6-2023 10:31 PM
Abam boroi baju merah tunjal kpla guna jari pun terus ke dalam yg ni ugut dgn btg besi teruih NFA
Tunjal.dgn jari lg kejam dari kna ugut dgn btg besi
|
|
|
|
|
|
|
|
Abis tu kalau utk go kart boleh dpt subsidi la ye? Actually iils masih tak faham kalau singaporean isi minyak, camne pengiraan harga minyak tu? Mmg setting kat kiosk tu berbeza ke dgn kat negeri lain? |
|
|
|
|
|
|
|
pengecut punya owner station minyak. dgn singaporean pun penakut. dah buat salah halang pembelian petrol tu. ada polis bantuan pun takut dgn singaporean. tak membantu langsung.
mudahnya tanah air ni dipermainkan. esok2 kalau dijajah camana? nak harap baby boomers dgn generation X, semua dah tua, generasi tik tokers? memang ahanam la Malaysia in the future. |
|
|
|
|
|
|
| |
|