CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2261|Reply: 49

Muka Lebam Baju Koyak, Dah Dua Tahun Anak Jadi Mangsa Buli Di Sekolah- Ibu Resah Sebab Cikgu Larang Buat Laporan Polis

[Copy link]
Post time 22-6-2023 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu dilema apabila pihak sekolah tidak membenarkannya membuat laporan polis berhubung dakwaan kes buli melibatkan anaknya di sekolah.


Perkongsian itu dibuat menerusi Facebook Nur Rania yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit.


Berdasarkan perbualan antara ibu bapa pelajar dalam aplikasi WhatsApp seperti yang dikongsi wanita tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Pantai Timur.



Gambar Hiasan





Nur Rania mendakwa, anaknya telah dibuli oleh pelajar yang sama sepanjang dua tahun bersekolah di situ.


Kejadian berkenaan disedari baru-baru ini apabila mendapati baju sekolah kanak-kanak itu terkoyak, selain mukanya juga lebam.


"Balik sekolah baju koyak, malam tu (Selasa) baru tengok muka anak bengkak. Mula tanya (dia) tak nak beritahu siapa pukul, lepas tanya betul-betul, (anak beritahu) orang yang sama pukul dia dari tahun dua sampai tahun empat."








Lebih menyedihkan, tindakannya mengadu kepada ibu bapa pelajar berkenaan menjadi sia-sia apabila mereka hanya menganggap perbuatan itu hanyalah gurauan sesama rakan sebaya.


"Dah beritahu ibu bapa budak tu dalam WhatsApp Group, tapi bapanya cakap kalau tak boleh bergurau, jangan hantar anak pergi sekolah dah.


"Ni bukan gurau dah, ni kena buli. Anak siap cakap lagi kalau beritahu mak abah nanti dia (pelajar yang buli) suruh abang dia pula datang pukul, anak aku trauma dah ni," luahnya.


Setelah Nur Rania membuat aduan kepada guru pada Rabu, mereka didakwa menghalang niat ibu itu untuk membuat laporan polis berhubung kes buli tersebut.









Sekiranya dia masih ingin berbuat demikian, pihak sekolah didakwa tidak akan lagi mempedulikan tentang prestasi pembelajaran anaknya di sekolah.


"Aku ketar lutut dah ni, takut macam tahun lepas kerja sekolah anak tak ada, cikgu (cakap) kalau kita buat aduan, anak yang kena, (cikgu) tak (akan) ambil kisah pasal pembelajaran anak," katanya.


Di ruangan komen rata-rata warga maya turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa kanak-kanak itu dan meminta Nur Rania segera membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan pengesahan rawatan daripada pegawai perubatan.


"Buat report polis saja kak, kasihan budak itu. Pihak sekolah pun satu hal, mungkin anak akak dah mengadu tapi buat endah tak endah sajalah tu. Budak-budak macam ni kalau dah memukul ni, tak boleh biar. Kalau mak ayah budak itu tak boleh ajar, biar orang lain ajar," kata Eka Damia.


"Tolong ambil tindakan, pergi klinik ambil surat doktor, buat laporan atau minta tolong kerjasama doktor buat laporan, jangan biarkan anak kena buli, nanti kesihatan mental anak akan terjejas, kena tegas sis," tulis Ainn Laudya.


"Jangan ikut apa cikgu tu cakap, negara kita ada undang-undang. Buat laporan, kalau polis tanya kenapa tak buat laporan sebelum ini, cakap saja cikgu tak bagi buat. Kira cara cikgu tu dah macam mengugut.


"Kita mak ayah ada hak untuk buat laporan demi keadilan, maruah diri dan keselamatan anak. Cikgu tidak ada jaminan untuk protect anak-anak di sekolah," ujar Puteri Irafiqa. -CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 10:01 AM | Show all posts
"Aku ketar lutut dah ni, takut macam tahun lepas kerja sekolah anak tak ada, cikgu (cakap) kalau kita buat aduan, anak yang kena, (cikgu) tak (akan) ambil kisah pasal pembelajaran anak," katanya.


cikgu2  ni takde hipocratic oath ke? cm nurse dan doctor?

kuang ajar tul, aku rasa sekolah2 cam ni mesti kt pedalaman, di mana pelajar takde pilihan

ko report je la, takkan anak dah cedera teruk esok baru menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:01 AM | Show all posts
report cikgu tu sekali ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ape masalah cekgu tu? anak dia ke budak pembuli tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
report la acik weiii...
p klinik, report polis, report sek/cikgu ke jpn (blh buat online je ni)
iols pernah buat mmg org jpn akan turun.
tapi anak iols tukarkan ke sek lain.
jgn smpai anak tu trauma jadi mcm2.
anak iols smpai 2thn jmp psikiatris pakej tak percaya kat iols ni sbb bila dia mengadu iols ckp depa bergurau je tu
nak dptkan balik kepercayaan anak tu sampai nangis2 la malam2 stress memikirkan cara, ujung2 iols plak yg cari psikiatris
before tu selidik la dulu, kot la anak kita pun sama naik peel tak semenggah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mula2 bawa anak tu jumpa Dr utk check up, dptkan laporan Dr then report polis, mmg ada jer pihak sekolah x bg buat report utk jaga nama baik sekolah katanya dan ada jer parents yg dah lodge police report akan tarik blk sbb alasan yg sama.
Klu betul syg anak hati kena kental buat polis report then tulis surat kt sekolah/PPD cc ke JPN dan kementerian juga, kaka kata gitu sbb kaka dah buat Bak kata abg kaka pergi mamp.. dgn nama baik klu sebenarnya cam harem
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2023 10:09 AM | Show all posts
hok aloh
mana blh biar ja
mu pun
bertindak laaaaaaaaaa cepat
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Repot polis.
Repot ppd.
Repot kpm.
Repot sispaa.
Panggey wartawan skali wat press conference tunjuk bukti sekolah nk palau ank dia kalo wat repot.
Sekolah pon kengkadang perangai supa vavi jugak.
Ni la contohnya.
Kalo sungguh cita akak nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-6-2023 10:08 AM
report la acik weiii...
p klinik, report polis, report sek/cikgu ke jpn (blh buat online je ni)
iols ...

bab cari psikatris utk diri sendiri, kaka pun sama juga dah tu kita pun sama stress dgn apa yg terjd, anak jgn ckplah dah kemurungan jd report aje pedulikan kata nista cikgu dan pentadbiran sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:12 AM | Show all posts
sekolah sskjp nak buat camno puak demo gak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:30 AM | Show all posts
dengar cakap cikgu pasal apa..
gi je la report..
pastu tukar je sekolah anak..
dok gigil gigil apa pun tak buat tak guna juga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah hal azim.......ko jgn la naif dan bodo sgt sbg mak....anak aku sendiri pernah kena buli..aku cari budak tu dan warning siap ko dgn mak bapak ko aku bawak ke tengah kalau masih berterusan buli anak aku...lepas tu mmg x berani dah budak tu...

Cikgu sekolah ni apa peranan huh ko biarkan student membuli...celaka betul cikgu dan mak bapak pembuli ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 22-6-2023 10:12 AM
bab cari psikatris utk diri sendiri, kaka pun sama juga  dah tu kita pun sama stress dgn apa yg  ...

kan kaka...dgn kita skali biol jadinya
kdg2 sek ni cam siot gak nak jaga nama baik konon. mcm sek anak saya dulu kes mcm2 tp semua masuk karpet konon sbb sek kluster. eh cam hanattttt la.
saya keluarkan bukti pun depa buat tatau je. kebetulan bekas sv saya mmg org jpn, saya mengadu kat dia, then dia terus buatkan report. depa mmg turun sek pergi check. dia kata kalau report ppd sama gak peel sbb nak jaga nama baik. lepas tu dgr gb pencen pdhal ada lg 2/3 thn perkhidmatan tp tatau la knp pencen awal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian anak dia dah 2 tahun kena buli tapi diam je.
Mesti hari2 takda mood nk gi sekolah tp takde pilihan tak g kang mak dia bising, nak bitau kena buli tp dah kena ugut ngn pembuli jgn bitau org.

Benci betul yg komen biasalah budak2 gurau tu, amboi tak kena kat anak dia kan dan2 la suh org anggap biasa je.
Jgn biasakan benda yg salah, gurau mende gok kalau sampai koyak baju kawan tu.
Anak ko yg buli org bleh la jawab gitu. Btw mak tu jgn tanya dlm whatsapp group terus je pm parents tu.
Mesti la dia rengsa org tuduh anak dia depan ibubapa lain.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes anak aku masa tu dia tahun 3...x mau pi sekolah..aku siasat tanya rupanya ada sekor budak buli pau duit dia...aku cari budak tu kebetulan kat taman permainan sekumpulan budak2 tgh berkumpul, aku tanya sekor2 sapa yg buli anak aku...depa jawab depa tahu yg buli tu x de kat situ kata depa..aku warning budak2 tu dgn nada keras..ko buli lagi anak aku atau mana2  budak lain ..aku heret ko ke balai polis...dgn mak bapak ko aku heret aku kata...terus esoknya budak tu x de dah langsung berani buli...aku warning anak aku ko jgn bodoh biarkan org  buli ko...dan jgn lawan pembuli tapi ko adu pada mak ayah ko dan cikgu tapi paling penting mak ayah sendiri...jgn diam aku ajar anak cara nk hadapi pembuli
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:44 AM | Show all posts
report polis jaa

cikgu2 memang akan larang, sebab nak jaga reputasi sekolah

tapi mangsanya budak yang kena buli tu

hujung2, pembuli aman ja hidup tumbuk pijak budak lain, pow duit

ada tu siap dengan ugut bunuh, ugut rogol lagi

BUAT REPORT POLIS

persetankan cikgu, mak bapak lain, budak tu

sebelum ko menyesal nanti, anak ko jadi mangsa, atau separuh gila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 10:45 AM | Show all posts
sia2 hantar anak ke sekolah jika anak kena buli,mana boleh fokus belajar kalau sekolah adalah tempat yg teruk,
buat report polis je pastu pindahkan skolah anak,lepas guru besar sain baru tulis sebab pindah adalah kerana buli
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 10:48 AM | Show all posts
Jangan tunggu lagi..tukar je anak kat sekolah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ala bukan buli pun  rekaan semata2 sb dua ibu bapa tu musuh lama saja jer nk cari isu..kesian  pihak sekolah nk menjawab..ibu budak tu pun dah delete posting takut la tu tp dah terlambat angkara lapar viral sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ehhh lagi in dilemma? report sekolah , cikgu tu dan parents sekali. janganla lemah jadi mak..anak kena buli kenalah stand up
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069612 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list