Seorang lelaki berkongsi pengalamannya apabila tempat duduk yang ditempahnya di pesawat 'dirampas' oleh seorang penumpang tanpa izin.
Melalui perkongsian di Twitter, Andi Azhar mengatakan pemilihan tempat duduk untuk penerbangannya itu mengikut kriteria yang diingininya.
Gambar Hiasan
"Kejadian berlaku pada Jumaat iaitu 23 Jun ketika penerbangan saya dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur.
"Saya sangat suka tempat duduk di tepi tingkap sebab dapat tengok pemandangan luar. Penerbangan yang saya naik waktu tu pagi, jadi view mesti lagi cantik.
"Tempat duduk yang saya dah tempah adalah 7F. Tiba-tiba saya nampak ada seorang kanak-kanak perempuan dah duduk di tempat saya. Ibu bapa dia duduk berhampiran di 7D dan 7E.
"Saya panggil pramugari untuk tolong tengokkan. Apabila tiket penerbangan mereka ditunjukkan, rupanya anak mereka sepatutnya duduk di seat 8C," cerita Andi Azhar kepada mStar.
Sejurus selepas itu, bapa kepada anak kecil berkenaan tampil untuk meminta timbang rasa daripada Andi Azhar sekiranya tempat duduk tersebut boleh ditukar suka sama suka.
"Saya berkeras yang saya mahu hak saya. Kita tidak sepatutnya berasa serba salah untuk cakap tidak. Pramugari tu dah terdiam.
"Kemudian ayah dia tanya do you mind to change, saya terus jawab tidak boleh, saya beli seat tu, saya nak duduk di situ. Saya beli ekstra slot bagasi supaya dapat pilih seat.
"Saya nampak mak dan budak perempuan tu dah tak gembira, ayah dia masih okay. Saya tidak kisah, bukan salah saya yang awak tidak plan kedudukan dalam flight dengan cermat.
"Kita kena berani pertahankan apa yang kita punya, jangan mudah mengalah. Nanti kita juga yang makan hati. Selepas dah bertegas untuk cakap tidak, boleh minta maaf sebab itu merupakan adab kita," jelas Andi Azhar.
Menurut Andi Azhar, dia bersyukur si bapa yang merupakan warganegara Malaysia memberikan kerjasama dengan permintaannya itu.
"Alhamdulillah saya dapat duduk di seat yang sepatutnya. Kalau anda dalam situasi sama tapi individu itu bertindak agresif, anak kapal sepatutnya boleh halau mereka keluar dari pesawat.
"Dan kita boleh minta pampasan ganti rugi 10 kali ganda untuk bayaran tiket dan tempat duduk," kata Andi Azhar menutup bicara. -CARI
kalau benda free.. mcm logic lagi la kau nak mintak tukar suka sama suka..
u have to pay extra okay for that seat.. kau dah kenapa nak mintak tukar suka2 hati? apa dia taktau ke bayar untuk pilih seat? huhu
makcik tu mintak orang laki bagi seat dia, sebab anak perempuan dia nak tengok view luar. bila laki tu tanak bagi, mula la dia cakap macam2, kononnya laki tu tak matang sebab tanak mengalah dengan budak kecik
annoying ya manusia macam ni
beli je la window seat awal2 untuk anak ko
weols kalau dapat assigned seat yang free pun (A & F untuk single aisle plane), pasti akan meroyan kalau dah ada org lain take over seat tu, ni apatah lagi spesis terpaling woke yang beli seat
Post time 26-6-2023 09:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Choi kan .
Iols Dolu naik air Asia kot .tak ramai so cabin crew tu ckp baring la kalau nk..tak ramai pung..anak2 iols sakan..haha
Padahal 40 minit je pung
aku pernah dengar satu kisah yang diceritakan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (Ex MB Kedah).
Cerita dia pasal seorang pakcik yang nak balik kedah naik flight. Anak dia pesan
"ayah sat gi masuk dalam kapai duduk seat jangan kalih pi tempat lain".
So pakcik ni pun masa dah boarding flight dia pun duduk la kat seat business class padahal seat dia economi class. FA cuba expalin kat pakcik tu
"pakcik, seat pakcik kat belakang economy claas, bukan kat sini Business Class"
tapi pakcik tu reply
"takpa la, sini pun sedap dah"
sebab pakcik tu ikut pesan anak dia. So FA repot kat Kapten(pilot). So kapten pun pegi kat pakcik tu dan cakap
" pakcik nak pi mana?"
Balas pakcik tu, "
pakcik nak pi(balik) Aloq Setaq"
Kapten tu pun cakap kat pakcik tu
"La, pakcik salah seat ni, seat ni nak pi Pulau Pinang, hat nak pi Aloq Setaq seat kat belakang"
Pakcik tu pun jawap
"la ya ka? awat tak bagi tau awai tadi"
lalu pakcik tu pun bangun dan pegi duduk kat seat dia yang sebenar.
Sekian ceritanya
credit kepada tuan punya cerita (Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, mantan MB Kedah)