View: 1391|Reply: 22
|
Wanita Berang Nak Buang Hajat Pun Tak Senang- Budak Meraung, Nampak Rambut Bawah Kubikel Tandas
[Copy link]
|
|
Tengah melepaskan 'hajat' di sebuah tandas awam, tiba-tiba terganggu dengan kejadian yang tidak disangka-sangka.
Kata wanita itu melalui vide yang dikongsi di TikTok, jelas kedengaran suara seorang wanita dewasa sedang memarahi kanak-kanak perempuan di kubikel tandas di sebelah.
Wanita berkenaan sempat merakamkan situasi itu malah dapat dilihat helaian rambut budak perempuan berkenaan dari ruangan bawah tandas.
"Aku bukan nak sibuk hal orang, tapi ini bukan tempat yang sesuai untuk mengajar anak begini. Di sebelah tandas saya lagi, saya nak membuang pun tak senang.
"Kalau nak marah, pukul atau tampar anak sekali pun, tunggu dah masuk kereta atau balik rumah nanti. Anak pun dah besar, bukan macam ni cara dia.
"Kepada ibu di luar sana, apa tindakan yang sepatutnya dalam situasi begini?" soal wanita itu di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun dia tidak menyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu dirakamkan.
Warga maya kemudiannya mempersoalkan adakah wanita itu mengambil tindakan untuk meredakan keadaan atau hanya berpeluk tubuh mendengar kanak-kanak berkenaan meraung.
"Ya lepas rakam video ni saya pergi ketuk dinding kubikel tu beritahu ada orang dekat sebelah ni tengah dengar dan minta mereka berdamai.
"Saya bukannya netizen tak bertanggungjawab. Saya pun tak aman nak membuang, tengah sembelit waktu tu, jadi pula macam ni dekat sebelah, lagi susah saya nak melepaskan," kata wanita itu memberikan respons.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami apa yang berlaku kerana mereka juga pernah terjebak dalam situasi yang sama.
"Saya sebagai seorang ibu faham sangat, kita bukan sengaja nak marah anak, kita sayang anak kita. Tapi kadang tu anak duduk meraung dekat pusat beli-belah, kita pujuk apa pun tak jalan.
"Orang semua asyik pandang kita sebab dah kacau ketenteraman dekat situ, kita pula mungkin penat balik dari kerja, suami pun tak ada waktu tu tinggal kita seorang sahaja.
"Kita sebagai seorang ibu pun boleh jadi burnout dan hilang sabar. Bukannya sengaja tapi kita juga manusia biasa.
"Saya percaya apa yang berlaku dalam video ni, mesti ada sebabnya, jangan cepat menghakimi kerana kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang," kata sebahagian warga maya.
Warga maya lain pula mengatakan insiden dalam video itu mengingatkan mereka dengan kisah silam yang penuh trauma.
"Bunyi dalam video ni kerap saya dengar di rumah saya dahulu. Tangisan adik-beradik saya dan makian daripada ibu ayah buatkan rumah jadi bingit. Dalam tak sedar satu bentuk penderaan domestik.
"Tinggalkan parut yang mendalam dan membentuk siapa diri saya hari ini," kata warga maya itu. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila kisah berak sembelit tkujat jadik isu semasa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Benci betul jenis tandas gini..kalau lantai berair,boleh nampak kelibat orang sebelah.bunyi taik jatuh pun clear. |
|
|
|
|
|
|
|
kepala budak tu ke kat lantai? kena tampar?
sebaik2nya tunggu di luar pintu toilet dan tanya ibu tu kenapa? kalau mmg penderaan, laporkanlah dengan talian kasih. ada akta kanak2x.
kesian kanak2x didera secara fizikal dan emosi secara berlebihan.
patut putar balik lagu dera kanak2x jaman 80-an.. '...tangan yang mengapai, akhir layu terkulai..' la la la la.............
main kat seluruh tv dan radio. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sorang je ke dok terpusing2 phone, nk paham kan gambar tu? Tu rambut atas lantai ke apa? Budak tu baring ke? Tolonglah jwb cepat, sebelum anxiety aku dtg, hahhahaha.
Geli nak mampos baring atas lantai toilet hoiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus gak idea ni bila anak ko mengamuk ajak settle dalam toilet.
Tahniah mak tersebut
|
|
|
|
|
|
|
|
malas aku nak sibuk hal org lain
setakat membebel marah2 anak bkn ke perkara biasa bg org pompuan
btw kotor la rambut budak tu kena lantai tandas |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisahlah...janji bukan me di toilet sebelah. kalau disebelah, mau me khutbah jap kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
kotor kot biarkan anak baring kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Laah iols ingatkan cite seram rupanya cite dera anak dlm tandas.
Knp la sampai anak terbaring meraung atas lantai tu?
Iols pun tak suka dengar suara mak2 marah anak rasa serabut nk g maki mak tu suh diam.
Jiran iols selalu marah2 anak dia, bisinglaa
Sib baik duk malaysia kalau duk Norway jgn harap ko nak tinggikan suara kat anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian akak tu. Terbantut hajat dia. Kesian budak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
pisanggoreng replied at 26-6-2023 06:56 PM
Ju-On tersenyum sinisss mengintai dari jamban sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
pisanggoreng replied at 26-6-2023 06:56 PM
hoihhhhh iols selalu berimaginasi sebegini kalau masuk public toilet tade org. kalau blh nak cepat2 settel urusan terus blah sebelum sesuatu muncul
btw, bdk tu kene smackdown ke caner? terbaring ke lantai?? |
|
|
|
|
|
|
|
Taktau cerita sebenar benarnya jadi taknak komen [em:22:] |
|
|
|
|
|
|
|
Kotor la.. awat bg budak baring ataih lantai |
|
|
|
|
|
|
|
lagu kumpulan Okid- Derita. Lirik ttg penderaan kanak2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|