CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3725|Reply: 63

Rumah Warga Emas Untuk Golongan T20, Bayar RM8000-RM10000 Sebulan

[Copy link]
Post time 26-6-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Pusat penjagaan warga emas bertaraf dunia dengan fasiliti dan infrastruktur terancang yang bakal dibina hasil usahasama Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad, dan Seterra Group of Companies.


Kata penyanyi dan usahawan yang juga Lembaga Pengarah AlphaCapital (M) Berhad, Erna Elliyana, pusat penjagaan warga emas yang bakal dibina di ibu kota dalam tempoh dua tahun itu mempertuntukkan bayaran bulanan sekitar RM8,000 hingga RM10,000.


Foto: Gempak




"Harga sebulan sekitar RM8,000 hingga RM10,000, jadi sebab itulah mereka perlu melabur duit bukannya menggunakan duit simpanan.


"Apabila mereka tinggal di sana, dijaga oleh jururawat, ada logistic provider, ada butler, pakar estetik, hiburan dan ubat-ubatan. Itu merangkumi semua termasuk bed ridden.


"Selain itu, ia menawarkan pelbagai aktiviti riadah menyeronokkan, juga majlis ilmu yang boleh meningkatkan kerohanian sebagai persediaan terakhir mereka," katanya kepada Gempak.


Erna yang ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Daigor Hong Kong Style Muslim Restaurant, Jumpa @ Sg Wang, baru-baru ini menjelaskan pusat penjagaan warga emas 'premium' itu juga sebagai sebahagian persiapan awal untuk dirinya sendiri.


"Saya ada berdepan beberapa situasi yang mana kita rasakan ibu bapa kita gembira tinggal dengan kita, padahal mereka lebih suka apa yang mereka nak.


"Apabila berumur, mereka nak lebih perhatian, jumpa kawan-kawan mereka, jadi kita kena selari dengan mereka, perlu sediakan apa yang mereka mahu.


"Sebenarnya saya tak cakap pasal silver age economy, kita perlu merancang. Kita pun tak nak susahkan anak-anak apabila sudah menua kelak kerana mereka pun ada kehidupan sendiri. Kos hidup sekarang tak murah, mereka perlu lebih berusaha untuk survival.


"Kita perlu bersiap-sedia 'menua' dalam keadaan yang gembira, lebih rasa bebas untuk beribadah, tak fikirkan masalah. Umur makin meningkat, kadang-kadang bila kita gembira kita tak sakit sebab itu mindset, faktor itu pun kena jaga.


"Allah beri sekali sahaja kehidupan, maka kita perlu manfaatkannya. Jangan diserabutkan dengan benda lain," ujarnya.


Realistik akan warga emas sewajarnya dilindungi, Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad, dan Seterra Group of Companies, memeterai usahasama untuk projek terbabit.


Sasar pelaburan RM100 juta
Lembaga Pengarah Alphacapital (M) Berhad , Tuan Syed Mahadzir Fadaak berkata, pihaknya menyasarkan pelaburan sebanyak RM100 juta untuk melaksana dan menggerakkan projek ini.


“Sinergi tiga hala membabitkan tiga entiti ini bukan sekadar membangunkan sebuah projek, akan tetapi turut memastikan pelaburan yang dibuat pelabur dapat diuruskan secara sistematik, berwibawa dan amanah.


“Disini peranan Alphacapital (M) Berhad adalah sebagai syarikat pelaburan. Manakala Rakyat Trustee Berhad pula bertindak sebagai Pemegang Amanah. Sementara Seterra Group of Companies mengerakkan projek ini dan mengumpul data pelabur berpontensi.


“Sasaran pelabur kami adalah golongan T20 yang ingin melabur untuk saham akhirat mereka,” katanya.


2 juta warga emas di Malaysia


Isu kediaman selepas persaraan sebelum ini pernah dibahaskan dan ia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.


Pengarah Seterra Group of Companies, Yang Mulia Raja Dhiyauddin Raja Amir, dalam kenyataannya berkata, pada masa ini terdapat kira-kira dua juta warga emas berusia 60 tahun ke atas di Malaysia.


“Menurut laporan statistik penduduk, Malaysia hari ini dihuni 7 peratus warga emas berusia 60 tahun dan keatas. Dijangka mencapai status negara menua pada 2030 kerana 15 peratus penduduknya terdiri daripada golongan yang disebutkan tadi.


“Dimanakah warga emas ini akan ditempatkan sekiranya tanggungjawab menjaga mereka tidak dapat dipikul anak-anak. Atau mereka sendiri yang memilih untuk menetap dengan rakan seusia kerana seronok melakukan aktiviti kerohanian bersama-sama. Dimana pihak pengurusan rumah warga emas bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan menguruskan kebajikan, memantau kesihatan dan melaksanakan aktiviti.


“Konsep rumah warga emas bakal bina bukan seperti yang pusat perlindungan sedia ada. Contoh jika warga emas ini mahu keluar riadah di pusat membeli-belah misalnya, akan ada pemandu yang bawa mereka untuk tujuan itu.


“Justeru kediaman selepas persaraan dilihat sebagai pelaburan yang berpotensi dalam menjana ekonomi negara dan pada masa sama memberi kehidupan yang lebih baik untuk warga emas di Malaysia, mungkin juga konsep ini dapat digunakan di peringkat global,” katanya.




Pemegang amanah
Sementara itu, Pengarah Urusan Rakyat Trustee Berhad, Faudzi Mt Din, pula berkata, peranan syarikatnya adalah menjadi pemegang amanah yang mengurus dan melaksanakan arahan dan mandat pelabur secara telus, cekap dan sistematik, sekaligus memastikan matlamat asal pelabur untuk tujuan kebajikan terlaksana.


“Pendekatan ini salah satu cara alternatif untuk membantu pelabur menguruskan kewangan mereka yang berhasrat melakukan kerja amal dan membina jambatan pahala melalui pelaburan yang dibuat.


“Sebagaimana umum tahu di Malaysia terdapat harta pusaka bernilai RM90 billion yang dibekukan dan tidak dapat dituntut oleh ahli keluarga. Keadaan ini mungkin disebabkan hutang piutang yang tidak dilangsaikan semasa hayat.


“Katakanlah pelabur itu adalah pesara, mereka menjual aset untuk membayar hutang-hutang yang ada. Sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh, mereka laburkan kepada Alphacapital dan pihak kami bertindak menguruskan kewangan mereka.


"elabur yang merupakan warga emas ini masih mempunyai kediaman selepas persaraan yang disediakan kami, dalam masa sama mereka bebas hutang,” katanya.


Tambahnya lagi, pelabur berpotensi itu tidak semestinya warga emas yang menyumbang kepada projek ini tetapi sesiapa saja individu perseorangan atau syarikat yang berminat.


Sinergi 3 hala membabitkan tiga entiti ini tidak hanya tertumpu pada pembinaan kediaman selepas persaraan sahaja tetapi juga projek-projek berpotensi lain yang membawa kebaikan kepada ummah. -CARI


Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana acik2 porem yg nk masuk umah orang tua premium ari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 02:19 PM | Show all posts
omakk aih sebulan dekat RM10k

pulak tu jaga orang tua kaya-kaya T20. kalau kaya yang humble baik takpe la jugak. ni mau dapatnya jenis orang tua fefeeling entitled The Devil wears Prada, haruuu

kalau gaji staff, caretaker tinggi, takpa jugak
student nursing and social work pun ramai

tapi takpa la. ini boleh jadi contoh kepada rumah-rumah orang tua yang lain
luar negara dah banyak ada. ia akan jadi satu keperluan di Malaysia kelak

tapi harapnya rumah yang lain idok ler fokus T20
mostly rakyat Malaysia dah below B40
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:37 AM | Show all posts
HALAHHH KALAU ONGKAYA 10K TU APELA SANGATTT
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 12:00 PM | Show all posts
orang yg cakap duit tidak dapat beli kebahagiaan tu PENIPU.
now, duit is everything
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Amende 10k sebulan? Ko kasi kondo dual key kewww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2023 02:51 PM | Show all posts
rosedemon replied at 27-6-2023 08:37 AM
HALAHHH KALAU ONGKAYA 10K TU APELA SANGATTT

Ongkaya pun tak hingin, baik dia duduk rumah dia, bayar maid pinoy dua orang, bayar home care nurse datang bila perlu or twice a month kalau betul2 sakit.  less than 10k.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
T20 pun x selamanya T20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
I teringin bethul nk buka retirement home gini. Actually pernah encounter 1 proposal from chinese developer, siap ada clubhouse n pdg golf. Each room ada emergency button mmg padan sgt dgn rege. I nk buka yg cater m40. B40 leceh plak sbb terus x berduit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 27-6-2023 02:51 PM
Ongkaya pun tak hingin, baik dia duduk rumah dia, bayar maid pinoy dua orang, bayar home care nurs ...

Betul. Ongkaya tahap gitu nk buat apa stay tmpt mcm tu. Xtau la kalau ongkaya yg sunyi
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 04:42 PM | Show all posts
anony-mous replied at 27-6-2023 03:50 PM
Betul. Ongkaya tahap gitu nk buat apa stay tmpt mcm tu. Xtau la kalau ongkaya yg sunyi

hahaha ongkaya sunyi dia buka playboy house gitu...


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya good investment bukak rmh penjagaan warga emas ni memandangkan kita bkl jd aging nation in a few years time. Tp jgn la fokus kt t20 je, abistu m40 dan b40 caner? Rmh penjagaan warga emas yg Kerajaan punya hanya utk those yg sebtg kara je. So, mana2 anak yg mampu byr tp x baper mampu nk jaga, kena la ada tmpt nk htr.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 27-6-2023 02:51 PM
Ongkaya pun tak hingin, baik dia duduk rumah dia, bayar maid pinoy dua orang, bayar home care nurs ...

I setuju dengan you. Dulu ingat nak jugak duduk kat retirement home, tapi dalam 3K ke 5K je. Kalau sampai 10K, I tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 26-6-2023 01:30 PM
Mana acik2 porem yg nk masuk umah orang tua premium ari tu?

Takde la hat premium.. hat besyer2 jahh.. hat 10k ni mahai sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jadah sgt smpai 10k sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:49 PM | Show all posts
tak berapa faham bayar rm 8000/ rm 10 000 sebulan.

bawah2 ada konsep melabur. orang2 dh tua ni nak rehat ada masa ke fikir nak melabur?

kalau orang tua tu berharta dah sah2 isteri pertama, anak2, madu nombor dua , madu nombor tiga rela jaga.

cuma orang tua yang suka privacy je suka servis cmni. kaka pernah tengok orang tua 8 kali ambil wudhuk sebab ada short term memory loss. bukan semua orang boleh jaga orang tua.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 08:18 PM | Show all posts
Ini satu idea yang bagus.Malaysia memang perlukan retirement community. Biar golongan emas ni bergaul sesama mereka dan tidak hidup terasing di tengah-tengah bandar sambil hidup serabut berebut space dan resource dengan golongan muda.

Waktu muda boleh la hidup di kondo di KL, tapi bila dah pencen, kita dah tak ada keperluan untuk tinggal di bandar. Sebab itu ada orang beli tanah di kampung dan berpindah ke kampung bila dah pencen. Itu kalau orang tu masih ada kampung la.

Dalam 20 hingga 30 tahun akan datang harga rumah di KL akan melangit tinggi. Waktu tu jual dan guna duit tu utk tinggal di retirement community yang ada semua kemudahan. Benda yang paling penting adalah penjagaan kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:18 PM | Show all posts
Lebih mahal dari single room kat Prince Court.

Baik buat2 pening lepas tu minta masuk ward jangan keluar2 bayar bilik ja

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal nau... baik t20 duduk je rumah sendiri upah nanny jaga...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek sedara iols andartu..
Amek pakej bilik kat rumah orang tua rm3k sebulan je..
Senang..semua ada yang tengokkan...
Ada.kelas.agama..hujung minggu ada kelas masakan bagai...
Happy je dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066595 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list