View: 1781|Reply: 28
|
15 Tahun Tunggu Akhirnya Dapat Anak, Orang Ingat Cucu Sebab Janggut Dah Beruban
[Copy link]
|
|
Ipoh: Selepas menanti selama 15 tahun, tanggal 2 Mei lalu menjadi detik terindah dalam hidup Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan apabila menerima cahaya mata pertama di usia 43 tahun.
Kehadiran Putri Edreehana Masyael yang kini berusia dua bulan disifatkan hadiah teristimewa dalam hidup pemandu lori itu hasil perkahwinan keduanya selama tiga tahun bersama isteri, Mastura Pin, 46.
Video Mohd Saiful Azmi yang sebak saat pertama kali melihat dan mendukung anak sulungnya itu meraih perhatian serta meruntun hati netizen selepas dikongsi Mastura di TikToknya.
Foto: Harian Metro
Berkongsi kisah itu, Mohd Saiful Azmi berkata, dia tidak menyangka diberikan rezeki terindah itu ketika usianya mencapai 43 tahun, sementara isteri berusia 46 tahun.
Menurutnya, seperti lelaki lain dia juga mengimpikan zuriat daripada keturunannya, namun reda apabila rezeki itu tidak diberikan sebelum ini.
"erkahwinan pertama selama 12 tahun berakhir kerana sudah tiada jodoh dan takdir menentukan saya tiada zuriat daripada ikatan itu sebelum bertemu jodoh dengan Mastura, ibu tunggal lima anak tiga tahun lalu.
"Ketika itu saya tidak fikirkan sangat soal anak kerana usia kami tidak muda lagi, malah sangat bersyukur dapat menumpang kasih anak tiri yang dianggap seperti anak sendiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, saat diberitahu isteri mengenai berita kehamilan itu, dia seolah-olah tidak percaya namun mengakui ia adalah hari terindah dalam hidupnya.
"Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada sebak, sedih, terharu dan gembira.
"Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup Allah SWT hadirkan 'puteri' untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya," katanya yang tinggal di Taman Pinji Mewah, di sini.
Menurut Mohd Saiful Azmi, kehadiran Putri Edreehana Masyael memberinya semangat untuk terus kuat mencari rezeki buat keluarga mereka, malah mengakui 'sindrom' bapa yang baru menimang cahaya mata juga sedang dilaluinya.
"Saya rindu bau 'baby', setiap hari perlu buat panggilan video dan saya akan cuba balik rumah juga untuk melihat anak kerana sebagai pemandu lori kontena dari Ipoh ke Klang saya selalu menghabiskan masa di jalan," katanya.
Berhubung videonya, Mohd Saiful Azmi berkata, pada mulanya dia agak malu kerana ia mendapat perhatian ramai, namun dia terharu selepas membaca semua komen positif yang turut gembira dan mendoakan mereka sekeluarga.
"Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya 'baby' anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak," katanya.
Sementara itu, Mastura berkata, hatinya tersentuh melihat reaksi suami yang melihat anak mereka di hospital, namun mengakui video itu dikongsi di TikTok hanya untuk menyimpan memori keluarga kerana bimbang video akan hilang di telefon.
Katanya, sepanjang tiga tahun melayari perkahwinan bersama, suaminya itu melayani lima anak serta empat cucunya dengan baik seperti keluarga kandung.
"Riak kegembiraan dan sebak memang jelas terpancar di wajah suami dan saya tahu dia sangat teruja kerana memegang zuriatnya sendiri.
"Sebenarnya saya takut juga hamil di usia 46 tahun tetapi saya tahu ini rezeki untuk kami terutama suami.
"Alhamdulillah proses melahirkan puteri kami berjalan lancar dan ini hadiah saya untuk suami," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku rasa lelaki tu jns cepat beruban...umur baru 43 tahun kot |
|
|
|
|
|
|
|
tp umur dia baru 43.. tp raut wajah nampak berusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
abg aku umur 50 tahun sedang menunggu bby bulan ogos ni takde plak org ckp cucu hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
43... tp nmpk mcm 73... boleh lagi tu nmpk muda... g kedai beli dye hitam.... nanti anak darjah 1... umo 50. X laa nampak mcm 80 |
|
|
|
|
|
|
|
Alah dato k pun dpt anak umur2 gini jgk kan. Apa yg peliknya |
|
|
|
|
|
|
|
43 je kot..drama ngat aih |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik netizen yg suka mengomen tak hidup di zmn Nabi Zakaria yg juga dpt anak di umur yg sangat tua. Bukan lagi pangkat cucu-cicit tapi oneng2 ketika nabi Zakaria dpt nabi Yahaya iaiu ketika nabi Zakaria berumur 90thn. |
|
|
|
|
|
|
|
43 utk lelaki dpt anak tu takde la menghairankan sgt..utk wife dia yg 46 tahun tu jelah yg agak risky kan.. Alhamdulillah selamat melahirkan juga |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pulak menitik air mata bila wartawan tulis pekerjaan abang tu sebagai pemandu lori dan bukannya pilot darat |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur sangat2, kan? hahahahah.
|
|
|
|
|
|
|
|
43 tak delah tua, ramai je orang masih dapat baby umo 40-an.
Ingatkan umo dia umo pencen.
Btw uban tu bukan masalah, sebenarnya ada daya tarikan tersendiri orang2 yang rambut + janggut salt & pepper ni. Yang masalahnya, berat badan tu kena turunkan, bila nampak jawline, barulah hensem dengan rambut/janggut salt & pepper. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 43.Kawan lelaki aku baru dpt ank thn lps. Diusia 48 thn. Dia sndiri pun tak percaya. Rezeki tak penah salah alamat |
|
|
|
|
|
|
|
43 thn tu bkn tua sgt pun kalau zaman org keje opis ni
Bini dia umur 46 thn tu yg masih lg beranak tu ye terkejut juga sbb dah pra menopos, high risk semua ada. |
|
|
|
|
|
|
|
pilot adalah pilot bukan driver lori
driver lori adalah driver lori
yg bawa kete tu memandu.
sekolah di india kucing, dipangil tiger
rogol di katakan geselan
itu sekolah kat india.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak tuanya..
Senyum my husband baca sebab sekarang dia 50 lebih dengan anak 7 tahun rambut hitam kuat tapi misai jambang putih... Hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 26-6-2023 08:12 PM
43 thn tu bkn tua sgt pun kalau zaman org keje opis ni
Bini dia umur 46 thn tu yg masih lg beranak ...
Umur 46 masih boleh pregnant ye? Sampai bila la nak pakai protection ni, bertanya saya kepada diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|