Penduduk di sekitar lembah Klang, Selangor kecewa pusat rekreasi terkenal, Taman Rakyat Klang dikatakan sudah semakin kotor dan dicemari dengan haiwan anjing liar.
Kemudahan seperti tempat duduk dan alat permainan kanak-kanak di situ dipenuhi haiwan berkenaan.
Malah beberapa kemudahan awam sudah rosak dan dicemari dengan anjing yang tidur di tempat berkenaan.
Foto: Majoriti
Dalam pada itu, salah seorang pengunjung di taman tersebut menjelaskan bahawa ada individu yang gemar memberi makanan kepada anjing di situ yang sekali gus menjadi sumber makanan haiwan terbabit.
"Ada yang beri mereka makan setiap hari, jadi anjing itu semua boleh hidup dan beranak pinak sampai jadi berkelompok dah haiwan itu.
"Tak salah kalau nak beri makan tapi biar kena pada tempat, ini pusat rekreasi dan pengunjung yang datang dari pelbagai kaum jadi bukan semua yang selesa bila ada anjing.
"Saya sendiri dah takut nak bawa anak-anak bermain di taman situ, terlalu penuh dengan anjing liar yang menakutkan macam kandang anjing," ujarnya kepada Majoriti.
Kemudahan awam seperti pondok, kerusi dan permainan kanak-kanak juga turut mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung dengan ia dikatakan sering menjadi tempat tidur hidupan anjing berkenaan.
Kemudahan tempat duduk dan peralatan rekreasi yang sudah dicemari dengan tempat tidur hidupan anjing di Taman Rakyat, Klang.
Selain itu, golongan peniaga di tempat tersebut juga tidak ketinggalan dalam meluahkan rasa kecewa berhubung hal itu.
Aisyah Yazid, 38, yang merupakan peniaga di sebuah gerai berhampiran pusat rekreasi berkenaan juga pernah berhadapan dengan isu anjing liar yang menerjah masuk ke kawasan dapur premisnya.
"Kedai saya pernah dicerobohi anjing liar, habis barangan dapur dia makan dan terpaksa menanggung kos kerugian.
"Kami peniaga Melayu, jadi haiwan anjing memang tak boleh nak pegang dan barangan semua kami terpaksa cuci dengan air samak, kalau masih berterusan memang tak boleh nak berniaga kami macam ini," katanya.
Difahamkan, pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum ini pernah menjalankan operasi menangkap anjing liar di lokasi tersebut namun, situasi itu kembali berulang selepas beberapa bulan.
Desakan pengunjung di kawasan tersebut mengharapkan agar pihak berwajib menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa agar isu terbabit tidak berlarutan dan merosakkan imej Taman Rakyat sebagai pusat tarikan rekreasi di bandar Klang. — CARI
Post time 27-6-2023 07:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Inilah hasil golongan pencinta haiwan yg bodoh & berfikir guna emosi bukan akal rasional. Bagi makan anjing liar konon-konon terpaling hati mulia, terpaling penyayang... Tapi bodoh tak fikir kesan buruk jangka panjang.
Bila dicadangkan anjing & kucing liar patut ditangkap, dimatikan secara humane, kemudian diproses menjadi protein haiwan2 karnivor dalam zoo (harimau, singa etc), golongan bangsat ni meroyan membantah.... Suruh ambik anjing & kucing liar tu bela kat rumah dorang, tak nak pulak.... Bodoh & selfish punya pencinta haiwan berfikiran sempit!
Post time 27-6-2023 09:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aniing beranak pinak sbb tak mandulkan bukan sbb bagi makan la bengap. kalau makcik ni pegi melancong turki kebetulan bas yg dia naik anjing tumpang agak2 berani ke suruh halau anjing tu sedangkan orang tempatan ok je?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Monyet monyet kat situ lagi menakutkan dari anjing.
Selamba badak monyet pi sambar lollipop anak, Melaung Budak tu terperanjat, nasib baik tak dicakar...
Lepas tu kat tangga pun menakutkan dengan monyet merata.
ramai pencinta haiwan yg bagi makan pada anjing jalanan.. kucing jalanan.. even monyet2 pon dibagi makan.. memangla tu sifat ehsan kepada binatang.. tapi kesan dia tak elok..
monyet bukan secara alaminya dibagi makan mcm tu.. dia kena cari makan sendiri.. ini dah diberi makan kat situ.. memang berkampung la dia kat situ.. takdela dia nk lari balik ke belukar ke apa.. hutang maybe dah takde..
anjing2 pon kalau takat sekor dua.. bole la lagi... ini kalau dah beranak pinak.. sekumpulan.. tak sesuai la..
kat ofis aku ni ada satu chinese lady rajin bagi makan kt anjing2 liar.. tapi dia letak makanan kt koridor ofis orang.. dah kotor kt situ.. bekas makanan.. sisa makanan.. siap pakej berak kencing..