Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 21-12-2010 13:48
salam. wa dah search tp tak jumpak pong lagi thread pasai mitos2 Norse. wa minat gak baca psl kisah2 Norse nie, sebab wa dh lama dok layan lagu2 band metal scandinavia yg banyak lagu depa mengenai kisah2 mitos Norse dan viking. sapa hat pernah dgr lagu2 dr band sperti Amon Amarth, StormWarrior, Manowar etc etc mesti familiar dgn nama2 tempat, makhluk dlm mitos Norse. Norse merujuk kepada penduduk scandinavia sebelum scandinavia dikristiankan.
Penciptaan Dunia
~ Pada awalnya tiada apa2 yg wujud, kecuali jurang besar yg tiada pengakhiran dikenali sbg Ginnungagap. Ginnungagap disempadani oleh Niflheim (dunia ais dan kegelapan) jauh di utara dan Muspelheim (dunia api) jauh di selatan. Makhluk pertama tercipta daripada titisan air apabila ais dari Niflheim dan api dari Muspelheim bertemu.
~ Makhluk yg tercipta itu ialah Ymir, seekor gergasi purba dan Audumbla , seekor lembu gergasi betina. Ymir menjadi bapa kepada semua bangsa gergasi ais.
~ Ymir adalah bapa kpd anak lelaki berkepala enam yg dipelihara oleh Audumla. Audumbla makan dgn menjilat ketulan ais yang masin, sehinggalah ketulan yg dijilat itu membentuk seorang lelaki. Lelaki-batu itu dinamakan Buri dan dia adalah dewa purba yg pertama. Buri adalah bapa kepada Bor.
~ Bor berkahwin dengan gergasi betina Bestla, anak kepada gergasi ais Boltha. Mereka menjadi ibu bapa kepada dewa Æsir yg pertama Odin, Vili (Hoenir) dan Ve.
~ Ymir menjadi dewasa dan menjadi sangat besar dan jahat lalu dibunuh oleh Odin. Darah yg mengalir dari luka Ymir teramat banyak dan membunuh semua gergasi ais kecuali Bergelmir dan isterinya. Mereka berjaya menyelamatkan diri dan tiba di gunung Jötunheim yg mana menjadi rumah kepada gergasi2.
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 22-12-2010 14:59
Yggdrasill dan Sembilan Dunia
~ Setelah membunuh Ymir, Odin dan saudara2nya kemudian menggunakan tubuh Ymir untuk mencipta alam semesta. Alam semesta ini mengandungi 9 dunia. Mereka meletakkan tubuhnya Ymir di atas jurang Ginnungagap itu. Darah Ymir adalah lautan; dagingnya adalah bumi; tengkoraknya ditanggung dibahu oleh 4 org kerdil (Nordri, Sudri, Austri, dan Vestri) adalah syurga; percikan api dari Muspelheim dijadikan matahari, bulan dan bintang2. Kening Ymir digunakan untk mencipta tempat di mana bangsa manusia boleh hidup; tempat yg dikenali sbg Midgard (Middle Earth). Mengelilingi Midgard adalah lautan yg mana terdapat seekor ular bernama Jormungand. Ia sangat besar dan membentuk bulatan mengelilingi Midgard dgn memasukkan ekor ke dalam mulutnya sendiri.
Yggdrasil
~ Daripada tubuh Ymir tumbuh sebatang pokok bernama Yggdrasil (Pokok Dunia) yg menyokong alam semesta. Akar2nya menghubngkan kesemua 9 dunia. Satu akar Yggdrasil memanjang ke Muspelheim (dunia api), sementara satu lagi ke Niflheim (dunia ais)
~ Dahan yg paling ats menyentuh Asgard, dan akar2 di alam ghaib diairi oleh perigi Mimir
9 dunia itu dipisahkan oleh 3 tingkat : atas, pertengahan , dan bawah
~ tingkat atas
* Asgard (tempat dewa2 Aesir, Odin ketuanya)
* Alfheim (elves),
* Vanaheim (dunia Vanir, tempat tinggal dewa2 yg berkaitan dgn kesuburan dan kejayaan),
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 21-12-2010 16:22
Dewa-dewa Norse
Odin
~ Yang paling utama di antara mereka adalah dewa-dewa Æsir yg tinggal tempat misteri dalam syurga yang dipanggil Asgard. Ketuanya adalah Odin, bapa segala dewa dan manusia, dewa langit dan pemerintah orang2 yang telah mati , yang menerima roh pahlawan-pahlawan yang terbunuh dalam pertempuran di dalam dewan yg dikenali sbg Valhalla.
~ Odin digambarkan sebagai lelaki tua berjanggut putih dengan mantel (cloak) yg menukar kan warnanya seperti langit. Beliau hanya mempunyai satu mata, satu lagi dikorbankan sebagai ganjaran untuk minum dari perigi dewa kebijaksaan Mimir.
~ Di kaki Odin, terdapat dua ekor serigala, di atas bahunya pula terdapat dua ekor burung gagak(huggin dan muninn) dan Sleipnir kuda berkaki lapan-nya berlari lebih pantas dari angin.
foto encik Odin
encik Odin menaiki kuda beliau, Sleipnir yg berkaki lapan. band Manowar ada lagu tajuk Sleipnir
Carry we who die in battle
Over land and sea
Across the rainbow bridge
To Valhalla
Odin's waiting for me
Faster than the fastest horse alive
The living son of fire rides
From the halls of Asgard across the sky
To the world of Gods and Men
Frigg
~ Dewi paling utama antara dewi2 lain. Isteri kepada Odin, ratu di Asgard.
~ Beliau adalah dewi perkahwinan dan kesuburan (mckagan dewa seks dekat CI )
~ fungsi utama beliau dlm mitos norse adalah sbg ibu dan isteri tetapi bukan itu sahaja fungsi beliau
~ beliau berkebolehan membuat ramalan tetapi tidak mendedahkan apa yg diketahuinya
~ perkataan Friday diambil dari namanya
Dewi Frigg, isteri encik Odin
Thor
~ Dalam banyak2 anak lelaki Odin, yang paling berkuasa ialah Thor yang berjanggut merah dan memakai tali pinggang ajaib yang memberinya kekuatan.
~ Thor memakai sarung tangan besi, menggunakan Mjolnir iaitu penukul yang perkasa,
~ Pukulannya mengeluarkan pancaran cahaya (kilat) dan bunyi guruh pula adalah bunyi roda kereta kudanya.
~ Perkataan Thursday diambil dari namanya (Thor's day)
Sif
~Isteri Thor
~mempunyai rambut berwarna emas, dewi kesuburan dan keluarga.
~ rambutnya dikatakan mewakili tanaman gandum
TYR
~ Yang ketiga dalam ketua2 dewa adalah Tyr; Dewa peperangan, yang melindungi manusia dalam peperangan.
~ Beliau adalah anak kepada Odin, digambarkan hanya mempunyai sebelah tangan kerana tangannya digigit oleh serigala bernama Fenrir
~ Tyr adalah simbol keberanian dan kejayaan
~ Perkataan Tuesday diambil dari namanya.
LOKI
~ Satu lagi tokoh penting adalah adik Thor, Loki. Loki bukan adik kandung Thor tetapi Odin adalah bapa angkatnya.
~ Loki ialah tuhan api pada mulanya, tetapi dalam Prose Edda dia biasanya adalah seorang yg suka membuat nakal , separuh sekutu, separuh musuh, ditakuti kerana kepintarannya dan tidak disukai kearana sifat perengusnya walaupun kebijaksanaannya menjadikannya pengikut yang berguna.
~ Dia boleh berubah bentuk apabila dia mahu, kadangkala menjelma sebagai haiwan kadangkala sebagai manusia.
~ Dia mempunyai tiga anak gergasi - Hel- Ratu alam ghaib, Fenrir - serigala mengerikan yang diikat dengan rantai oleh dewa-dewa (walaupun sebelum ia menggigit tangan kanan Tyr) dan Jörmungand ular Midgard yang dipercayai tinggal dalam lautan yg mengelilingi bumi (Midgard) . Ia berlingkar mengelilingi Midgard.
~ Perbuatan Loki yang paling buruk ialah menyebabkan kematian anak lelaki Odin - Balder, tuhan matahari yang muda dan disayangi.
~ Balder telah bermimpi mengenai kematiannya sendiri
~ Lalu, ibunya Frigg membuat semua makhluk berjanji tidak mencederakannya, tetapi dia tidak meminta dedalu (mistletoe) berjanji kerana menyangka ia tidak memberi ancaman
~ Loki kemudiannya mencipta anak panah daripada dedalu itu dan mengambil bahagian dalam pertandingan melontar objek ke arah Balder melibatkan kesemua dewa2
~ Loki kemudian melontar anak panahnya dan ia membunuh Balder
~ Semua ciptaan berkabung atas kematiannya dan dewa-dewa yang marah merantai Loki di batu sehingga akhir zaman.
Mimir si bijaksana
~ Mimir adalah dewa kebijaksanaan dan mengawal perigi kebijaksaan di akar pokok Yggdrasil
Heimdall si pengawal
~ heimdall adalah pengawal di Asgard. beliau mengawal di jambatan pelangi (Bifrost) di gerbang Asgard
~ jambatan pelangi ini menghubungkan antara Midgard dan Asgard
~ selain mengawal di Asgard dia menanti untuk meniup trumpetnya utk menandakan kedatangan hari kiamat (Ragnarok)
Jambatan pelangi
~ Njord, dewa angin, lautan, kesuburan
~ Idun, dewi yg menjaga buah epal yg mana menjadikan dewa2 muda selamanya
~ Bragi, dewa sajak dan puisi
Njord mempunyai 2 anak, Frey dewa kehidupan dan Freya dewi cinta dan kecantikan.
Siang dan malam, matahari dan bulan, api dan angin, subuh dan senja, kabus dan salji kesemuanya mempunyai dewa atau dewi yang tersendiri.
Terdapat juga gergasi2 salji, gergasi2 gunung, orang2 kerdil penghuni gua, orang halus (elf) , raksasa2 yang memanjat bumbung rumah pada waktu malam dan roh2 yang meraung di dalam angin.
ooo...Thor tu asal dari mitos norse ni la?
mohdcrow Post at 21-12-2010 16:28
tepat sekali. Thor, Odin dan dewa2 utama spt Frigg, Sif, Loki, Tyr dikenali sbg dewa-dewa Æsir dan tinggal di Asgard. Æsir ni lebeh kurang mcm tribe la.
pokok dunia, yggdrasil
-valhallaa...
-ragnarok, ceritakan pada aku mengenai ragnarok COB, kalau tak silap aku, berlaku pertempuran dewa-dewi dgn fenrir si serigala, pertempuran terakhir
tepat sekali. ragnarok ni kira kiamat la. ada final battle antara dewa2 dgn loki dan geng2 jahat lain. kira battle good vs evil la.dunia lama hancoq, lepastu start dunia baru. tak sabaq nk tggu filem Thor (2011).
Ragnarök - End of the Woorld
~ Ragnarök atau Twilight of the Gods adalah kemusnahan dewa2 yg telah ditakdirkan. Musim sejuk selama 3 tahun membawa kepada pertempuran terakhir di Vigrid Plain., di mana dewa2 dan gergasi ais2 bertempur d dlm peperangan epik yg terakhir. Ragnarok menandakan tamatnya dunia lama dan permulaan dunia baru.dunia sekarang.
~ Akan tiba hari di mana pokok Yggdrasil menjadi layu. akarnya digigit oleh naga Niddhogg yg tinggal di Nifleheim
~ Loki dan Fenrir akan membebaskan diri mereka, ular gergasi Midgard, Jormundgar akan timbul dari lautan. Gergasi2 ais dipimpin oleh Loki dan dibantu oleh mereka yg telah mati yg datang dari Helheim (dekat Niflheim jugak), akan menyerang Asgard
~ Odin, yg sebelum ini telah cuba untuk menghalang Ragnarok dari berlaku, memimpin dewa2. Mereka dibantu oleh wira2 yg telah mati, yg terkorban dalam pertempuran dan dibawa tinggal di Vahalla dan menanti pertempuran terakhir yg mana kesemuanya akan musnah; sama ada membunuh atau terbunuh
~ dunia dan manusia musnah, Misgard musnah ditelan api dan tenggelam dalam lautan. kemusnahan ini akan diikuti oleh permulaan dunia yg baru.
~ 2 manusia Lif dan Lifthrasir (jantan dan betina), bersembunyi dalam pokok Yggdrasil semasa pertempuran berlaku dan hanya keluar dari tempat persembunyian selepas pertempuran berakhir. Mereka menghuni bumi semula. Mereka yg lain yg terselamat dlm Ragnarok termasuklah beberapa dewa2 terutamanya adik Odin Honir, anak lelaki odin Vidar dan Vali, anak lelaki Thor Modi dan Magni. Seorang lagi anak lelaki Odin, Balder, hidup kembali selepas pertempuran itu.