BUBURASYURA
Bahan-bahan:
1. 2 cawan beras biasa ( direndam selama sejam atau lebih dan dikisar halus)
2. 2 cawan gula merah (yang dicairkan)
3. 2 cawan gula putih ( ikut manis yg disukai)
4. 1 sudu garam ( secukup rasa, jangan termasin)
5. 1 biji santan kelapa ( pekat)
6. 1 cawan kacang hijau ( goreng tanpa minyak dan buang kulit)
7. 2 cawan kacang kuda ( yang telah direbus hingga empuk)
8. 2 tongkol jagung manis ( dipotong dan ambil isi, boleh juga guna jagungdalam tin)
9. 1 tin kacang merah ( yang biasa campur dalam ABC dan cendol)
10. 1 biji ubi keledek sederhana ( yang direbus , dibuang kulit dan dipotongdadu kecil)
11. 10 biji pisang (apa-apa jenis spt pisang awak, nangka, abu, berangan dllyang dipotong dadu atau serong))
CARANYA :-
1. Masukkan dalam kuali besar santan, gula merah, gula putih, garam dan berasyang telah dikisar.
2. Masukkan kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek rebus dan jagung. Kacauperlahan sentiasa dengan api sederhana hingga pekat dan melekit macam gam.
3. Masukkan kekacang dan buah lain dalam campuran tadi hingga campuran pekatdan masak. Tambah gula dan garam ikut rasa. Bubur yang masak ialah pekat,berkilat dan berwarna keperangan.
4. Masukkan dalam bekas yang leper seperti dulang . Ratakan dan biarkan sejuk.Bubur ini akan mengeras dan boleh dipotong macam puding. |