Kelibat penyanyi Lana Del Rey bekerja di sebuah restoran menjual wafel mengejutkan peminat sebaik beberapa fotonya tersebar dalam media sosial.
Dalam foto itu, seragam berwarna biru dipakai penyanyi berusia 38 tahun berkenaan tertera tanda nama ‘Lana’ pada uniformnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/101943bn1a193sqwo15193.jpg) UNILAD/Twitter @honeymounz
Difahamkan, restoran tempat penyanyi yang popular menerusi lagu Violet Bent Backwards Over the Grass itu bekerja terletak di Florence, Alabama, Amerika Syarikat.
Beberapa pengunjung yang pernah ke restoran tersebut turut mengakui bahawa pelayan yang bekerja di situ adalah Lana Del Rey, walaupun bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun, sejak foto tersebut tersebar pada 20 Julai lalu, penyanyi itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat masih bekerja di restoran sama.
Sumber: Kosmo |