CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2755|Reply: 0

Taufan Khanun badai sebahagian Jepun

[Copy link]
Post time 9-8-2023 08:43 PM | Show all posts |Read mode

INDIVIDU berjalan ketika hujan lebat dan angin disebabkan oleh Taufan Khanun, di Kagoshima, Jepun. FOTO Kyodo/ Reuters

Istanbul: Taufan Khanun melanda wilayah Kagoshima dan Kumamoto di barat daya Jepun pada Rabu dan kini bergerak ke arah utara, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar tempatan NHK.

Pegawai kaji cuaca memberi amaran tentang kejadian tanah runtuh, banjir, limpahan sungai, dan angin kencang, manakala hujan lebat dijangka melanda wilayah yang dilanda taufan.

Kira-kira 350 penerbangan yang beroperasi antara wilayah Miyazaki dan Kagoshima di pulau Kyushu dan wilayah lain dibatalkan akibat taufan berkenaan, Sputnik memetik laporan media Jepun pada Rabu.

Pada masa ini, Taufan Khanun bergerak dari barat daya Kyushu ke barat laut.

Akibat angin kencang dan hujan lebat, sekitar 15,000 isi rumah di Kagoshima dan kira-kira 2,600 isi rumah di Miyazaki terputus bekalan elektrik, menurut penyiar NHK.

Taburan hujan sehingga 300 milimeter (satu kaki) dijangka melanda pulau Kyushu dalam tempoh 24 jam, menurut laporan itu.

Hujan lebat juga dijangka melanda pulau Shikoku, serta wilayah Tokai dan Kinki.

Taufan itu juga menjejaskan wilayah Nagasaki. Hampir 35,000 penduduk bandar Goto dan 2,200 penduduk kampung Ojika menerima arahan pemindahan susulan taufan itu.\


Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 4:04pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.303275 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list