CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 0

Penduduk Nagorno-Karabakh berdepan 'malapetaka' akibat sekatan Azerbaijan

[Copy link]
Post time 17-8-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
  
Gambar fail) Seorang penduduk di wilayah Nagorno-Karabakh membawa bekalan roti. - FOTO REUTERS


TBILISI: Sekatan dikenakan Azerbaijan ke atas Nagorno-Karabakh yang berlarutan sejak sembilan bulan lalu, menyebabkan penduduk wilayah itu semakin sukar mendapat akses kepada makanan, ubat-ubatan dan bekalan penting yang lain.

Isu sekatan berkenaan turut dibincangkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), semalam.

Sebelum ini, bekas ketua pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), Luis Moreno Ocampo, berkata sekatan itu berkemungkinan adalah 'genosid' atau pembunuhan beramai-ramai penduduk tempatan Armenia di Karabakh, yang mana ia didakwa bertujuan menyebabkan mereka kebuluran.

Bagaimanapun peguam, Rodney Dixon yang dilantik oleh Azerbaijan untuk menilai pandangan Ocampo itu menyifatkannya sebagai amat jelas tidak tepat serta tidak berasas.

Karabakh diiktiraf antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan, namun sebahagian besar populasinya yang berjumlah kira-kira 120,000 penduduk adalah etnik Armenia.



Penduduk Karabakh mendakwa mereka kini hampir kehabisan bekalan makanan asas, bahan api dan ubat-ubatan.

Guru Bahasa Inggeris, Nina Shahverdyan, 23, mengaku dirinya sudah lama tidak dapat menikmati hasil tenusu atau telur.

"Ia adalah satu keadaan malapetaka, malah kami juga tidak mempunyai bekalan gas dan mengalami gangguan elektrik," katanya melalui panggilan video dengan Reuters dari ibu kota wilayah itu, yang dipanggil Stepanakert oleh penduduk tempatan Armenia.

Selain itu, penduduk memaklumkan bahawa mereka hanya dapat makan hasil keluaran tempatan, namun bekalan terbabit cuma dihantar sekali sekala ke Stepanakert berikutan petani kekurangan bahan api untuk pengangkutan membawanya ke pasar.

Rakaman gambar sejak beberapa minggu lalu menunjukkan rak jualan di pasar raya sekitar Stepanakert hanya mempunyai sedikit atau langsung tiada barangan.

Jurugambar, Ani Balayan, berkata beliau bersama keluarga hanya dapat mengisi perut dengan roti, tomato, timun dan tembikai yang masih ada dalam pasaran buat masa ini di Stepanakert.

"Bagaimanapun, saya pernah tidur kelaparan selama beberapa hari kerana tidak jumpa roti untuk dibeli," katanya.

Pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Edem Wosornu semalam memberitahu UNSC bahawa penghantaran bantuan kemanusiaan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mesti dibenarkan kembali beroperasi melalui mana-mana laluan yang ada.

"ICRC sedang berusaha sedaya upaya tetapi sebagai sebuah organisasi tunggal, ia hanya dapat menampung keperluan yang paling mendesak.

"Bantuan kemanusiaan lain yang saksama juga mesti dibenarkan untuk sampai kepada orang awam yang memerlukannya, dan penyelesaian mampan harus dicari bagi transit penduduk serta barangan secara selamat dan tetap," katanya.

Semalam, Menteri Luar Armenia, Ararat Mirzoyan, membincangkan situasi di Karabakh dengan rakan sejawat dari Russia, Sergei Lavrov, dengan menekankan keperluan untuk mengelak berlakunya 'bencana kemanusiaan', lapor agensi berita TASS. - REUTERS

sumber : Ogos 17, 2023 @ 11:09am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 121193 Replies : 3405
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27247 Replies : 23
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21394 Replies : 42
Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?
YgBenarRamai antara pesakit diebetes yang mengi
Views : 3128 Replies : 6
Miss Universe Malaysia 2024
fadz84Miss Universe Malaysia 2024
Views : 49040 Replies : 167
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39628 Replies : 618
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97409 Replies : 5163
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 28772 Replies : 3
CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,kesan boikot
YgBenarCEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,ke
Views : 42775 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56084 Replies : 508

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043039 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list