View: 6026|Reply: 72
|
"Punya La Luas Lagi Kiri Tu, Nak Jugak Masuk Lorong Kereta," Dua Penunggang Basikal Dirempuh Dari Belakang
[Copy link]
|
|
Dua penunggang basikal dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang ketika menunggang di lebuh raya berhampiran Kota Warisan, Sepang, Selangor pada Ahad.
Ketika kejadian, penunggang terbabit dilihat bergerak secara berkumpulan dengan beberapa lagi individu lain turut berada bersebelahan mereka.
Namun, perbuatan mereka yang menunggang di lorong kiri lebuh raya itu membawa padah apabila dilanggar seorang pemandu yang dipercayai tidak perasan akan kelibat kumpulan tersebut.
Klip mengenai insiden tersebut dipercayai berlaku pada 7 pagi Isnin sebelum mula tular sejak Selasa.
Meskipun dilihat mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut, penunggang terbabit tetap dikecam warganet yang menganggap perbuatan menunggang di lebuh raya adalah satu kesalahan.
Malah, ada juga yang menganggap bahawa kejadian kemalangan itu adalah sesuatu yang melucukan.
"unya la luas lagi kiri tu, nak jugak masuk lorong kereta," ujar Kazuya Mishima.
"Akal tinggal dalam bonet kereta masa ride basikal," tulis Perap Abah.
Namun, terdapat netizen turut menyelar sikap pemandu kenderaan terlibat kerana tidak lebih peka selepas melihat kehadiran kumpulan penunggang basikal berkenaan.
"Salah tu tetap salah, tapi cara nak mengajar tu tak kena tempat. Nasib tak ada yang hilang nyawa," ujar Farhana Rosli.
"Cuba keluarga dia yang kena langgar dan orang gelakkan," kata Zaimy Zainal.
Setakat laporan ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan polis berhubung kejadian tersebut. -CARI
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kes pemandu keta leka main hp.
Tak pon lalai day dreaming semasa memandu.
Mustahil ko tak nampak punyala ramai orang2 berbasikal.
Yg berbasikal pon mengong, jalan sikit punya besar, ketepi la paling kiri kalau ada ruang.
Ini dah la berbasikal, makan jalan pulok tu,
ingat bapak dia punya jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk la nak berbasikal tgh rush hour. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa puas hati pulak nengoknya, basikal tu pun, lalu lah tepi tu, sebaris, jangan buat 2 baris |
|
|
|
|
|
|
|
itu lum lg masalah rider ngn beskal ni msk ke jln pejalan kaki lg?? Semua 'drng punya jln'.kapla hotak drng! |
|
|
|
|
|
|
|
gedik betul nak berbasikal time org tengah busy kalut nak gi keje. dahla lalu jalan besar. mcm takde jalan kecik ko nak lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi2 buta orang sibuk nak pergi kerja kau sibuk nak berbasikal kat highway. Mana orang tak menyumpah. Kalau kau kaya sangat, kau sewa highway tu untuk kau berbasikal sampai lebam. Ini dah la basikal kau tu tak bayar cukai jalan, sibuk nak berbasikal tengah2 highway. Kalau kena sodok dek lori mula la waris buat sepanduk justice bagai, mintak pampasan. |
|
|
|
|
|
|
|
i pun tergelak jugak tengok video ni..
kesian ada juga tapi kelakar lagi banyak..
padan muka la kan..
nak berbasikal cari tempat rekreasi yang boleh berbasikal..
nijam banyak je taman yang boleh berbasikal..
ini jalan raya yang penuh kereta lori motor tu jugak kau nak sibuk..
apa, nak tunjuk basikal kau mahal dari lori ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati dan gembira aku tengok kena sondol. Kalau kena gilis dengan treler lagi bagus. Mangkuk2 ni kalau berbasikal jalan kampung puj buat perangai macam ni. Dah la jalan sempit dan bengkang bengkok, kau bawak basikal tengah jalan sampai jem panjang di belakang. Macam mana lori dan kereta nak potong basikal dengan keadaan jalan macam tu. Menyusahkan orang geng2 berbasikal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan area tu sempit, sibuk n ribut.. nak naik basikal bukan situ tempatnye... |
|
|
|
|
|
|
|
maybe sebab dia lebih fokus tengok kanan untuk tukar lorong kot..
sebab kereta sebelumnya pun agak susah nak tukar lorong sebab kereta banyak..
asyik tengok speed kereta belah kanan lupa tengok speed basikal belah kiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la
Hobi kami Mahal..
MCM taman iols.le
Kat Jalan orang nak gi keje..time tu la ko nak berbasikal
Padahal.ada je kat belakang rumah iols neh Bukit mmg Jalan jarang orang Guna...lagi syok
Tapi mana.boleh..orang tak.nampak
Kena tunggang depan orang ramai...
Iols hon aje.kalau.puak2 basikal.ni.halang.jalan iols... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm sengaja ja langgar... Punyela bagakkk depa semue... Dari jauh dh boleh nampakk sebenarnye...
Tp adan muke depa..belah laluan motosikal tu kan ade ruang tuk berbasikal... Nape nk myibuk ke tgh jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Lenyek aje basikal diorang nih. Naik basikal macam takde otak lalu kawasan sibuk. Siapa bekap pembasikal bangang macam ni aku doakan dia rasa sembelit, tapi taik taknak keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Naik basikal ada 2 kategori, 1 hobi kami mahal 1 lg bangla pg kerja. Dua2 x blh pakai....klau dkt trafic light merah diorg berhenti dkt sblh kiri dpn keta kita, bila lampu hijau tup2 terus pancung masuk right turn dah la naik basikal terkial2 ramai plk tu nk bagi lepas .....keta blkg plk asyik hon suh cpt ....mmg hawau |
|
|
|
|
|
|
|
ala, iols mcm rasa kelakar dan puas hati plak kena langgar tu. sorry, mcm kejam tp kalau pernah kena dgn geng2 hobi kami mahal ni, tau lah mcm mana perasaan dia. nak tggu boleh turn potong depa tu, jenuhhhh. tu belum spesis yg main sailang jer tukar lane masa traffic lite tgh hijau and kereta dah sedia nak gerak kan. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 30-8-2023 11:31 AM
maybe sebab dia lebih fokus tengok kanan untuk tukar lorong kot..
sebab kereta sebelumnya pun agak ...
Boleh jadi jugak tu walau pun nampak macam saje langgar. |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 salah....
basikal pada aku, dia sepatutnya duduk 1 lane..tapi, bila tgk lokasi tu, basikal ni nak elak dari cat putih atas jalan tu...dia nak himpit terus bahaya..
kereta pulak, memang jelas sengaja or x perasan sebab leka..tak sepatutnya dia langgar..memang masuk dalam lokap la yg bawak kereta ni..
forumer yg sokong kata biar basikal ni mampos kene gelek...korang tunggu la masa korang kena langar nti..baru ada akai...
|
|
|
|
|
|
|
|
kat tmpt i neh yg jenis masuk roundabout tgh byk kereta pagi2 org nak p kerja anto anak sek ehhh dia pun nak jugakkk join sekaki. kita ni kdg2 masuk roundabout tu alert ke moto skali tekan minyak tettt mai brenti kat tepi depan kete, kalau terlebih tekan minyak mmg sodok la rider tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|