View: 15620|Reply: 3
|
[Tempatan]
'Fikirkan keselamatan, fikirkan keluarga di rumah'
[Copy link]
|
|
'Fikirkan keselamatan, fikirkan keluarga di rumah'
ANGGOTA JPJ memeriksa penunggang motosikal dalam operasi bersepadu motorsikal di Plaza Tol Sentul Pasar. FOTO Hazreen Mohamad
Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal sanggup menggadai nyawa menunggang melawan arus hanya untuk mengelak daripada ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, hari ini.
Tinjauan Harian Metro yang mengikuti Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di laluan di motosikal plaza tol berkenaan mendapati beberapa penunggang terbabit bertindak agresif dan enggan berhenti ketika ditahan.
Malah ada antara penunggang motosikal yang bertindak agresif walaupun membonceng kanak-kanak berpakaian sekolah hanya untuk mengelak pemeriksaan.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, tindakan semberono itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah berisiko kepada pengguna jalan raya lain.
"(Mereka) yang (menunggang motosikal) melawan arus ini kebanyakan tiada lesen atau cukai jalan (tamat tempoh). Kesalahan ini (dalam tempoh) 15 hari pertama, kompaun hanya RM100 sahaja.
"Nyawa itu tidak boleh ditukar ganti dengan nilai kompaun malah merisikokan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Jadi saya nasihatkan mereka ini fikirkan keselamatan diri dan fikirkan keluarga di rumah," katanya pada sidang media di lokasi operasi di sini hari ini.
Operasi bermula 4 petang itu turut membabitkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 3,215 motosikal diperiksa dan 343 diambil tindakan dalam operasi selama tiga jam itu.
"Sebanyak 19 motosikal telah disita selain 511 saman dikeluarkan. Tiada lesen kesalahan paling tinggi iaitu 220 kes diikuti cukai jalan (103) dan insurans (98)," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-keluarga-di-rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Roblok jpj ni 1 Malaysia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by apam at 28-9-2023 06:12 PM
Lori yg byk sondol org, moto yg kena tahan. Bila maslah nak selesai? Moto merhain bawahan, lori tokey besar punya kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|