CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2355|Reply: 0

[Tempatan] Anak kita duduk 'Kolumpo' tak sokong BN jangan suruh balik, kata Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:19 AM | Show all posts |Read mode
'Anak kita duduk 'Kolumpo' tak sokong BN jangan suruh balik'

https://www.malaysiakini.com/news/680803

Hariz Mohd
Diterbitkan:  Sep 28, 2023 10:15 AM⋅
Dikemaskini: 10:15 AM



Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail memberitahu penyokong BN di DUN Pelangai supaya menasihatkan anak-anak mereka yang tidak menetap di kawasan itu agar tidak pulang mengundi jika tidak menyokong BN.

Menteri Besar Pahang itu berkata, adalah lebih baik pengundi yang menetap di Pelangai sendiri memilih wakil rakyat mereka.

"Anak-anak kita yang berada di luar kalau dia tak bersama dengan kita tidak payah suruh balik. Biar duduk di kolumpo (Kuala Lumpur) je. Mengaco (mengacau) je. Biar kita je yang menguruskan kampung halaman kita," katanya dalam ceramah di hadapan kira-kira 300 orang yang hadir.

Bagaimanapun, Wan Rosdy kemudiannya memberitahu pemberita bahawa dia hanya berseloroh.

Wan Rosdy berucap pada program 'Sembang Santai' yang merupakan sebahagian daripada program kempen bagi calon BN di DUN Pelangai, Amizar Abu Adam.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Wan Rosdy menjelaskan dia tidak bermaksud untuk memberitahu pengundi luar supaya tidak balik mengundi pada 7 Okt ini.

"Yang tu seloroh je. Maknanya kita harap mereka balik dan menyokong kitalah. Tapi macam saya kata kalau tak mengundi tak payah balik tu saya seloroh je la.

"Sebab tengok ada yang mengantuk tadi jadi saya selorohlah sikit. Don't take it too serious (Jangan ambil serius sangat),” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Rosdy turut menempelak PAS kerana mendakwa Pahang akan menjadi negeri sekular.

Sebaliknya, dia menyifatkan Pahang lebih Islamik berbanding negeri-negeri yang dikuasai PAS.

Ini katanya, terbukti daripada inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri termasuk membina sebuah universiti Islam dan 24 sekolah Tahfiz di negeri ini.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri juga menghantar pelajar mengikuti pengajian Islam di Universiti Al-Azhar di Kaherah, selain telah menggubal enakmen anti-murtad.

"(Jadi) Apa tak Islamnya? Saya ingat Pahang ni lebih Islam dari negeri yang mereka perintah," ujarnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075369 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list