Susulan luahan hati Nur Sajat mengenai kesihatan bapanya, netizen kemudian membuat tanggapan bahawa Mustika yang juga adik kepada usahawan tersebut mengabaikan tanggungjawab menjaga orang tua mereka.
Tidak berdiam diri, Mustika menerusi video yang dimuat naik di TikTok melampiaskan rasa tidak puas hati dengan netizen yang menuduh dirinya tidak menyediakan keperluan seperti kerusi roda bagi memudahkan aktiviti harian bapanya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/05/160855py3gjggg1oj2j2ag.png)
"Masalahnya mana mak aku, kembar aku dan aku masa Alif ni datang ha?
"Tak pasal-pasal aku kene fitnah lagi. Habis tu bapak aku selama ini memang tak berkerusi roda ke?
"Alif tu, laki orang mati pun nak record!" katanya.
Mustika turut menunjukkan bukti kerusi roda yang digunakan bapanya sebelum menerima kerusi roda baharu daripada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat meskipun sedang menetap di Australia, Sajat merupakan anak yang jauh lebih baik dan mengambil berat tentang ayahnya berbanding Mustika yang sememangnya berada di Malaysia bersama keluarga.
Terdahalu, Sajat menerusi sesi siaran langsung di TikTok dilihat gagal menahan air mata selepas mendapat berita kesihatan bapanya yang tidak berapa baik dan menyatakan hasratnya untuk membelikan kerusi roda yang baharu.
Tidak lama selepas itu, sahabat baik kepada Sajat, Alif Syukri menawarkan diri untuk membantu membelikan kerusi roda yang baharu buat bapanya.
Sumber: Oh Bulan
|