CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50778|Reply: 232

SAMARINDA : SAMSON & DELAILA

  [Copy link]
Post time 25-1-2011 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 29-3-2011 23:16

Cuba google dan search di forum...cam tak jumpa jerr....

lakonan Fasha Sandha kan...siapa ada info?


sila merge kalau dah ada....tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 09:52 PM | Show all posts
Fasha selalu digandingkan dgn ady putra kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 08:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by seribulan at 26-1-2011 07:31

tepek...


OST Samson dan Delaila Samarinda Tv3 January 25th, 2011  nurizspace




Drama Samarinda Samson Delaila malam ni, lakonan Fasha Sandha dan Ady Putra, mereka digandingkan lagi dalam drama ni selepas drama Chinta dulu. Ni lirik lagu OST drama Samson dan Delaila , nyanyian Black lagu bertajuk Sofea Jane. Memang sedap lagu ni, vokal Black tak dinafikan memang best kan.


Sofea Jane


Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti


Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Chorus 2X


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 08:28 AM | Show all posts
Samarinda Samson Delaila di Tv3 January 21st, 2011  nurizspace


Pernah baca kan kisah cinta lagenda, mcm Romeo dan Juliet, atau cerita Nabi Adam dan Hawa atau Nabi Yusuf dan Zulaikha, cerita Samson dan Delaila jugak antara kisah cinta popular dan diceritakan sejak sebelum kelahiran Nabi Muhamad s.a.w lagi. Kerana cinta manusia tu sanggup buat apa saja, sanggup berkorban, yang takut jadi berani, yang kedekut jadi murah hati..hehe betui ke? nak belanja awek makan, mana buleh kedekut. Nak belanja baju baru , topup sms lagi mana buleh kedekut kan.. kan?? lautan api sanggup kurenangi inikan pulak topup..haha!! Kerana cinta jugak manusia jadi lemah dan lupa bak kata orang, bila dah jatuh cinta jadi angau, makan tak lalu, tidur tak cukup. Lagi satu, kerana cinta jugak orang sanggup ketepikan kata mak ayah, tu yang jadi ke lari ikut boifren.

Ok berbalik pada cerita cinta Samson Delaila yang bakal ditayangkan di slot Samarinda tv3tak lama lagi,  pengarahnya Raja Ahmad Alaudin, penulis skrip Azlina Pak Wan yg tulis skrip untuk drama Chinta. Kali ni Fasha Sandha dan Ady Putra lagi digandingkan bersama, wah!! ada chemistry ni depa berdua ni, sapa yang seronok tengokFasha dan Ady Putraberlakon dlm Chinta boleh le tengok lagi depa bercinta dalam Samson Delaila. Kisah cinta Samson dan Delaila pernah difilemkan oleh Barat dan banyak versi.

Fasha dan Ady Putra


Kisah Samson dan Delaila ni yang  diceritakan oleh Nabi Muhamad s.a.w kepada para sahabat lebih kurang begini le yang Nuriz baca..
Samson atau  Nabi bernama Sam’un Ghozi as dari Bani Israil. Sam’un ada mukjizat boleh melembutkan besi dan boleh meruntuhkan istana. Sam’un dulunya berperang melawan kaum kafir dan Raja Israil dengan kekuatan yang dikurniakan Allah padanya. Hingga Raja Israil ni tak dapat melawan Sam’un, oleh tu dia pun umumkan le pada sesiapa yang boleh kalahkan Sam’un ni dia nak bagi le hadiah emas dan permata yang berlimpah limpah.

Sam’un ni rupanya telah jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Delaila, banyak versi sangat, dalam versi lain Delaila ni digambarkan seorang perempuan yang agak jahat atau pelacur. Mungkin dalam ceritaSamarinda Samson Delaila yang bakal ditayangkan di Tv3 dengan 20 episod ni, Fasha Sandha akan jadi Delaila yang liar dan banyak tipu muslihat atau jadi pelacur lagi mcm dulu yang  jatuh cinta dengan Samson lakonan Ady Putra kot.

Berbalik kepada cerita Nabi Sam’un as tadi, Sam’un pun berkahwin dengan Delailatapi Delaila ni telah mengkhinat cinta mereka, dan telah menipu suaminya sendiri. Begitu tragik kan kisah ni. Mungkin kerana nak kaya Delaila sanggup buat macam tu kat Sam’un. Dalam versi lain,Delailani telah diupah oleh Raja Israil dengan wang yang banyak untuk mencuri segala rahsia Sam’un. Oleh sebab Sam’un ni terlalu sayangkan isterinyaDelaila, dia ceritakan segala rahsia mukjizat dan kekuatan dia pada Delaila, ye la kan dah jadi isteri, semua rahsia dikongsi bersama sebab tak terlintas di fikiran isteri dia yang nampak baik boleh berubah hati atau ada niat jahat. Mukjizat Sam’un ni terletak kat rambut dia, kalau dicukur baru le mukjizat dia hilang. Jadi dia pesan kat Delaila kalau nak lemahkan dia maka cukurlah rambut dia. Dalam cerita Nabi, Delaila telah cukur rambut Sam’un as semasa dia tidur dan mengikat Sam’un dengan rambut tu dan dibawa ke istana Raja Israil dan dia diseksa di sana.

Digambarkan jugak Sam’un atau Samson ni ialah lelaki yang berkuasa dalam pada masa yang sama dia lemah dengan godaan dan kerana cinta kepada wanita bernama Deliala yang paling dicintainya dia sanggup buat apa saja.

Setelah Sam’un dibawa ke istana, dia diseksa dengan kejam sekali, mata dia dibutakan dan dicungkil dan diperlihatkan kepada semua orang di istana Raja Israil. Nabi Sam’un Ghozias berdo’a kepada Allah SWT. Beliau berdo’a  kemudian memohon pertolongan atas kebesaran Allah. Do’a Nabi Sam’un Ghozi as dikabulkan dan istana raja bersama seluruh masyarakatnya hancur beserta isteri dan para kerabat yang menghianatinya. Kemudian nabi bersumpah kepada Allah SWT akan menebus semua dosanya dengan berjuang menumpas semua  kekufuran selama 1000 bulan tanpa henti.

Ok mcm tu le lebih kurang cerita lagenda Samson Delaila , sinopsis drama ni belum jumpa, nanti dupdate lagi. Tak sabaq rasa nak tunggu cerita ni kat tv3 ni teruja jugak le kan dengan kisah cinta lagenda ni..heheh!! Mungkin lepas drama Ayoub habis tv3 ganti dengan cerita baru ni.

Pelakon utama Samson Delaila: Fasha Sandha dan Ady Putra.

Pengarah : Raja Ahmad Alaudin

Penulis skrip: Azlina Pak Wan

Pelakon lain, Dato Jalaluddin Hassan, Rosnah Johari, Ako Musatafa, Azhar Sulaiman, dan Intan Azura


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:27 AM | Show all posts
adeh,asek jd jahat je pasha neh.tu yg org asik dok pandang die jahat ajek

n watak tu same mcm watak ala2 chinta je,jahat n pelacur?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 12:53 PM | Show all posts
smlm dh tayang...x tgk pun lgi..spe2 yg dh tgk tu komen2 la sket..best ke idak...
klu best ak nk try tgk..tgk sal ada ady putra je..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2011 08:46 AM | Show all posts
boleh laaaa,watak fasha kecik lg ady putra pun x de lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:42 AM | Show all posts
Adi Putra makin ensem la plak dlm citer ni...tak sabo nk tunggu Delaila beso.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 06:49 PM | Show all posts
x tgk lak cte ni...best ke uols??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 07:06 PM | Show all posts
best..masa ni Intan Azura menyerlah wataknya dgn pompuan simpanan laki dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 10:20 PM | Show all posts
ako mustapha merosakkn mood aku,,,
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 11:37 PM | Show all posts
watak intan azura dgn azhar sulaiman kejap je..episod hari ni dah meninggal..huhu..dah agak dah diorang mati sbb kene bunuh..bukan pasal excident.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 09:48 AM | Show all posts
yg jd delaila remaja 2 pompuan yg belakon snow white versi melayu 2 ke?not bad gak jd kaki buli...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 10:26 AM | Show all posts
Reply 13# sue87

a'ah sue..yg berlakon jd snow white version melayu tu..
budak yg jadi ako masa remaja tu cam nak sama muka dgn ako kan? pandai diorang pilih muka nk seiras
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 10:46 AM | Show all posts
best..masa ni Intan Azura menyerlah wataknya dgn pompuan simpanan laki dia tu...
seribulan Post at 27-1-2011 19:06


Watak Intan Azura tu macam menarik tapi dimatikan pulak .. Jasmin Hamid jadi Zaleha waktu tua ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 11:17 AM | Show all posts
aku ingat kan zaleha da menikah ngan kamal pas bini die mati rupanye tak...kesian kamil..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 02:20 PM | Show all posts
patut ramai pelakon chinta sbb penulis yg sama
mungkin penulis yg nak diorg digandingkan lagi sbb dulu pon nampak serasi je
for me stakat ni best gakla citer ni
aku harap delaila dan kamil xjadi jahat cam bapak diorg bila besar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 04:38 PM | Show all posts
mgkn delaila 2 besar nnt jd liar kot coz mse remaja nie pon bukan main la...siap plan nk kawin lg...spm pon x pass lg...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 04:39 PM | Show all posts
jalaluddin hasan 2 nanti jd kamal ble tua ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 04:31 PM | Show all posts
intan azura tu da kawen ker? naper bdn dia nmpk berisi sgt?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.064420 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list