CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3705|Reply: 9

Azal Nak Kahwin, Zarina Zainuddin Dah Rujuk Ustaz, Jumpa Bakal Besan Tahun Depan

[Copy link]
Post time 26-10-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan sudah mendapat nasihat pakar sebelum memberikan lampu hijau untuk anak bujangnya, Azal untuk mendirikan rumah tangga.


Kata Zarina, walaupun anaknya menghidap autisme namun Azal dalam kategori individu yang faham akan maksud perkahwinan.






“Saya juga sudah merujuk ustaz dan dia kata boleh untuk Azal berkahwin kerana dia dalam kategori budak yang faham.


“Sekarang pun dia bekerja di Singapura dan saya sengaja tinggalkan dia berniaga di sana supaya boleh berdikari,” tuturnya.


Zarina turut mengesahkan Azal mahu membawa perhubungan dengan wanita asal Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah ke fasa lebih serius iaitu perkahwinan.


Bagaimanapun, memahami keadaan puteranya yang juga anak istimewa membuatkan aktres tersebut meminta Rahmah tidak terburu-buru menerima Azal atau nama lengkapnya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan sebagai teman hidup.






“Ada perancangan untuk jumpa keluarga perempuan. Azal kata mungkin tahun hadapan, saya cuma bagi masa.


“Saya mahu Rahmah terima Azal seadanya. Tidak mahu paksa-paksa, kalau tidak suka, tiada masalah.


“Saya boleh jaga anak saya tetapi kalau suka, boleh teruskan,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Women Talk, baru-baru ini.


Dalam masa sama, Zarina sudah mempersiapkan Rahmah cara untuk menjaga anak lelakinya selain memantau setiap tindakan mereka.






“Saya ada cuba ajar Rahmah dengan cara saya dan sepanjang Azal bersama Rahmah, dia sangat ‘gentleman’.


“Cuma sebagai ibu, saya belum bersedia melepaskan dia 100 peratus.


“Saya bagi mereka masa kerana masing-masing akan memulakan kehidupan baru bersama-sama,” kongsinya lagi.


Baru-baru ini Zarina mendedahkan Azal sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja di Singapura.


Mereka rapat selepas sama-sama terbabit dengan beberapa ekspo perniagaan di republik berkenaan, namun belum ke peringkat lebih serius iaitu perkahwinan.


Selain Azal, Zarina dan suaminya Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar turut dikurniakan Muhammad Razil Azrai yang juga kembar Azal serta Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai.


Kedua-dua kembar terbabit disahkan autisme, tetapi Azal dikategorikan berada pada tahap sederhana dan mampu menguruskan diri sendiri serta boleh bekerja seperti biasa.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 12:50 PM | Show all posts
dari air muka tu.. ayat yg sesuai is

= seriously??
= whatever...
= omg...


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 01:32 PM | Show all posts
takpa. mak bole jaga azil .. sebab azal rahmah dah jaga
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 07:15 PM | Show all posts
Still unacceptable.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 07:15 PM | Show all posts

Tengokkan aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak mendoakan tpi dibuatnya nanti klau dapat anak
Anak pun autisme mcm bapak..dah bertambah masalah nak dihadap.
Boleh ku bayang betapa perit getir nya hidup menghadap suami n anak autisme.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanya ustaz mmg la no problem pasal bukan kawen dgn anak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 03:04 PM | Show all posts
Takziah kepada bakal menantu yang akan di hempuk dan smackdown seperti maknya... jangan lupa rakam dan upload sesi hempuk menhempuk sambil promot pulut rendang secoet harga zionis tu...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:09 PM | Show all posts
ya rabi pompuan ni dah pikir abis ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.511984 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list