CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2988|Reply: 0

Noorkhiriah Luah Rasa Kecewa Ada Pihak Main Tarik Tali Tawar Lakonan

[Copy link]
Post time 3-11-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon senior, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak seolah-olah bermain tarik tali dengannya dalam urusan tawaran lakonan.


Berkongsi perkara itu menerusi Instagram, Noorkhiriah sedar kemungkinan dia tidak lagi dilihat relevan dalam industri sehingga menyebabkan individu terbabit bertindak menyekat rezekinya untuk berlakon.






“Itulah kehidupan. Allah SWT itu Maha Baik. Maka pada kita yang bergelar manusia perlu juga baik. Andai tak suka, jujur saja walaupun kejujuran itu sakit.


“Cakap sajalah ‘Noorkhiriah awak dah tak relevan dalam industri’. Jangan main tarik tali. Terima kasih Allah atas kasih sayang. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Saya percaya, sabar itu mahal,”katanya.


Menerusinya, pelakon ini menganggap tulisan yang dimuat naik tersebut sebagai satu luahan hati selain turut menasihati mana-mana individu yang berhasrat menjadikan dunia seni sebagai kerjaya supaya berfikir masak-masak sebelum menceburi bidang ini.


“Mana tahu, jika ada adik-adik yang nak jadi artis, bagi saya boleh. Tetapi, fikirlah masak-masak sebab pengakhiran anak seni ini tidak semanis yang disangka melainkan awak lahir-lahir atas duit dan masuk industri sekadar angin lalu, dah meletup, chow.






“Tapi serius, saya sendiri tak sangka kehidupan anak snei macam ini. Sangka saya, tak ada pahit, kelat, masin, tetapi ada rupanya. Namun, bila fikir semula, Allah sudah bagi nikmat itu dah banyak dan sudah lama pada saya,”katanya.


Menurut Norkhiriah lagi, kejayaan merangkul anugerah juga bukan satu jaminan buat artis atau pelakon tersebut untuk terus berada dalam industri sepanjang hayat.


“Walaupun ini bukan zaman saya lagi, tetapi, tak akanlah tak ada ruang walau sebesar biji untuk saya? Agak lama saya berehat, cuma adalah juga rezeki manja-manja.Alhamdulillah.


“Cuma, bila fikir balik, iyalah, rezeki itu hak Allah, saya jadi tenang semula. Lepas itu, fikir lagi, sudah nama pun manusia. Anugerah? Tidak menjamin adanya tawaran. Kadang-kadang ‘jobless’.


“Maka, jika rindu nak tengok lakonan saya, tengok sajalah siaran ulangan. Jika ulangan pun tiada, anggaplah saya tak pernah wujud,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.042533 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list