CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2904|Reply: 2

Farah Ahmad Tak Pernah Doa Minta Jodoh, Sentiasa Rindu Arwah Suami

[Copy link]
Post time 3-11-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Farah Ahmad, 46, dedah hubungannya dengan ibu mentua, Datuk Fauziah Nawi bertambah akrab selepas pemergian suaminya, Allahyarham Pitt Hanif, empat tahun lalu.


Farah berkata, Allahyarham suaminya juga beruntung kerana Tuhan menjemputnya ketika dia masih memiliki ibu yang masih hidup kerana dapat mendoakan kesejahteraannya di alam barzakh.


Foto: IG




"Kebiasaannya apabila suami meninggal dunia, putuslah hubungan antara menantu dan mentua, tapi situasi itu tak berlaku kepada saya.


"Alhamdulillah hubungan kami semakin rapat selepas pemergian suami. Mungkin juga kami ada syarikat produksi bersama. Jadi, ia menambahkan kasih sayang antara kami berdua.


  



"Malah ibu juga lebih penyayang, lebih-lebih lagi terhadap cucu-cucunya. Ibu pantang kalau ada orang cuba mengganggu cucunya, dia akan 'serang' dulu.




  



"Saya nampak kehilangan arwah menaikkan darjatnya sebagai ibu. Arwah juga bertuah kerana dia meninggal dunia ketika ibunya masih hidup dan nama arwah sentiasa terselit dalam doanya. Malah ibu juga akan bacakan surah Yasin selepas solat Subuh setiap hari tanpa gagal buat arwah," katanya.


Menurut Farah, walaupun suaminya sudah hampir empat tahun meninggal dunia, namun dia tidak pernah berfikir mengenai jodoh.




  



"Dalam doa saya tidak terlintas soal jodoh, tetapi saya berdoa untuk kekalkan kerinduan saya supaya sentiasa teringat dengan arwah.


"Nak fikir soal pengganti atau kahwin lain memang tiada. Alhamdulillah, sekarang Allah beri saya rezeki dengan lebih luas untuk anak-anak. Merekalah kekuatan saya. Kalau saya rindu dengan arwah, saya akan buka telefon dan melihat gambar dan videonya," katanya.


  



Pada 26 Oktober 2019, Pitt ditemui lemas ketika sedang memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang.


Farah dan Pitt memiliki tiga anak iaitu Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah buat arwah suami beliau. Aku suka tgk lakonan farah ni. Tp aku nak jugak ckp, senang betol nama anak2 depa ehh... ejas 1 hurup je kat depan huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 05:22 PM | Show all posts
aku penah lepak dgn gang kak farah ni
dia jenis cool ilek2 gitu....
dpt la tgk dia berlakon teater ayu cendana sama wife nya faizal hussin tu...
jenis yg sempoi gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.519219 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list