CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4845|Reply: 63

Isteri Terseksa Suami Pegang Kad Bank Dan Kawal Duit Gaji, Hanya Bagi RM10 Sehari Untuk Belanja

[Copy link]
Post time 6-11-2023 06:18 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Baru setahun kahwin, seorang isteri dah tak sanggup lagi nak hidup bersama suaminya.


“Kad bank saya dia pegang, gaji saya dia kawal, setiap hari sebelum pergi kerja dia hanya bagi RM10 buat belanja, luahnya.


Katanya, lelaki tersebut tidak adil memandangkan pendapatannya sebagai seorang pembantu tadbir di sebuah syarikat guaman dikawal oleh suami.




Gambar Hiasan




“Saya yang susah kerja sampai 10 jam sehari, gaji yang sepatutnya saya nikmati setiap bulan dikawal. Suami buat saya macam anak kecil yang tidak pandai urus duit, kalau saya nak beli apa-apa memang kena merayu bersama alasan kukuh. Kalau tidak saya memang tak diberi wang untuk belanja.


“RM10 untuk hidup di Johor Bahru tak cukup, RM10 ini juga saya kena pandai-pandai simpan untuk duit minyak motor. Saya tak faham kenapa suami saya macam ini, baru cukup setahun kami kahwin semalam (kelmarin), saya dah tak snggup lagi. Ada wanita bekerjaya lain hadapi nasib sama macam saya tak?.


“Kalau saya hanya suri rumah, saya faham. Mungkin ada limit, tapi itu duit hasil titik peluh saya sendiri,” katanya di Facebook.


Tambahnya, soal nafkah lain suaminya tidak pernah culas namun hidupnya kurang selesa dengan tindakan lelaki itu memegang kad banknya.


“Alhamdulillah untuk nafkah suami bagi, tapi tak selesa saya hidup macam ini, memang buat saya fikir untuk cerai, tapi hati masih sayang, apa perlu saya buat,” soalnya.


Di ruangan komen, ramai yang tidak setuju dengan cara suaminya memegang kad bank isteri selain mengawal penggunaan gaji wanita tersebut.


“Duit gaji isteri itu hak dia, suami tak boleh nak masuk campur, suami boleh nasihat agar wang tersebut tidak dibazirkan kepada hal tidak penting, namun suami tak boleh halang isteri guna duit gaji dia sendiri,” jelas Fatin.


“Mungkin laki (suami) dia nak pastikan simpanan isteri dia banyak, baru senang hati. Tapikan kedekut-kedekut aku, duit bini aku, aku tak kacau. Cuma duit dari aku terhad la untuk keperluan utama sahaja. Dia nak shopping (beli belah) lebih-lebih guna duit dia sendiri aku tak kisah,” kongsi Taufiq. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
X boleh guna online banking atau e-wallet ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak, ko kata nafkah lain laki tak culas
Aku assume nafkah tempat Tinggal Dan keperluan dalam rumah on point
Lagi pula ko kata ko sayang laki

Ko stay aje tak bole ke?
Ko buat kad bank lain Dan transfer ke stu online
Apa yg susahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nya? Level apa betina ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Start blk dahhhh..
Dok longgok cita krt kt bod CI.
Dasar hanat!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 6-11-2023 07:03 PM
Start blk dahhhh..
Dok longgok cita krt kt bod CI.
Dasar hanat!

Hahahahaha.. halu2 tt please boleh tak korang buat thread yang betul2 isu semasa. Plusss cerita ni dah pernah ada d bincang kat CI, cuba godek2.

Mana thread opener abe @R2D2 dia ni yang rajin update berita2 harian kat ci. Dah xde dah dia sekarang ek. Bersalin kulit kah atau dah innalillah time cobit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-11-2023 06:50 PM
Bodoh nya? Level apa betina ni

Surirumah kepam mcm aku pon rilek kulur kilir scan qr @ online trf
Pelik² aje masalah r/tgga ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, RM10 sehari mmg tak cukup, unless bawak bekal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kerja swasta kan. tk reti2 ke tukar gaji tu ke acc lain? itu pun nk tanya org.
biar ler laki ko simpan kad bank tu sampai lebam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk kata lembam elok plk kerja admin dkt law firm
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda mcm ni pun tak boleh pk sendiri..ada kerja, ada income..silalah angkat kaki
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh tu pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja law firm kan. Saman dan disown la laki sendiri. Hihihi boleh dpt staff rate. Ermmm ntah lah. Sabor je lah nokkkkk. Asal berlaki kann...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:40 PM | Show all posts
B****h
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dulu ex opismate ak mcm ni..dlm 12 yrs back.... Dia suka beli tupperware tp x bw blk sllu letak bwh meja.. Byk gile kot.. Ak tny la pasal x bw blk.. Dia ckp cabinet dia dah penuh ngn cabinet laki dia bising klu tau dia beli tupperware.. Tu psl laki dia pegang atm card dia Konon2 bini dia boros.. Yg bini pulak muka bangga.. Ak mcm ehh ko nih... Pastu ak tny bukan2 dia bg ko brp.. Dia ckp 1 ari 10hggt termasuk duit minyak moto.. Klu dia nk beli apa2.. Dia mtk kt laki dia.. Klu dia tkt laki dia bising dia Jimat2 la duit 10 hggt tu... Ak rase nk hempuk je kepala minah tu... Dia ckp dia rase rendah diri sebab dia x lawa.. Laki dia ada rupe.. Kiranya nk jg hati laki la tu.. Ak trus ckp ngn dia laki ko x hensem mn pun ko x yah rase rendah diri Sgt.. X taste langsung....
Sudahnya duit gaji dia tu laki dia yg enjoy mancing... Beli kete... Pastu bodo2 je dia percaya laki dia.. Ak rase nk hentak kepala ak kt meja
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:03 AM | Show all posts
Sorilah aku mmg x leh blah jenis laki pegang kad atm bini. Whatever it is itu duit hasil titik peluh ko. Dia boros ke tak selagi tak jejaskan belanja umah bagi aku lantak la. Ujung-ujung laki gi joli. Padan muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 05:32 AM | Show all posts
tak malu ke hubby kawal duit isteri sebegitu
org lain kebanyakaannya beri bank card dna duit gaji agar bini yg uruskan kerana dia lebih fasih bab2 keprluan rumah, holidays etc
RM10 / day boleh guna utk beli apa ye nowadays?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah dengar cerita lebih kurang sama, bini kerja, semua gaji bagi laki, then everyday laki bagi berapa tah. tapi cerita lama la. dua dua laki bini pun dah pencen agaknya.
time dengar tu aku budak lagi so just oooo gitu je la.
bila pikir balik sekarang macam sedehhnyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 7-11-2023 05:32 AM
tak malu ke hubby kawal duit isteri sebegitu
org lain kebanyakaannya beri bank card dna duit gaji ag ...

RM 10 nowadays cukup beli gula2 dengan jajan je

Wife dia ni x habis belajar pasal rumahtangga before kawen. Patut nya duit hubby duit wife, duif wife is duit wife  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:03 AM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 7-11-2023 07:04 AM

Adat Suku Melayu apa laki pegang kad bank bini?

Adat Suku Melayu Patrilineal ke?
Boleh tengok tak Rumah Adat suku itu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.076264 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list