Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.
Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.
Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.
Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."
Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."
"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.
Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.
Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.
Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.
"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."
"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.
Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.
not all Christians sambut V day ma...
kalau p ulu2 tu... eventho kristian...kalau tanya V day mana dorang tau...
V day doesnt exist in Christian's calendar pon
ustazah nie dolu2 tak blajar sejarah kut?patutnya dia buat research dulu sebelum speak in public..tak tau bezakan mana tradisi dgn pegangan agama...at least kalo tak kompom fakta, jgn la terus2 sebut agama tu..seolah2 mengatakan adat bersanding ada lah amalan muslim, sedangkan tu amalan tradisi jer
alah biar lah menda kecik je takyah nak sentap klu difikir ada benarnya gak valentine day hari buat maksiat tak kiralah melayu cina india iban kedazan dan apa kaum dalm msia nie yg tahu pasai V day nielah tp yg silapnya dalam agama semua agamalah mana yg menggalakkan maksiat cuma hri tuuu disalah tafsir bebudak sebagai hari kekasih (hari maksiat) padahal yg yg dimaksudkan adalah hari kasih pada semua org 14 feb towkey bunga, towkey hotel, towkey kondom akan mendapat durian runtuh
aku rasa niat ustazah ni baik tp tersilap dalam penyampaian fakta utk ceramah beliau. ustazah pon manusia biasa gak, tak lari dr membuat kesilapan sama ada sengaja atau pon tak...
btw, aku rs maybe ustazah nie excited bercakap sgt sampai tak terpikir ap ...
leylapple Post at 11-2-2011 15:05
kan dulu terkenal dgn ilmu cakaran hari hari mau.. nak cakar apa lagi kalau bukan kerandut tulut somi.. by the way, excited bercakap bukan bermakna ada lesen utk membantai agama org lain, lagi2 kalau public... lain la kalau sesama kita ajer...