View: 2935|Reply: 11
|
Nadhir Nasar Masih Sempat Turun Padang Bantu Misi Kemanusiaan Ke Gaza
[Copy link]
|
|
Pelakon Nadhir Nasar berbesar hati menjadi sebahagian daripada sukarelawan misi kemanusian membantu menguruskan barangan keperluan ke Gaza Palestin.
Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, berkata ini bukan kali pertama penglibatannya dalam Ops Ikhsan bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia memandangkan sebelum ini lebih selesa membantu di belakang tabir.
"Selama ini saya banyak membantu di belakang tabir tapi disebabkan semalam saya ada kelapangan kerana penggambaran habis awal jadi saya turun padang untuk membantu sekali penghantaran bantuan tersebut.
"Sebanyak 20 tan barang ke lapangan terbang El Arish Mesir malam semalam dan akan melalui sempadan Rafah ke Gaza," katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Nadhir barang keperluan yang dihantar kepada rakyat Palestin adalah seperti lampin, makanan dan ubat-ubatan yang sememangnya menjadi keperluan mereka ketika ini.
"Ini adalah kali kedua penghantaran sebenarnya... macam semalam ramai juga rakan-rakan lain yang turut serta selain saya," katanya lagi.
Dalam pada itu, Nadhir berpendapat ini adalah salah satu cara untuknya menyebarkan kesedaran mengenai peperangan yang berlaku di Palestin kepada semua pengikut media sosialnya.
Jelas Nadhir, ia sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pempengaruh dan selebriti dalam memberi kesedaran kepada orang ramai.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita tunjuk dan beri kesedaran menerusi media sosial untuk mempertahankan apa yang betul.
"Ini juga salah satu cara untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang ada media sosial tapi tidak faham apa-apa yang berlaku mengenai perkara ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Nadhir berkata dia tidak gentar sekiranya ada jenama antarabangsa yang enggan berkerjasama dengannya disebabkan kelantangan bersuara isu Palestin ini.
Bagi Nadhir, tidak salah untuk dia lantang mengenai konflik ini memandangkan Malaysia sememangnya memberi sokongan penuh kepada rakyat Palestin.
"Saya tiada rasa takut atau gentar apabila melakukan perkara ini... saya tak rasa kalau saya buat ini saya akan kehilangan tawaran dari jenama luar.
"Saya anggap rezeki itu semua daripada Tuhan dan saya cuma buat apa yang benar sahaja," luahnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya dapat menolong mcm tu.alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Mcmni kalu, acik minat balik la dgn nader. Mmg sblm ni suka pun. Lagi2 layan heols sbgai jamie dlm drama astrok tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la dik nader..senyap2 buat keja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah terbaik lah dik Nadhir |
|
|
|
|
|
|
|
Skang taste bbebudak gen z mcm nadhir ni ye.. ok noted |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas nadhir
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah......good job |
|
|
|
|
|
|
| |
|