View: 11376|Reply: 2
|
Afifah Nasir cerewet cari suami, tampan, beragama paling utama
[Copy link]
|
|
Afifah Nasir cerewet cari suami, tampan, beragama paling utama
AFIFAH berharap berjodohan dengan lelaki yang beragama tetapi berpendidikan termasuk fasih berbahasa Inggeris.
PETALING JAYA – Belum merancang untuk berkahwin meskipun sudah mempunyai teman lelaki, pelakon Afifah Nasir mengakui cerewet memilih bakal pasangan hidup.
Jelas pemilik nama lengkap Nur Afifah Md. Nasir itu, dia mengimpikan jejaka berpakej lengkap yang tampan dan mempunyai ilmu agama tinggi sebagai calon suami namun sedar tidak ramai lelaki memiliki ciri sedemikian.
“Saya benar-benar cerewet apabila bercakap tentang lelaki. Saya mahukan yang sempurna tapi mustahil.
“Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, berintelektual, tidak minum arak, tahu banyak tentang Islam dan sebagainya.
“Saya bertuah, saya pasti telah melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup sebab Allah kurniakan kepada saya lelaki sebegitu, tetapi hakikatnya hanya 10 peratus yang macam tu (ciri lelaki), susah nak jumpa,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Insta Story.
Dalam hantaran sama, aktres berusia 30 tahun itu turut berpesan kepada kaum Adam agar sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa menghargai golongan wanita.
“Apa yang boleh saya katakan, selamat berjaya untuk wanita di luar sana dalam mencari pasangan hidup.
“Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu,
“Hargai kami sebagai wanita. Tahu betapa tingginya nilai seorang perempuan. Anggap dan layan kami seperti permata maka insha-Allah kalian akan menemui wanita yang baik,” katanya panjang lebar.
Terdahulu, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu tampil mendedahkan wajah teman lelakinya yang bernama Syed Hariz menerusi sebuah perkongsian dalam TikTok baru-baru ini.
Enggan mengulas lanjut, Afifah seolah menyimpan kemas identiti dan latar belakang jejaka yang kini merajai hatinya. Dia juga belum sedia bercerita tentang perancangan menamatkan zaman bujang. – KOSMO! ONLINE.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... agama-paling-utama/
|
|
|
|
|
|
|
|
semua bf sheolls mmg helok la |
|
|
|
|
|
|
| |
|