CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3246|Reply: 13

Terjatuh Lepas Bergesel Dengan Motor Lain, Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti

[Copy link]
Post time 14-11-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Beto Kusyairy terbabit dalam kemalangan semasa menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak.


Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam, jentera ditunggang bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu terjatuh selepas bergesel dengan motosikal lain yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.


Foto: IG






Insiden tersebut dikongsi pengurus vokalis Wings Datuk Awie, Shahrul Nizan Ramli yang memaklumkan dua peserta konvoi, termasuk Beto kini dirawat di Hospital Tapah.


Katanya, Beto hanya mengalami luka-luka ringan, manakala seorang lagi berdepan kecederaan agak teruk dan kedua-dua mereka masih ditempatkan dalam wad.




  



“Seramai 60 peserta Solidariti Wings Motogang Society yang diketuai Awie bergerak dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sekitar pukul 4 petang semalam (Isnin).


“Mungkin keadaan jalan yang agak licin akibat hujan lebat sepanjang perjalanan antara faktor yang mengakibatkan kemalangan.


“Setakat ini kami difahamkan kedua-dua mereka okey dan menerima rawatan di Hospital Tapah,” katanya kepada Kosmo! Online.




  



Menurut Shahrul lagi, selepas dibawa ambulan ke hospital, Awie bersama peserta konvoi lain meneruskan perjalanan ke Ipoh bagi menghadiri majlis doa selamat dan sembahyang hajat di sebuah masjid di bandar berkenaan.


Konvoi serta majlis berkenaan adalah sebahagian daripada usaha menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Zionis.




  



“Selepas selesai majlis dan solat hajat sekitar pukul 10 malam tadi, Awie bersama beberapa ahli konvoi lain singgah ke hospital melawat Beto dan seorang lagi komuniti motor Wings yang cedera.


“Kami harap semuanya baik-baik saja dan sebarang perkembangan akan kamj maklumkan nanti,” ulasnya.


Terdahulu berita kemalangan tersebut dikongsikan selebriti, Lando Zawawi menerusi satu hantaran Facebook miliknya.




  



Menerusi tangkap layar dalam perbualan Whatsapp yang dikongsi,  Beto, 43, dikatakan telah dibawa ke hospital dengan ambulan akibat kemalangan.


Sementara itu,  rata-rata peminat mendoakan supaya pelakon terbabit bersama mangsa lain segera sembuh.




  



“Patut ‘jammed’ kawasan tadi lalu tengok geng-geng motor ada kemalangan. Ada dua ambulans datang. Semoga dipermudahkan,” tulis seorang peminat,




Setakat ini, usaha Kosmo!  mendapatkan maklum balas Beto belum berhasil, manakala isterinya, Tisha Shahar pula tidak dapat dihubungi kerana berada di Switzerland atas urusan kerja. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 10:59 AM | Show all posts
Betoooooo...tidakkkkkk!!!!
Semoga semua yg terlibat cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 11:28 AM | Show all posts
- komen edited-
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya ada motor kecik nyelit among dorg. Xmemasal..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 02:30 PM | Show all posts
Moga yg cedera dikurniakan kesembuhan dn dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa tinggi dia ni ye??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 03:35 PM | Show all posts
kalau dah warded tu serius la cedera tu...
pastu boleh ye melawat dekat hospital pukul 10 malam? guard bagi masuk meh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 03:38 PM | Show all posts
moga diberi kesembuhan Beto. one of my fav hero
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cpt sht abam beto
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh beto
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 04:15 PM | Show all posts
helokkkk betul dia ni. kalau boleh putar balik masa, aku nak kawen dgn dia tiberrrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 14-11-2023 02:32 PM
Berapa tinggi dia ni ye??

Pendek je sis, 168cm ada kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043714 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list