CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 1

Bila masa pula Azharina meninggal dunia?

[Copy link]
Post time 14-11-2023 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Bila masa pula Azharina meninggal dunia?

AZHARINA Azhar.



Kuala Lumpur : "Saya cuma tak dapat tidur dari semalam, bukan meninggal," kata penyanyi, Azharina Azhar, 38, mengenai khabar angin mengatakan dia sudah meninggal dunia.

Azharina berkata, ia umpama satu doa buruk buatnya selaku ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

"Individu itu memuat naik kandungan di YouTube dan menyebut nama saya sebagai 'Allahyarham Azharina Azhar', kononnya saya sudah meninggal dunia.

"Saya tak tahu nak marah atau ketawa. Kenapa dia nak mencari populariti dengan menggunakan benda-benda begini?

"Kenapa dia mendoakan agar orang mati? Kasihankanlah saya. Saya nak cari rezeki untuk membesarkan dua anak saya," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai masalah tidur yang dialaminya, penyanyi lagu Elegi Sepi itu berkata, ia berkemungkinan besar adalah kesan daripada ubat baru yang diambilnya.

"Saya dalam proses penyembuhan. Minggu lalu, hampir seminggu juga saya muntah-muntah. Minggu ini, keadaan saya semakin baik.

"Ada ubat baru yang saya ambil dan badan saya sedang beradaptasi dengan ubat itu. Jadi, salah satu kesan sampingannya, mungkin memberi kesan kepada tidur saya," katanya.

Terdahulu, Azharina berkongsi mengenai penyakit misteri yang dialaminya, tetapi belum masa sesuai untuk dia mendedahkan mengenai penyakit itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ina-meninggal-dunia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah clickbait.motip tak cakna..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.352148 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list