View: 9408|Reply: 10
|
Noryn Aziz Tersingkir ASGV, Jaclyn Memukau Walau Sakit Tekak
[Copy link]
|
|
Penyanyi Noryn Aziz gagal meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila diumumkan peserta tersingkir pada konsert minggu kesembilan yang diadakan pada malam Ahad.
Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz, 47, tersingkir selepas mendapat kedudukan tercorot menerusi persembahan lagu Tegar nyanyian asal Rossa bersama penyanyi undangan Dia Fadila.
Persembahan itu gagal mencuri hati juri dan terpaksa akur dengan penyingkiran tersebut.
Juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berkata, lagu yang dibawa Noryn agar sukar dinyanyikan bersama pasangan duet dalam mendapatkan vokal harmoni.
Malah Syafinaz turut menegur riak wajah Noryn yang dikatakan terlalu berkerut apabila menyanyikan nada tinggi.
"Saya nampak lagu ini melodinya mencabar untuk dinyanyikan secara harmoni.
"Saya rasa anda berdua telah melakukan persembahan yang baik tapi kalau dapat 'main' dinamik kita akan lebih feel.
"Cuma saya nak pesan boleh tak menyanyi jangan berkerut. Kamu perlu lebih relaks,” katanya.
Sementara itu, Jaclyn Victor membuat kejutan apabila mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 82.8 peratus meskipun mengalami masalah suara sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Manakala tempat kedua pula milik Tomok dengan 77 peratus dan Hady Mirza (73.25 peratus).
Penyanyi Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Secara jujurnya mmg x best pun nyanyian Noryn Ajis ni. Nyanyi high note tapi versi bingit & bukannya merdu didengar. Meols pun x minat dgn tone suara sheols. X pelik kalau tersingkir pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka hrp nadeera ni dapatlah lagu yg best dan menyerlah lah sedikit masa nnt. Lama betul dia dok masuk setiap pertandingan dan menang. Tapi tak ada luck lg dlm industri |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun noryn x sedap tapi nadeera sedap!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah..... |
|
|
|
|
|
|
|
tp i olls suka betul muka noryn aziz ni...menua dengan menawan |
|
|
|
|
|
|
|
URUHA: Secara jujurnya mmg x best pun ...
juri yg “kirim salam” tu suka la artis yg suara2 besar ni..mcm frhdiya |
|
|
|
|
|
|
|
so gosip yang kata bekas juara mengamok tu noreen ni lah ye? sebab konsep yang dia pilih tu asterok batalkan last minute? sebab tu noreen nyanyi hauk tak perform? |
|
|
|
|
|
|
|
de_ikea replied at 20-11-2023 06:12 AM
Kaka hrp nadeera ni dapatlah lagu yg best dan menyerlah lah sedikit masa nnt. Lama betul dia dok mas ...
Sedap betul duet dia ngan Jac smlm... Harap Nadeera dpt lagu2 yg hebat utk terus dikenali peminat muzik Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mati2 meolls ingatykan ifa raziah puk puk yg berduet tadi tapi rumapnya si naddeera.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm i was like....ko nyanyi sorang je la Dia.teruk betul noryn ni nyanyi |
|
|
|
|
|
|
| |
|