CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2336|Reply: 18

Amir Ahnaf Didakwa Sombong Dan Keras Kepala Bila Dah Glamour

[Copy link]
Post time 20-11-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Amir Ahnaf didakwa mula sombong dan keras kepala bila nama dah semakin glamour.


Namun Amir berkata dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.


Foto: IG




Mungkin dia terlihat sombong disebabkan keadaan diri tidak begitu sihat atau mahu bergegas pulang.


"Saya hanya jadi diri sendiri sahaja, jika saya ingin tegur saya akan tegur, kalau nak bercakap dengan orang saya akan bercakap. Mungkin waktu dikatakan saya sombong itu, saya tidak sihat atau mahu balik awal dari event.




  



"Itu semua adalah sebab-sebab yang saya ada, saya ada kerja keesokan harinya mungkin orang tidak tahu.


"Mungkin waktu itu ada orang yang rasa saya keras kepala tapi dalam masa sama ada yang rasa saya sweet ketika itu. Saya tidak boleh potong cakap orang, dia nak kata apa pun katalah," katanya seperti dipetik di OhBulan.


  



Amir juga terkejut mendengar dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya mahu melayani semua orang dengan sebaik mungkin.


"Saya pernah dengar banyak kali tentang itu. Saya adalah manusia yang sangat easy going, nak borak topik apa boraklah. Saya pun agak terkejut bila orang keluarkan perspektif sedemikian terhadap saya.




  



"Saya kalau boleh nak layan semua orang termasuk peminat yang ada depan mata saya. Ambil gambar dengan peminat dan sebagainya. Namun kalau ada arah yang menghalang, saya tidak dapat nak layan mereka.


Amir turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya dia pernah melakukan silap sama ada sengaja atau tidak disengajakan.




  



"Apa yang orang maki itu adalah diri saya yang sedang melalui proses kehidupan, liku-liku yang sedang saya lalui. Saya mungkin banyak buat salah, saya minta maaf kalau ada khilaf pada semua.


"Saya sedikit sedih dengan penerimaan orang Malaysia dengan kehadiran saya dan rakan-rakan dari drama High Council. Ada pelapis yang akan menggemparkan industri tanah air.


  



"Kehadiran kami bukan mahu rempuh barisan lama, kami datang hanya mahu gabung dengan mereka. Saya tak mahu orang lama fikir saya caras kerja mereka."-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ke mana la kau nyahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm nama naik utk artis rude tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:28 PM | Show all posts
tang mana hensem nya dia ni pun aku tak tauu.... yg remaja tergila2 sngt tu... sorry to say.. muka dia soo kampong boy... xder aura langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lalu tepi aku.aku ingt pekerja kedai makan jerk.mmng tkde aura retis langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
twins: tang mana hensem nya dia ni pu ...
khennn aku pon pikir yang sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 09:10 PM | Show all posts
Dia berlakon high council je nampak smart sebab dia kapla. Watak dia tu. Kalau kat luar aku tengok biasa je. Hensem pun tak. Aura pun tak sampai. Dah la dik. Kau biasa2 je. Takyah la nak sombong or perasan sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak berlakon dengan juling, macam2 isu naik pasal heols

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 20-11-2023 09:28 PM
sejak berlakon dengan juling, macam2 isu naik pasal heols

so #annajulingproblem la ni?
ade bace komen2 org ungkit balik kes sombong die dulu kt post psl dia dgn jobless tu, ni kene layan reputz sbb nk promot drama sampah, haruslah memjawab soalan yg dulu ko mengelak, padan muke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kuceeng replied at 20-11-2023 09:46 PM
so #annajulingproblem la ni?
ade bace komen2 org ungkit balik kes sombong die dulu kt po ...

haha, itu iols pitenah sajork chuols. Tapi boleh kata kerap jugak la nama heols naik semenjak dua menjak ni.

kalau naik sebab benda elok takpe la jugak. Ini sebab kekwat la, merentan la, gosip cinlok la. Bad vibes semuanya

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by insyi81 at 20-11-2023 10:04 PM

pasal interview ni cerita lama tak de kena mengena dgn anna..and anna ayahnya bru meninggal..hdup ni kena ada common sense..kalau tak suka tak payah sebut nama yang kurang baik..at least adalah rasa respect tuh...ok im done back up adek anna
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 20-11-2023 10:00 PM
haha, itu iols pitenah sajork chuols. Tapi boleh kata kerap jugak la nama heols naik semenjak dua  ...

nasib la dpt aura negatif si jobless, mampu ketawa sajo..tp nmpk bakal flop bdk ni, compare dgn member2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kuceeng replied at 20-11-2023 10:08 PM
nasib la dpt aura negatif si jobless, mampu ketawa sajo..tp nmpk bakal flop bdk ni, compare dgn me ...

rasanya boleh maintain lagi chuols, fanbase heols macam okay je lagi.

Cuma harap heols improve PR skill kalau tak memang sadaqallahul azim la beberapa tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Binderclips at 21-11-2023 08:43 AM

Amir x baik sombong dgn fans
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 20-11-2023 10:41 PM
rasanya boleh maintain lagi chuols, fanbase heols macam okay je lagi.

Cuma harap heols improve PR ...

Mungkin fanbase akan lebih besar sbb bergabung dgn fans anna nnti
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 09:07 AM | Show all posts
aku percaya je klu org ckp dia sombong. aura kekwat, sombong tu kuat sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 09:16 AM | Show all posts
Semua bebudak high council ni iols nengok celah mana yang hensemnya sampai semua betina betina birah dekat luar sana menggeletis. Ini kalau bukan retis takde maknanya nak dipandang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 09:49 AM | Show all posts
aku dgn dia ni aku okelah kalu org giler2 kan. done bias.. haha
yg aku xtahan si mirul muka mail upin ipin.... howwwww muka camtu bley jd retis?????
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anilanil at 21-11-2023 10:12 AM

Ini kan citer lama zaman dia salah baca ikrar live on tv. Ada plk 3 sasaeng kejor nak selfie sampai ke lif tp dak amir buat dunno sbb bad mood. Meroyan le sasaeng tu kat tiktok ngate dak amir sombong. Wartawan tanya balik la citer lama sbb time tu mmg dia kunci mulut. Ni dah terjebak kat media iv utk promote Gamers Mangkuk kena la jawab soklan basi. Btw dak amir ni takde la hodoh mana. Kang muka jambu putih melepak cam dini tu nak bawa watak orang felda pon tak lepas. Muka handsome melayu la dia ni. Relevant la nak amik watak org asli, askar, budak intern, mat rempit, etc.

And yes, benda ni takde kaitan ngan anna pon. Aiols rasa ada je kebaikan dak anna tu yg amir ni nampak sbb tu jadi bestie. Kalo tak dpt cakar pintu yestana maybe anna bole try pintu rumah amir je. Anna kan anak yatim, anak tunggal. Bole je amir share parents & adik2 dia yg ramai tu ngan anna. Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055400 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list