CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2953|Reply: 17

Azah Aziz Gemuruh Buat 'Comeback'

[Copy link]
Post time 24-11-2023 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan model terkenal era 90-an, Azah Aziz mengakui gemuruh menjejakan kaki semula untuk mewarnai industri seni tanah air selepas dua dekad berada di luar negara.


Pemilik nama sebenar, Norazah Aziz, 50, bersyukur perancangan untuk membuat kemunculan semula turut mendapat keizinan suaminya, Daud Leroy Abdullah.






"Sebenarnya, kemunculan semula ini bukan kerana saya ingin aktif berlakon tetapi sekadar mengisi masa lapang sementara saya ada di Malaysia untuk tempoh lima tahun. Ibarat melepaskan rindu terhadap dunia lakonan.


"Memang saya gemuruh dan kurang yakin sebab sekarang tak macam dulu. Keadaan sudah berubah. Berlainan ketika saya aktif dahulu.


"Saya bersyukur kerana suami tak pernah halang malah dia menyokong dan memberikan galakkan. Dia percaya saya masih boleh berlakon dan perlu menggunakan bakat jika berpeluang," katanya.


Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mendedahkan keterujaannya dapat berganding dengan pelakon hebat dalam beberapa siri drama arahan Michael Ang dan Haji Fadzil.


"Drama Haji Zeel bukan berkisarkan cerita Mak Datin atau cinta sebaliknya sarat dengan konflik, skandal dan pembunuhan.


"Saya seronok bekerja dengan pelakon Rita Rudaini dan Jasmin Suraya dalam drama ini. Kami sekepala," katanya.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah le berlakon... Duk rumah sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia berlakon duit tepi ja nih.. beda beli jajan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 03:38 PM | Show all posts
mana gambar latest dia.. zaman muda minat betul azah aziz ni.. lawa
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia kerja apa
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
acik buat comeback ke....
lama gak tak tgk lakonan dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2023 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dia nak berlakon jadi heroin ka? ka jadi mak orang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:40 AM | Show all posts
X payah la...pelakon2 yg ada ni pun sendu x ada job
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 08:23 AM | Show all posts
tak kisah punnnn....
bukan best mana pun dia berlakon..
level biasa-biasa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak ada belakon ...harap xkayu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:47 AM | Show all posts
Teringat drama Cinta Korperat dia dengan Rusdi Ramli huhu paling suka ost dia Kembalilah -  Amy Mastura
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bynroslan replied at 28-11-2023 10:47 AM
Teringat drama Cinta Korperat dia dengan Rusdi Ramli huhu paling suka ost dia Kembalilah -  Amy Mast ...

Legend drama tu.. shooting kat London kan.. Lagu Amy tu pun best..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:53 AM | Show all posts
fadz84 replied at 28-11-2023 03:01 AM
Legend drama tu.. shooting kat London kan.. Lagu Amy tu pun best..

Haah betul, Azhar Sulaiman pun ada berlakon. Drama ni, Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo & Juliet semua under Kuasatek Pictures, semua ada shooting overseas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Watie Elite yg masih muda pun belakon sebagai mak mak orang kampung, apa watak dia nak bawak eh? Maybe datin modern macam Maria Farida kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
petai011212 replied at 27-11-2023 07:13 AM
dia nak berlakon jadi heroin ka? ka jadi mak orang?

Jadi mcm Madam2 lah kot xkn jd heroin tua dh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
rain2169 replied at 27-11-2023 08:23 AM
tak kisah punnnn....
bukan best mana pun dia berlakon..
level biasa-biasa....

Level artis2 HVD dlu drama spektra petang2 setahu aku dia xde berlakon movie kan ke ada jgak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bynroslan replied at 28-11-2023 11:53 AM
Haah betul, Azhar Sulaiman pun ada berlakon. Drama ni, Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo & Jul ...

Zaman iols kanak2 ribena. Masa tu takde hiburan sgt. Memang layan je series dari kuasatek ni. Minat jugak lakonan azah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:27 PM | Show all posts
msxx replied at 28-11-2023 05:24 AM
Zaman iols kanak2 ribena. Masa tu takde hiburan sgt. Memang layan je series dari kuasatek ni. Mina ...

Sama la, meols tengok pun sebab mak mintak tolong recordkan, sebab slot cite ni pukul 4-4:30 kalau tak salah hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.080110 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list